CARA SEMAK MYKASIH : PANDUAN LENGKAP SEMAKAN STATUS BANTUAN
Program SARA MyKasih 2025 membantu penerima yang layak membeli barangan keperluan asas menggunakan bantuan tanpa tunai (cashless) melalui MyKad. Semakan status boleh dilakukan secara dalam talian bagi mengetahui sama ada anda tersenarai sebagai penerima bantuan atau tidak. Artikel ini menerangkan dengan lengkap cara semak status MyKasih, syarat kelayakan, dan langkah mudah cara guna bantuan dalam MyKad anda.
Baca selanjutnya untuk maklumat lengkap.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH?
Program Bantuan SARA MyKasih adalah untuk membantu golongan B40 dan M40. Hanya mereka yang memenuhi syarat kelayakan layak menerima bantuan ini, meliputi kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BILA TARIKH BANTUAN MYKASIH DIKREDITKAN?
Bayaran Bantuan SARA MyKasih akan dimasukkan ke MyKad penerima pada setiap awal bulan, melibatkan golongan B40 dan M40 yang layak. Perinciannya ditunjukkan seperti di bawah:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BERAPA JUMLAH BANTUAN MYKASIH YANG DISALURKAN?
Setiap kategori penerima SARA MyKasih menerima jumlah bantuan yang berbeza. Bagi golongan B40, bantuan adalah antara RM600 hingga RM2100, manakala bagi M40 pula antara RM450 hingga RM900. Jumlah ini akan dikreditkan terus ke MyKad penerima seperti dalam jadual berikut:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100
- Bantuan tambahan RM100 diagihkan secara one-off kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Bayaran disalurkan ke MyKad bermula 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
- Rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH UNTUK PEMBELIAN
Pembelian barangan SARA MyKasih boleh dibuat menggunakan MyKad dengan mudah. Pilih barangan dari kategori yang ditetapkan, sahkan di kaunter, lakukan bayaran dan simpan resit. Semak cara pembelian barangan asas dengan bantuan MyKasih seperti berikut:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

CARA SEMAK MYKASIH
Untuk memudahkan penerima semak status MyKasih, terdapat dua cara mudah; layari Portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my atau SARA di https://sara.gov.my. Jika menghadapi sebarang masalah, hubungi 1-800-88-2747 (STR) atau 03-7720 1800 (MyKasih). Langkah lengkap cara semak MyKasih seperti di bawah:
CARA SEMAK MYKASIH MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

CARA SEMAK MYKASIH MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA SEMAK MYKASIH
Dilaksanakan oleh kerajaan melalui platform MyKasih, dengan kerjasama agensi dan pasar raya terpilih.
Hanya barangan asas kering seperti beras, roti, telur, minyak masak, dan sebagainya.
Ya, MyKasih ialah platform rasmi untuk salurkan Bantuan SARA.
Tidak semestinya. Ia bergantung kepada bajet dan keputusan kerajaan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Cara Semak MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]