CHECK MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM IC

CHECK MYSARA 2025 : SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM IC

Melalui program MySARA 2025, penerima boleh check status bantuan dalam IC atau MyKad masing-masing secara atas talian sahaja. Bantuan ini termasuk bayaran SARA bulanan dan juga one-off yang bertujuan membantu rakyat membeli barangan asas di kedai terpilih. Dengan adanya kemudahan ini, proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu beratur di kaunter.

Semua butiran terkini telah dihimpunkan di bawah.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN MYSARA 2025?

Program Bantuan MySARA 2025 diwujudkan untuk membantu golongan B40 dan M40. Hanya mereka yang memenuhi syarat kelayakan layak menerima bantuan ini, meliputi kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

BERAPA JUMLAH MYSARA 2025 YANG DISALURKAN?

Jumlah bantuan MySARA ditentukan mengikut kategori kelayakan penerima. Golongan B40 layak menerima RM600 hingga RM2100, manakala golongan M40 menerima RM450 hingga RM900. Bayaran akan disalurkan terus ke IC penerima secara tanpa tunai. Check jadual di bawah untuk maklumat terperinci tentang kategori penerima dan jumlah bantuan MySARA 2025:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100

  • Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
  • Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
  • Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.
BERAPA JUMLAH MYSARA 2025 YANG DISALURKAN

BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN MYSARA 2025 DALAM IC?

Untuk membeli barangan asas Bantuan MySARA 2025 dengan IC, penerima hanya perlu memilih barangan yang diluluskan, tunjuk IC di kaunter untuk pengesahan, kemudian teruskan pembayaran. Resit pembelian disimpan sebagai rujukan. Berikut adalah panduan lengkap untuk membuat pembelian:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN MYSARA 2025 DALAM IC

BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN MYSARA DIKREDITKAN?

Bayaran Bantuan MySARA 2025 akan dikreditkan ke IC penerima pada setiap awal bulan, melibatkan golongan B40 dan M40 yang layak. Perinciannya ditunjukkan seperti di bawah:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

CHECK MYSARA 2025

Untuk check status kelayakan Bantuan MySARA 2025, penerima hanya perlu melayari portal rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Pertanyaan boleh diajukan ke hotline STR 1-800-88-2747 atau MyKasih 03-7720 1800. Berikut adalah panduan semakan:

CHECK MYSARA 2025 MELALUI PORTAL STR

  1. Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  3. Masukkan Nombor IC
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  4. Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  5. Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
        • Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
  6. Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
LOGIN CHECK MYSARA 2025

CHECK MYSARA 2025 MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor IC
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
LOGIN CHECK MYSARA 2025

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apa jenis barangan MySARA boleh dibeli?

Penerima hanya boleh beli barangan asas seperti beras, minyak masak, telur, roti, susu dan keperluan dapur lain.

Adakah semua pasar raya terima SARA MyKasih?

Tidak. Hanya kedai dan pasar raya berdaftar dengan MyKasih (lebih 7300 premis seluruh Malaysia) yang menerima transaksi bantuan ini.

Apa beza SARA MyKasih dengan SARA One-Off RM100?

SARA MyKasih adalah bantuan bulanan sehingga akhir 2025. Manakala SARA One-Off RM100 ialah bayaran sekali sahaja yang diumumkan Perdana Menteri.

Apa perlu dibuat jika MyKad rosak atau hilang?

Penerima perlu membuat penggantian MyKad di JPN. Baki bantuan akan dipindahkan semula selepas pengesahan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Check MySARA 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment