PADANS SABAH 2025 SEMAKAN STATUS FASA 3

PADANS SABAH 2025 SEMAKAN STATUS FASA 3

Inisiatif PADANS Sabah Fasa 3 2025 diwujudkan sebagai salah satu bentuk bantuan berterusan daripada kerajaan negeri Sabah. Tujuannya adalah untuk memastikan rakyat kurang berkemampuan mendapat bantuan tunai yang boleh digunakan bagi keperluan harian.

Semakan status PADANS Sabah penting untuk dilakukan agar penerima dapat mengetahui kelayakan dan jumlah bayaran yang akan diterima. Semua info telah kami himpunkan dalam artikel ini.

BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025

APA ITU PADANS SABAH?

PADANS adalah singkatan bagi Pangkalan Data Negeri Sabah, sistem yang dibangunkan oleh kerajaan negeri untuk mengumpul, menyimpan dan mengurus maklumat golongan miskin dan miskin tegar di Sabah. Ia juga berfungsi sebagai portal rasmi untuk permohonan bantuan, semakan status, dan pengemaskinian maklumat penerima.

Melalui PADANS, kerajaan boleh mengenal pasti keluarga yang layak menerima bantuan seperti SYUKUR agar bantuan disalurkan dengan lebih tepat dan tidak berlaku “keciciran”. Kerajaan negeri telah memperkenalkan Bantuan SYUKUR Sabah bagi meringankan beban kewangan rakyat yang memerlukan. Bantuan ini menyalurkan RM300 setiap bulan (RM900 bagi satu fasa) dan akan disalurkan sebanyak 4 fasa sepanjang tahun.

SYARAT KELAYAKAN PADANS SABAH 2025

Untuk melayakkan diri menerima Bantuan PADANS Sabah, penerima perlu memenuhi beberapa syarat yang telah ditentukan. Syarat ini dibahagikan kepada syarat asas dan syarat khas mengikut kategori penerima. Berikut adalah butiran syarat yang mesti dipenuhi:

SYARAT ASAS

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  • Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H‘.
  • Selain itu, penerima mesti memenuhi salah satu daripada syarat berikut:
    • Dikategorikan sebagai miskin / miskin tegar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
    • Pendapatan isi rumah kurang daripada Garis Kemiskinan (PGK).

SYARAT KHAS MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

  • B40 (pendapatan < RM1,218)
    • Layak untuk ketua isi rumah dan pasangan, atau ketua isi rumah dan anak berumur 18 tahun ke atas.
  • M40 (pendapatan RM1,219–RM2,742)
    • Hanya satu ketua isi rumah sahaja layak.

PADANS SABAH SEMAKAN STATUS FASA 3

Untuk menyemak status bantuan PADANS Sabah Fasa 3, penerima disediakan dua pilihan mudah secara online: melalui portal rasmi syukur.sabah.gov.my atau menggunakan aplikasi Yono Superapp. Rujuk panduan semakan berikut:

SEMAKAN STATUS MELALUI LAMAN RASMI SYUKUR SABAH

  1. Layari laman rasmi: https://syukur.sabah.gov.my
  2. Klik “Semakan Permohonan”
  3. Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang).
  4. Tekan butang Semak
  5. Status bayaran & kelayakan akan dipaparkan secara automatik.
PADANS SABAH SEMAKAN STATUS

SEMAKAN STATUS MELALUI APLIKASI TELEFON

  1. Muat turun aplikasi YONO SuperApp:
  2. Log masuk atau daftar akaun.
  3. Pilih menu Bantuan SYUKUR.
  4. Status bayaran & baki akan terpapar.
PADANS SABAH SEMAKAN STATUS

BERAPA JUMLAH BANTUAN PADANS SABAH YANG DIAGIHKAN?

Bantuan PADANS Sabah menawarkan jumlah bayaran yang sama mengikut kategori penerima. Mereka yang tergolong dalam kategori miskin akan menerima RM900, manakala kategori miskin tegar dengan dua penerima dalam sebuah isi rumah layak menerima RM1800. Jadual berikut menunjukkan perincian penuh:

FASA BANTUANJUMLAH BAYARAN
FASA 1RM900
FASA 2RM900
FASA 3RM900
FASA 4RM900

BAGAIMANA CARA BAYARAN BANTUAN DISALURKAN?

Penerima layak Bantuan PADANS Sabah akan menerima bayaran mengikut salah satu daripada tiga saluran, iaitu akaun bank, bayaran tunai, atau eWallet YONO. Rujuk penerangan di bawah untuk maklumat lanjut:

  • Kredit terus ke akaun bank penerima.
  • Tunai secara fizikal.
  • Kredit ke dalam eWallet YONO.

BILA TARIKH BAYARAN PADANS SABAH FASA 3?

Bantuan ini disalurkan mengikut jadual empat fasa sepanjang tahun. Fasa 1 dan Fasa 2 telah selesai, manakala pembayaran untuk Fasa 3 telah bermula pada 29 September 2025 secara berperingkat. Berikut ialah jadual tarikh bayaran mengikut fasa bantuan:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1Januari 2025
FASA 2April 2025
FASA 3September 2025
FASA 4November 2025

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apakah itu eWallet YONO?

Ia aplikasi dompet digital yang digunakan untuk menyalurkan bayaran bantuan secara mudah dan selamat.

Adakah penerima Budi Madani juga boleh dapat SYUKUR Sabah?

Ya, kerana ia program berasingan.

Bolehkah pelajar universiti memohon?

Tidak, kecuali mereka dalam kategori isi rumah miskin atau miskin tegar.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi PADANS Sabah ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Laman Web Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah: https://padans.sabah.gov.my
  • Portal Sekretariat Maju Jaya Sabah: https://smj.sabah.gov.my
  • Hotline SYUKUR Sabah: 088 338 338
  • Talian Whatsapp: 010-5828207

Leave a Comment