LIST BARANGAN SARA MYKASIH 2026 : SEMAK SENARAI PENUH BARANG YANG DILULUSKAN

LIST BARANGAN SARA MYKASIH 2026 : SEMAK SENARAI PENUH BARANG YANG DILULUSKAN

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 membolehkan penerima membeli barangan asas menggunakan kredit yang dimasukkan terus ke MyKad. Dengan adanya list (senarai) barangan SARA MyKasih 2026 yang diluluskan, penerima boleh merancang pembelian keperluan harian dengan lebih tertib dan memastikan kredit bantuan digunakan untuk barangan penting sahaja.

Panduan ini ringkaskan kategori item yang dibenarkan serta contoh barangan yang kerap dibeli di kedai rakan niaga terpilih.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

LIST BARANGAN SARA MYKASIH 2026

Program SARA MyKasih 2026 membenarkan pembelian barangan keperluan asas mengikut list yang telah ditetapkan kerajaan. Barangan ini merangkumi pelbagai kategori penting yang biasa digunakan oleh isi rumah. Jenama yang disebut adalah sebagai contoh sahaja dan tidak terhad kepada jenama tersebut. Kategori list barangan SARA MyKasih 2026 yang diluluskan termasuk:

KATEGORI BARANGANCONTOH JENAMA
BERASJasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation
ROTIMassimo, Mighty White, Gardenia
TELURCP, QL Eggs, Nutri Plus
MINYAK MASAKSeri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit
TEPUNGSauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros
BISKUTMunchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng
MI SEGERAIndo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan
MINUMANBOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico, Susu UHT (semua perisa), Susu pasteur, Yogurt (pek kecil & besar)
MAKANAN DALAM TINAyam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup
BAHAN PERASAPuteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s
PRODUK KEBERSIHAN DIRIColgate, Kotex, Dettol
UBAT-UBATANProspan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam
KEPERLUAN SEKOLAHStabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih
PRODUK KEBERSIHAN RUMAHBreeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso
MAKANAN SEJUK BEKU & SEDIA DI MAKANRoti Canai, Pratha, Burger, Sosej, Kentang Goreng, Onion Rings, Chicken Popcorn, Pau, Popiah, Karipap, Ayam, Nugget, Sayuran sejuk beku, Spaghetti & Nasi Lemak sedia dimakan
LIST BARANGAN SARA MYKASIH 2026

Makluman: Jenama yang dinyatakan hanyalah contoh rujukan sahaja dan tidak terhad kepada mana-mana jenama tertentu.

SENARAI BARANG BANTUAN SARA 2026

LANGKAH PEMBELIAN BARANGAN SARA MYKASIH 2026 YANG BETUL

Pembelian barangan SARA MyKasih 2026 mengikut list yang diluluskan boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 15 kategori senarai yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
LANGKAH PEMBELIAN BARANGAN SARA MYKASIH 2026 YANG BETUL

LIST KEDAI BARANGAN SARA MYKASIH

Program ini boleh digunakan di lebih 10,000 pasar raya serta kedai rakan niaga yang mengambil bahagian. Premis yang menerima SARA/MyKasih biasanya mudah dikenali melalui label khas pada rak atau kaunter. Berikut ialah contoh list kedai tempat pembelian barangan bantuan SARA MyKasih 2026:

  • Mydin
  • Lotus’s
  • Econsave
  • Giant
  • Billion
  • The Store
  • Aeon Big
  • TF Value Mart
  • 99 Speedmart
  • KK Super Mart
  • Pasaraya Fresh Grocer
  • Super Seven

Perhatian: Senarai ini tertakluk kepada lokasi serta ketersediaan premis rakan niaga. Sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

LIST RAKAN NIAGA BARANGAN SARA MYKASIH

BAGAIMANA SEMAK BAKI KREDIT SARA MYKASIH DALAM MYKAD?

Penerima boleh menyemak baki kredit bantuan SARA melalui beberapa kaedah berikut:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki SARA bulanan akan dipaparkan
BAGAIMANA SEMAK BAKI KREDIT SARA MYKASIH DALAM MYKAD
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
    • Maklumat baki SARA bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Barangan apa yang tidak boleh dibeli dengan bantuan SARA?

Barangan bukan keperluan asas seperti elektronik, rokok dan alkohol biasanya tidak termasuk dalam senarai diluluskan.

Bolehkah bantuan SARA digunakan di semua kedai?

Hanya boleh digunakan di kedai rakan niaga berdaftar yang menerima pembayaran SARA/MyKasih.

Bolehkah barangan segar (sayur, buah) dibeli?

Kebanyakan barangan segar tidak diluluskan kecuali jika dinyatakan secara rasmi.

Adakah kredit SARA boleh simpan untuk bulan berikutnya?

Ya, baki kredit biasanya boleh dibawa ke bulan seterusnya tertakluk kepada tempoh sah yang ditetapkan.

Bolehkah saya guna bantuan untuk pembayaran atas talian?

Tidak, bantuan ini untuk pembelian di kedai fizikal yang berdaftar.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi List Barangan SARA MyKasih 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment