CHECK STATUS STR FASA 4 – SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI 2025

CHECK STATUS STR FASA 4 – SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI 2025

Bilakah STR Fasa 4 akan dibayar? Untuk pengetahuan anda, pembayaran STR Fasa 4 2025 akan diagihkan pada 18 Oktober 2025 (Sabtu) bersempena dengan perayaan Deepavali.

TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 4

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pembayaran STR Fasa 4 yang merupakan fasa akhir untuk tahun 2025.

Apakah Itu STR?

STR (Sumbangan Tunai Rahmah) ialah bantuan kewangan daripada kerajaan Malaysia untuk golongan yang memerlukan seperti B40, M40, golongan bujang, dan warga emas. Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan dengan masalah ekonomi. STR diperkenalkan setiap tahun untuk membantu mereka yang layak, dengan jumlah bantuan yang berbeza mengikut kategori.

“Nak tahu cara daftar akaun untuk MySTR 2026? Rujuk panduan lengkap disini – Daftar Akaun MySTR 2026.”

Syarat Kelayakan STR 2025

Berikut ialah syarat kelayakan untuk menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2025 :

  • Isi Rumah B40
    • Pendapatan isi rumah RM2,500 atau kurang sebulan.
    • Mempunyai anak atau tanggungan yang layak.
  • Isi Rumah M40
    • Pendapatan isi rumah antara RM2,501 hingga RM5,000 sebulan.
    • Mempunyai anak atau tanggungan yang layak.
  • Bujang
    • Berumur 21 hingga 59 tahun dengan pendapatan RM2,500 atau kurang sebulan.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas
  • Warga Emas
    • Berumur 60 tahun ke atas dengan pendapatan RM5,000 atau kurang sebulan dan tidak mempunyai pasangan.

Jumlah / Kadar Bantuan STR Fasa 4

Jumlah bantuan bergantung pada kategori kelayakan dan bilangan anak. Berikut ialah jumlah bantuan yang akan diterima :

  • Isi Rumah B40
    • 0 anak : RM200
    • 1 – 2 anak : RM350
    • 3 – 4 anak : RM500
    • 5 anak atau lebih : RM700
  • Isi Rumah M40
    • 0 anak : RM100
    • 1 – 2 anak : RM200
    • 3 – 4 anak : RM250
    • 5 anak atau lebih : RM350
  • Bujang
    • Semua penerima : RM150
  • Warga Emas
    • Semua penerima : RM150

Panduan Semakan Status STR 2025

Untuk menyemak status kelayakan STR Fasa 4 ikuti langkah ini :

  • Layari Portal Rasmi STR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Log Masuk ke MySTR :
    • Klik butang Log Masuk MySTR.
    • Masukkan Nombor Kad Pengenalan (MyKad) 12 digit anda.
    • Tekan butang Log Masuk.
    • Seterusnya, sahkan kata kunci keselamatan (akan dipaparkan dan mesti sama seperti yang anda tetapkan semasa pendaftaran sebelum ini).
    • Masukkan kata laluan MySTR anda.
  • Semakan Status dan Butiran Bayaran.
  • Pilih menu “Semakan Permohonan
  • Klik pada “Maklumat Pembayaran” untuk mengetahui status pembayaran STR Fasa 4.
SEMAKAN STATUS STR 2025

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Pembayaran STR Fasa 4 akan bermula pada 18 Oktober 2025, sempena Deepavali. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. Penerima yang mempunyai akaun bank aktif akan menerima bayaran terus ke akaun mereka. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kaedah Pembayaran STR 2025

Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah seperti berikut :

  • Kredit ke Akaun Bank
    • Pembayaran STR dikreditkan secara automatik ke akaun bank penerima atau pasangan yang didaftarkan semasa permohonan. Pastikan maklumat akaun bank adalah aktif dan tepat untuk menerima bayaran tanpa masalah.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau berlaku kegagalan kredit ke akaun (gagal kredit), pembayaran boleh dituntut secara tunai di mana-mana cawangan BSN.

PENTING : Sebelum ke kaunter BSN, penerima perlu menyemak status kelulusan masing-masing di portal rasmi STR untuk memastikan layak menuntut tunai.

Soalan Lazim (FAQ)

Bilakah tarikh rasmi STR Fasa 4 2025?

Tarikh rasmi bayaran STR Fasa 4 bermula 18 Oktober 2025 (Sabtu).

Bagaimana cara menyemak kelayakan STR Fasa 4?

Semak kelayakan anda melalui portal MYSTR dengan log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.

Berapa jumlah bayaran untuk kategori bujang?

Bujang dan OKU layak terima RM150 untuk Fasa 4.

Bagaimana jika saya tidak mempunyai akaun bank?

Pembayaran akan dibuat secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN).

Kesimpulan

STR Fasa 4 adalah agihan fasa terakhir untuk tahun ini yang sangat membantu golongan berpendapatan rendah. Pastikan anda semak kelayakan, kemaskini maklumat bank, dan pantau status bayaran di portal rasmi STR.

Maklumat & Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi :

  • Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
  • Laman rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment