MYKAD BANTUAN RM100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA

MYKAD BANTUAN RM100 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA SARA

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih merupakan inisiatif bantuan kerajaan yang disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad kepada golongan B40 dan sebahagian M40. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat dengan menyediakan sokongan kewangan asas bagi keperluan harian seperti makanan dan barangan keperluan. Dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah mengumumkan kesinambungan program ini dengan penambahbaikan dari segi jumlah bantuan sebanyak RM13 bilion dan perluasan kumpulan penerima. Ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan bantuan sampai terus kepada yang memerlukan, dengan lebih mudah dan cepat.

Bagaimanakah cara semak bantuan MyKad RM100? Artikel ini akan menerangkan cara semak kelayakan serta maklumat penting berkaitan bantuan RM100 melalui MyKad bagi tahun 2025.

BACA JUGA: SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD RM100

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi memastikan hanya individu yang benar-benar layak sahaja menerima bantuan MyKad RM100. Berikut adalah senarai syarat tersebut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD

Setiap penerima bantuan akan mendapat jumlah berbeza yang dimasukkan terus ke dalam MyKad mereka berdasarkan kategori kelayakan. Berikut adalah jadual bagi kategori penerima dan jumlah bantuan yang diperuntukkan:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*TERKINI! BANTUAN SARA UNTUK SEMUA RM100 ONE-OFF

  • Bantuan one-off RM100 kepada semua individu warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Tiada permohonan diperlukan, bantuan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima.
  • Ahli keluarga juga layak jika berumur 18 tahun ke atas, walaupun dalam satu isi rumah.
    • Contoh: Suami (RM100) + Isteri (RM100) + Anak di IPT (RM100) = RM300
  • Tarikh pengkreditan bermula 31 Ogos 2025.
  • Boleh digunakan untuk beli barangan asas di kedai/pasar raya terpilih.
  • Tempoh guna bantuan: Hingga 31 Disember 2025.
  • Untuk info lebih lanjut, sila rujuk di sini.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKAD

Setiap kategori kelayakan penerima akan menerima bantuan pada tarikh yang berbeza seperti butiran di bawah:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

CARA SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD

Untuk ketahui jumlah baki terkini bantuan dalam MyKad, semakan boleh dibuat menerusi kaunter kedai atau pasaraya terpilih mengikut langkah-langkah seperti di bawah:

SEMAK BAKI BANTUAN DALAM MYKAD DI KAUNTER

  1. Kunjungi pasaraya terlibat

    Pergi ke mana-mana pasaraya rakan niaga MyKasih seperti Mydin, Econsave, Lotus’s, atau lain-lain yang mengambil bahagian.

  2. Maklumkan kepada juruwang

    Beritahu juruwang anda ingin membuat semakan baki bantuan SARA MyKasih.

  3. Serahkan MyKad

    Berikan MyKad anda untuk diproses melalui mesin pembayaran elektronik mereka.

  4. Terima resit semakan

    Juruwang akan membantu semak dan memberikan resit yang memaparkan baki bantuan yang masih ada.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD RM100 2025

Terdapat dua platform rasmi yang boleh digunakan untuk menyemak status bantuan MyKad RM100 secara atas talian. Berikut dikongsikan portal dan panduan semakan:

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

LOGIN SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD RM100 2025
  1. Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  2. Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  4. Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

SEMAKAN MELALUI PORTAL MYSTR

LOGIN SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD RM100 2025
  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi Bantuan MyKad RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment