INSENTIF GERAN PADANAN IHSAN (GAPAI) 2026 : PERMOHONAN GERAN (RM5000 & RM10000) UNTUK PELAJAR IPT

INSENTIF GERAN PADANAN IHSAN (GAPAI) 2026 : PERMOHONAN GERAN (RM5000 & RM10000) UNTUK PELAJAR IPT

Kerajaan menerusi Belanjawan 2025 telah memperkenalkan Insentif Geran Padanan Ihsan (GAPAI) sebagai peluasan kepada skim sedia ada Geran Sepadan Masuk IPT Simpan SSPN Prime. Inisiatif ini diwujudkan bagi membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan sederhana yang sebelum ini tidak termasuk dalam kategori penerima geran padanan penuh. Melalui pelaksanaan GAPAI, pelajar daripada keluarga berpendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM6,000 sebulan kini layak menikmati geran padanan sehingga RM5,000 satu keluarga atas simpanan dalam Simpan SSPN Prime.

Rujuk info di bawah untuk penjelasan penuh.

BACA JUGA: PENDIDIKAN PTPTN PERCUMA

APA ITU INSENTIF GERAN PADANAN IHSAN (GAPAI)?

Geran Padanan Ihsan (GAPAI) merupakan inisiatif khas yang memperluaskan manfaat geran padanan Simpan SSPN Prime kepada kumpulan pendapatan sederhana. Sebelum ini, geran padanan sehingga RM10,000 hanya dinikmati oleh pelajar daripada keluarga berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.

Dengan pengenalan GAPAI, kerajaan memastikan lebih ramai pelajar IPT mendapat manfaat simpanan pendidikan secara lebih inklusif dan bersasar.

APA ITU INSENTIF GERAN PADANAN IHSAN (GAPAI)

PERBEZAAN GERAN PADANAN SSPN PRIME & GAPAI

Secara ringkasnya, perbezaan geran padanan SSPN Prime & GAPAI untuk pelajar IPT:

Kategori Pendapatan Isi RumahJenis GeranHad Maksimum
RM4,000 dan ke bawahGeran Sepadan SSPN PrimeSehingga RM10,000
RM4,001 – RM6,000Geran Padanan Ihsan (GAPAI)Sehingga RM5,000 satu keluarga

Kedua-dua geran ini adalah berdasarkan simpanan dalam akaun Simpan SSPN Prime.

BERAPA LAMA TEMPOH INSENTIF GAPAI DILAKSANAKAN?

Insentif Geran Padanan Ihsan hanya boleh dinikmati bagi permohonan yang dibuat dalam tempoh berikut:

Tempoh Pelaksanaan GAPAI
1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026

Perhatian: Permohonan yang dibuat di luar tempoh ini tidak akan dipertimbangkan.

SYARAT KELAYAKAN INSENTIF GERAN PADANAN IHSAN

Antara syarat kelayakan utama permohonan GAPAI adalah seperti berikut:

  • Pendapatan bulanan isi rumah (gaji pokok) RM4,001 hingga RM6,000 sebulan semasa permohonan dibuat.
  • Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke IPT dan mengikuti kursus yang diiktiraf kerajaan di peringkat sijil dan ke atas.
  • Umur penerima manfaat belum mencapai 29 tahun semasa permohonan.
  • Akaun Simpan SSPN Prime mestilah aktif semasa permohonan dibuat.

Makluman penting:

  • Tuntutan geran padanan bagi akaun Simpan SSPN Prime yang telah ditutup adalah tidak dibenarkan.
  • Geran hanya diberikan kepada pendeposit (ibu / bapa / penjaga) yang membuka akaun untuk anak sendiri atau anak jagaan yang sah.
  • Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri atau individu lain tidak layak memohon.
SYARAT KELAYAKAN INSENTIF GERAN PADANAN IHSAN

PERMOHONAN INSENTIF GERAN PADANAN IHSAN (GAPAI) 2026

  • Permohonan hendaklah dibuat oleh pendeposit (ibu / bapa / penjaga) dengan mengisi:
    • Borang Pengeluaran / Penutupan Akaun / Tuntutan Geran Sepadan
  • Borang tersebut perlu dikemukakan bersama dokumen sokongan yang lengkap.

Senarai Dokumen Sokongan Diperlukan

Dokumen yang perlu disertakan adalah:

  1. *Pengesahan pendapatan / salinan slip gaji / penyata pencen / kad pesara pendeposit dan pasangan
  2. Salinan MyKad pasangan / sijil kematian / surat cerai (jika berkaitan)
  3. Salinan sijil kelahiran / surat akuan berkanun / sijil anak angkat penerima manfaat
  4. *Salinan surat tawaran ke IPT dan resit bayaran daftar masuk
  5. *Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT yang menyatakan kursus pengajian
  6. Jika penerima manfaat mendapat pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen (4) dan (5) tidak diperlukan
  7. Salinan buku akaun bank persendirian pendeposit (jika bayaran dikreditkan ke akaun)

Nota: Dokumen bertanda (*) perlu disahkan.

CARA & TEMPOH PEMBAYARAN GERAN GAPAI

Insentif Geran Padanan Ihsan akan dibayar melalui Electronic Fund Transfer (EFT) dan dikreditkan terus ke akaun bank pendeposit.

  • Tempoh pemprosesan:
    • 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima oleh PTPTN

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah permohonan boleh dibuat bila-bila masa?

Ya, sepanjang tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026.

Jika ada lebih daripada seorang anak IPT, boleh tuntut lebih RM5,000?

Tidak. Had maksimum adalah RM5,000 satu keluarga.

Perlu simpanan minimum untuk layak GAPAI?

Geran adalah berdasarkan simpanan dalam Simpan SSPN Prime.

Di mana rujukan rasmi berkaitan GAPAI?

Laman rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Insentif Geran Padanan Ihsan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment