DAFTAR STR 2026 (FASA 1) PERMOHONAN & KEMASKINI MAKLUMAT
Maklumat permohonan bagi setiap individu adalah tidak sama, oleh itu Kerajaan menyalurkan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan kadar yang berbeza bergantung kelayakan supaya rakyat dapat menerima bantuan dengan selayaknya. Semua pemohon sedia ada perlu daftar akaun STR 2026 yang terbaru.
BACA JUGA : MYSTR 2026 LOGIN – SEMAKAN STATUS
KADAR BANTUAN STR 2026
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 akan diberikan dengan bantuan tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua 9 juta penerima yang layak seperti kadar berikut :
Isi Rumah dengan pendapatan bawah RM2,500 :
| JUMLAH ANAK | BANTUAN STR 2026 | BANTUAN SARA 2026 |
|---|---|---|
| Tiada / bukan tanggangungan | RM700 | RM1,200 |
| 1 – 2 orang | RM1,200 | RM1,200 |
| 3 – 4 orang | RM1,700 | RM1,200 |
| 5 orang ke atas | RM2,200 | RM1,200 |
Isi Rumah dengan pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 :
| JUMLAH ANAK | BANTUAN STR 2026 | BANTUAN SARA 2026 |
|---|---|---|
| Tiada / bukan tanggangungan | RM200 | RM1,200 |
| 1 – 2 orang | RM450 | RM1,200 |
| 3 – 4 orang | RM700 | RM1,200 |
| 5 orang ke atas | RM950 | RM1,200 |
Warga Emas tiada pasangan dan pendapatan bawah RM5,000 :
| JUMLAH ANAK | BANTUAN STR 2026 | BANTUAN SARA 2026 |
|---|---|---|
| Tiada anak yang tepati syarat | RM600 | RM600 |
Bujang / balu / duda / janda yang tiada anak serta pendapatan bawah RM2,500 :
| JUMLAH ANAK | BANTUAN STR 2026 | BANTUAN SARA 2026 |
|---|---|---|
| Tiada anak yang tepati syarat | – | RM600 |
CARA DAFTAR STR 2026
Semua pemohon termasuk penerima sedia ada dikehendaki untuk mendaftar akaun MySTR yang baharu bagi permohonan STR 2026, walaupun telah mempunyai akaun MySTR pada tahun-tahun sebelum ini.
Ikuti panduan cara daftar akaun STR seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi STR :
- Masuk ke laman web : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas :
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan :
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan :
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password) :
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan :
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran :
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026
Pemohon sedia ada yang mempunyai sebarang pertukaran maklumat atau tidak membuat kemaskini maklumat selama lebih tiga (3) tahun perlu membuat kemaskini supaya maklumat dapat disahkan dan dapat menerima Bantua STR 2026 dengan jumlah yang tepat.
Ikuti panduan cara kemaskini maklumat STR seperti berikut :
- Log Masuk akaun baru STR 2026 :
- Apabila berjaya log masuk, “Dashboard” akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini :
- Klik pada butang “Kemas Kini Permohonan”.
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu :
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
- Sahkan Kod Captcha :
- Isi “Kod Captcha” yang betul mengikut yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini :
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
- Kemaskini Maklumat Berjaya :
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya’.
CARA PERMOHONAN STR 2026
Bagi yang berkelayakan serta belum mengemukakan sebarang permohonan STR, berpeluang untuk memohon bayaran STR 2026 secara dalam talian (online) seperti panduan di bawah :
- Layari Portal Rasmi MySTR 2026 :
- Klik pautan laman Portal Rasmi MySTR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pergi ke bahagian Permohonan :
- Pada halaman utama MySTR, klik pada butang “Permohonan Baharu”.
- Pop-Up “Pengesahan Permohonan Baharu” :
- Klik pada butang “Ya, Teruskan” untuk meneruskan permohonan.
- Masukkan maklumat peribadi :
- Isikan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa – dan tanpa jarak. Klik butang “Semak”.
- Maklumat individu akan dipaparkan :
- Sekiranya anda belum memohon, maklumat seperti nama, umur dan jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data JPN.
- Lengkapkan maklumat peribadi :
- Isi semua maklumat yang diperlukan dan tanda (*) adalah mandatori diisi.
- Pergi halaman permohonan seterusnya :
- Untuk ke halaman permohonan yang seterusnya, klik butang “Teruskan”.
- Pilih Status Perkahwinan :
- Jika status perkahwinan adalah berkahwin, pilih “Berkahwin”.
- Jika status perkahwinan adalah bercerai, pilih “Bercerai”.
- Jika status belum berkahwin, pilih “Bujang”.
- Jika status pasangan telah tiada, pilih “Kematian pasangan”.
- Lengkapkan maklumat pasangan :
- Sekiranya anda memilih status perkahwinan sebagai “Berkahwin”, isikan semua maklumat pasangan.
- Isikan maklumat anak (jika ada) :
- Masukkan nama dan nombor MyKid anak anda jika ada dan terhad kepada 5 orang anak (tanggungan) sahaja untuk diisi.
- Muat naik dokumen sokongan :
- Dokumen sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak (saiz dokumen perlu kurang dari 3 MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
- Masukkan maklumat waris :
- Pada halaman seterusnya adalah maklumat waris yang perlu diisi hubungan adik beradik atau saudara terdekat.
- Sahkan kod Captcha :
- Nilai “kod Captcha” yang dipaparkan perlu diisi pada ruangan yang disediakan.
- Hantar borang permohonan :
- Klik pada butang “Hantar” untuk meneruskan permohonan.
- Permohonan berjaya :
- Bagi permohonan yang berjaya dihantar, akan dipaparkan “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
SOALAN LAZIM STR 2026
- Bilakah pendaftaran akaun STR 2026 yang baru dibuka?
- Pendaftaran akaun STR yang baru dibuka bermula 13 Oktober 2025 sehingga 28 November 2025.
- Bagaimanakah sekiranya penerima tidak mendaftar akaun baru STR 2026?
- Sekiranya tidak mendaftar akaun baru STR 2026, ianya akan sukar untuk penerima membuat semakan kelayakan.
- Adakah permohonan STR yang dikemukakan akan diluluskan?
- Permohonan yang diluluskan adalah mengikut syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan.
- Perlukan penerima sedia ada membuat permohonan STR untuk tahun 2026?
- Penerima sedia ada hanya perlu mendaftar akaun baharu STR dan membuat kemaskini permohonan sahaja.
- Adakah individu bujang tidak menerima bayaran STR 2026?
- Individu bujang hanya akan menerima bayaran Bantuan SARA RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
MAKLUMAT LANJUT
Kandungan maklumat dalam artikel ini adalah panduan Bantuan STR 2026 ini dikongsikan bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui :
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email :[email protected]