MY SARA SEMAK 2025 : SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan yang disalurkan melalui sistem MyKasih bagi membantu rakyat Malaysia membeli barangan keperluan asas. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan meneruskan pelaksanaan program ini dengan penambahbaikan dari segi capaian, kaedah semakan, serta perluasan kumpulan penerima. Bantuan ini bukan sahaja tertumpu kepada golongan B40 dan miskin tegar, malah turut diperluas kepada sebahagian kumpulan M40 yang layak. Bantuan ini diharapkan dapat mengurangkan tekanan kos sara hidup dan memastikan akses kepada barangan asas kekal terjamin.
Bagaimanakah cara semak status bantuan My SARA? Artikel ini akan berkongsi panduan lengkap cara semakan status bantuan My SARA 2025 serta maklumat penting yang perlu diketahui penerima.
BACA JUGA: CHECK KELAYAKAN TERKINI BANTUAN RM100 DALAM MYKAD
SYARAT KELAYAKAN MY SARA 2025
Bantuan My SARA hanya akan disalurkan kepada pemohon yang memenuhi syarat berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Pendapatan tidak melebihi RM5000 sebulan.
- Lulus & Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
TARIKH BAYARAN MY SARA
Bantuan My SARA diagihkan pada tarikh berbeza mengikut kategori penerima yang layak, seperti maklumat berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
JUMLAH BANTUAN MY SARA
Bantuan disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad kepada penerima mengikut kategori kelayakan yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual berikut untuk maklumat jumlah bantuan bagi setiap kategori:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*TERKINI! BANTUAN SARA UNTUK SEMUA RM100 ONE OFF
- Bantuan one-off RM100 kepada semua individu warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Tiada permohonan diperlukan, bantuan dikreditkan automatik ke dalam MyKad penerima.
- Ahli keluarga juga layak jika berumur 18 tahun ke atas, walaupun dalam satu isi rumah.
- Contoh: Suami (RM100) + Isteri (RM100) + Anak di IPT (RM100) = RM300
- Tarikh pengkreditan bermula 31 Ogos 2025.
- Boleh digunakan untuk beli barangan asas di kedai/pasar raya terpilih.
- Tempoh guna bantuan: Hingga 31 Disember 2025.
- Untuk info lebih lanjut, sila rujuk di sini.
CARA SEMAK BAKI MY SARA DALAM MYKAD
Penerima yang layak dan ingin menyemak baki duit bantuan di dalam MyKad, boleh ikuti panduan dibawah:
SEMAKAN BAKI MY SARA DI KAUNTER
- Kunjungi pasaraya terlibat
Pergi ke mana-mana pasaraya rakan niaga MyKasih seperti Mydin, Econsave, Lotus’s, atau lain-lain yang mengambil bahagian.
- Maklumkan kepada juruwang
Beritahu juruwang anda ingin membuat semakan baki bantuan SARA MyKasih.
- Serahkan MyKad
Berikan MyKad anda untuk diproses melalui mesin pembayaran elektronik mereka.
- Terima resit semakan
Juruwang akan membantu semak dan memberikan resit yang memaparkan baki bantuan yang masih ada.
SEMAK STATUS MY SARA 2025
Semakan status bantuan My SARA boleh dilakukan secara dalam talian melalui dua platform rasmi. Panduan penuh serta pautan portal disertakan di bawah:
SEMAK MY SARA MELALUI PORTAL STR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
SEMAK MY SARA MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
RUJUKAN
Panduan bagi Semak MY SARA ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Portal Rasmi eKasih: https://ekasih.icu.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]