LOG MASUK STR 2025 – (FASA 4) SEMAK KELAYAKAN & STATUS BAYARAN
Rasmi! Bantuan STR Fasa 4 akan mula dikreditkan pada 18 Oktober 2025. Ini adalah bersempena dengan sambutan Deepavali, dengan harapan dapat membantu rakyat mengurangkan beban kewangan mereka menjelang musim perayaan ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pembayaran STR Fasa 4 bagi kategori yang layak serta jumlah bayaran yang akan diterima bagi fasa akhir untuk tahun 2025 ini.
“Macam mana cara daftar STR 2026 kalau baru pertama kali nak mohon? Ini panduan lengkapnya : Cara Daftar STR 2026 – Panduan Lengkap.”
APA ITU STR 2025?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 ialah inisiatif bantuan tunai dari kerajaan Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang meningkat.
Bagi tahun 2025, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan bulanan / tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA STR 2025
Berikut ialah syarat kelayakan mengikut kategori penerima :
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21 – 59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
NOTA : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
TARIKH / JADUAL BAYARAN STR FASA 4 2025
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada 18 Oktober 2025. Tarikh rasmi ini diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawan 2026. Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.


Tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025
- Fasa 2 : April 2025
- Fasa 3 : 12 Ogos 2025
- Fasa 4 : 18 Oktober 2025
JUMLAH BAYARAN STR 2025 MENGIKUT KATEGORI PENERIMA
Berikut dikongsikan jumlah baki bayaran STR tahun 2025 mengikut setiap kategori :
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|---|
0 | RM1,000 | RM500 | RM150 | RM150 | RM200 |
1 – 2 Anak | RM1,500 | RM500 | RM300 | RM350 | RM350 |
3 – 4 Anak | RM2,000 | RM500 | RM500 | RM500 | RM500 |
5 Anak ke atas | RM2,500 | RM500 | RM650 | RM650 | RM700 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
Bilangan Anak | Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|---|
0 | RM500 | RM150 | RM100 | RM150 | RM100 |
1 – 2 Anak | RM750 | RM150 | RM150 | RM200 | RM200 |
3 – 4 Anak | RM1,000 | RM250 | RM250 | RM250 | RM250 |
5 Anak ke atas | RM1,250 | RM300 | RM300 | RM300 | RM350 |
Bujang 21 – 59 Tahun
Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|
RM600 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
Warga Emas Tiada Pasangan
Kelayakan Maksimum | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|
RM600 | RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 4 2025
Semaka status STR Fasa 4 boleh dibuat dengan langkah berikut :
- Layari Portal Rasmi STR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log Masuk ke MySTR :
- Klik butang Log Masuk MySTR.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
- Tekan butang Log Masuk.
- Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
- Masukkan kata laluan MySTR anda.
- Semakan Status dan Butiran Bayaran.
- Pilih menu “Semakan Permohonan”
- Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan yang tersenarai dalam eKasih (miskin tegar serta miskin), anda juga layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025.

Kadar & Kaedah Bantuan SARA 2025
- SARA kepada Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih :
- Isi rumah : Sehingga RM2,100 setahun (kadar ditingkatkan berbanding tahun 2024).
- Bantuan akan dikreditkan ke MyKad penerima, boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di kedai terpilih MyKasih seluruh negara.
- Bermula Januari – Mac 2025 : RM100 sebulan; mulai April 2025 : RM200 sebulan.
- SARA kepada Penerima Lain STR 2025 (bukan miskin/miskin tegar) :
- Isi rumah : Sehingga RM900 setahun (RM100 sebulan mulai April), warga emas bujang hingga RM450 setahun.
- Bujang Miskin/Miskin Tegar (21-59 tahun) :
- Terima RM600 setahun (RM50 sebulan mulai Januari 2025).
SOALAN LAZIM (FAQ)
Sekiranya tiada akaun bank, anda boleh memilih untuk menerima pembayaran secara tunai di kaunter BSN.
Ya, individu bujang berpendapatan ≤RM2,500 atau OKU berumur 19–59 tahun layak menerima RM600 setahun.
Anda boleh membuat rayuan melalui portal STR dengan menyertakan dokumen sokongan yang diperlukan.
Tidak. Semakan hanya boleh dilakukan melalui portal rasmi Bantuan Tunai.
Anda boleh menuntut tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa MyKad.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila :
- Hubungi Talian Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Hubungi Talian MOF : 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Emel : [email protected]