CARA ISI MINYAK GUNA IC UNTUK SUBSIDI BUDI MADANI RON95

CARA ISI MINYAK GUNA IC UNTUK SUBSIDI BUDI MADANI RON95

Pelaksanaan Budi Madani RON95 membolehkan rakyat menikmati subsidi petrol dengan lebih mudah dengan hanya menggunakan IC atau MyKad pengguna. Untuk membuat pengisian minyak, beberapa kaedah boleh digunakan sama ada melalui aplikasi TNG eWallet, Setel, di kaunter stesen minyak, atau secara manual di pam. Kaedah ini memudahkan rakyat tanpa perlu membawa kad tambahan atau mendaftar semula.

Ikuti maklumat lanjut untuk panduan lengkap cara isi minyak guna IC mengikut kaedah yaang disediakan.

BACA JUGA: CARA MOHON MYKAD ONLINE : LANGKAH TUKAR KAD LAMA ATAU ROSAK

APA ITU BUDI MADANI

APA ITU BUDI MADANI RON95?

Budi Madani RON95 ialah inisiatif subsidi bersasar yang diperkenalkan kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati harga petrol RON95 pada kadar lebih rendah. Melalui program ini, pengguna hanya perlu menggunakan IC atau MyKad di stesen minyak untuk mendapatkan harga subsidi iaitu RM1.99 seliter. Semakan kelayakan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi www.budi95.gov.my bagi mengetahui status penerimaan subsidi dengan lebih cepat dan mudah.

Antara syarat kelayakannya ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Memiliki MyKad yang sah.
  • Mempunyai kenderaan berdaftar di JPJ sama ada kereta atau motosikal.

Program ini turut menetapkan had penggunaan subsidi iaitu sehingga 300 liter sebulan. Pelaksanaan secara digital melalui IC pengguna di pam minyak, aplikasi Setel, terminal Touch ‘n Go atau kaunter stesen minyak membolehkan proses pengesahan subsidi berjalan lebih mudah, telus dan tepat kepada penerima sebenar tanpa sebarang kerumitan.

CARA ISI MINYAK GUNA IC

Pengguna boleh menikmati harga subsidi RON95 Budi Madani serendah RM1.99 seliter hanya dengan menggunakan MyKad. Terdapat empat cara mudah yang boleh digunakan untuk isi minyak guna IC di stesen minyak iaitu melalui TNG, aplikasi Setel, kaunter, atau terus di pam minyak. Berikut adalah perinciannya:

ISI MINYAK GUNA IC MELALUI TNG (TOUCH ‘N GO)

  1. Pastikan IC sudah aktif dengan subsidi Budi Madani.
  2. Sentuh IC anda pada terminal TNG di pam minyak.
  3. Pilih jumlah isi minyak.
  4. Teruskan pembayaran mengikut baki TNG atau kaedah lain yang tersedia.
PANDUAN GUNA TNG

ISI MINYAK GUNA IC MELALUI SETEL

  1. Muat turun dan daftarkan IC anda dalam aplikasi Setel https://www.setel.com/ref/6gasq.
  2. Setelah akaun didaftarkan, buka aplikasi Setel semasa di stesen minyak.
  3. Pilih pam yang digunakan dan jumlah petrol.
  4. Subsidi akan disahkan secara automatik melalui IC dalam aplikasi.
  5. Teruskan isi minyak seperti biasa.
PANDUAN ISI MINYAK GUNA IC

CARA ISI MINYAK GUNA IC DI KAUNTER

  1. Bawa IC ke kaunter stesen minyak.
  2. Serahkan IC anda kepada petugas untuk pengesahan subsidi.
  3. Maklumkan jumlah petrol yang ingin dibeli.
  4. Bayar dan teruskan isi minyak di pam yang ditetapkan.
PANDUAN ISI MINYAK GUNA IC

GUNA IC ISI MINYAK MANUAL DI PUMP (SELF-SERVICE)

  1. Masukkan IC anda pada slot pengimbas di pam minyak.
  2. Tunggu pengesahan subsidi dipaparkan.
  3. Pilih jumlah petrol yang diinginkan.
  4. Teruskan isi minyak seperti biasa.
PANDUAN ISI MINYAK GUNA IC

SOALAN LAZIM (FAQ)

Bila tarikh pelaksanaan rasmi Budi Madani RON95?

Bermula 30 September 2025 untuk semua rakyat Malaysia.

Adakah subsidi ini sama dengan subsidi petrol sebelum ini?

Tidak. Subsidi kali ini lebih bersasar dan menggunakan MyKad sebagai pengesahan kelayakan.

Kenapa kerajaan memperkenalkan subsidi bersasar RON95?

Tujuannya supaya subsidi dinikmati oleh rakyat Malaysia yang layak, bukan warga asing atau pihak yang tidak sepatutnya.

Kalau ada lebih daripada satu kenderaan, masih layak?

Ya, tetapi subsidi tetap mengikut had liter yang ditetapkan, bukan jumlah kenderaan.

Boleh semak status untuk ahli keluarga juga?

Ya, dengan syarat menggunakan nombor MyKad mereka.

Kalau MyKad hilang, macam mana nak aktifkan semula?

Perlu gantikan MyKad di JPN sebelum boleh digunakan semula.

Kalau isi lebih daripada had, apa akan jadi?

Baki liter dikenakan harga pasaran biasa.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Isi Minyak Guna IC ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment