MYKASIH CHECK : SEMAK STATUS BANTUAN SARA DALAM MYKAD, KELAYAKAN & JUMLAH
Check status MyKasih secara berkala sangat penting bagi penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk mengetahui kelayakan, jumlah bantuan dan penggunaan bantuan melalui MyKad. Inisiatif ini diperkenalkan bagi memastikan bantuan keperluan asas disalurkan secara lebih bersasar dan telus kepada golongan yang layak.
Maklumat terperinci untuk check MyKasih telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT SARA MYKASIH 2026?
Walaupun syarat khusus SARA MyKasih 2026 belum diterbitkan, kerajaan kebiasaannya mengekalkan kriteria tahun sebelumnya. Berikut adalah syarat-syaratnya:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BILA TARIKH BAYARAN MYKASIH DIKREDITKAN?
Sehingga kini, tarikh rasmi pembayaran SARA MyKasih 2026 masih belum diumumkan secara rasmi. Orang ramai digalakkan untuk check status MyKasih secara berkala melalui saluran rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini dan pengesahan status bantuan.
- Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
- Rujuk Portal MyKasih dan kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
- Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.

BERAPA JUMLAH SARA MYKASIH YANG DISALURKAN?
Bantuan MyKasih disalurkan secara bulanan berdasarkan kategori penerima yang telah ditetapkan. Jumlah yang diterima bergantung kepada kelayakan isi rumah. Berikut perinciannya:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
- RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih

PENGHARGAAN SARA RM100
- Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan SARA 2026, kerajaan turut memperkenalkan bantuan one-off RM100 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Bantuan ini diagihkan pada pertengahan Februari dan dijangka memanfaatkan sekitar 22 juta rakyat, dengan keseluruhan peruntukan STR dan SARA mencecah RM15 bilion hasil penjimatan rasionalisasi subsidi.

CARA PERMOHONAN MYKASIH
Tiada permohonan baharu diperlukan untuk MyKasih 2026 kerana penilaian kelayakan dibuat berdasarkan data STR sedia ada. Namun, bagi memastikan kelayakan tidak terjejas, individu disarankan untuk:
- Kemaskini STR apabila tempoh kemaskini dibuka.
- Buat permohonan STR jika belum berdaftar.
- Pastikan maklumat pendapatan, tanggungan dan alamat dikemaskini dengan tepat.
Permohonan STR Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
Permohonan STR Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
*Bagi penerima STR 2025/2026, data akan disemak secara automatik oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan KPDN. Sekiranya memenuhi syarat, pendaftaran sebagai penerima SARA akan dilakukan secara automatik tanpa perlu sebarang permohonan tambahan.
MYKASIH CHECK STATUS
Penerima boleh check status SARA MyKasih melalui Portal STR atau Portal SARA. Sekiranya memerlukan bantuan lanjut, penerima boleh menghubungi:
- Talian Bantuan STR: 1-800-88-2747
- Talian MyKasih: 03-7720 1800
Panduan check MyKasih yang disediakan adalah ringkas dan mudah diikuti bagi memastikan penerima tidak terlepas maklumat penting.
CHECK MYKASIH MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

CHECK MYKASIH MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

BAGAIMANA CARA BELI BARANG SARA MYKASIH GUNA MYKAD?
Pembelian barangan keperluan asas SARA di bawah MyKASIH hanya boleh dibuat menggunakan MyKad di pasar raya terpilih yang berdaftar. Sistem ini memastikan bantuan digunakan khusus untuk barangan asas yang dibenarkan. Berikut adalah langkah-langkah pembelian:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH CHECK
Boleh, jika mempunyai maklumat berkaitan penerima.
Tidak, bantuan adalah khusus untuk penerima yang diluluskan.
Penerima perlu menggantikan MyKad sebelum menggunakan bantuan.
Ya, tertakluk kepada syarat dan tempoh yang ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi MyKasih Check ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/