CARA GUNA BUDI95 UNTUK BELI PETROL RON95

CARA GUNA BUDI95 UNTUK BELI PETROL RON95

Program Budi95 diperkenalkan bagi memastikan rakyat yang layak dapat menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter. Proses penggunaannya amat mudah kerana hanya memerlukan MyKad semasa pengisian minyak melalui aplikasi TNG eWallet, Setel, di kaunter, atau secara manual di pam minyak. Langkah ini bertujuan meringankan kos sara hidup rakyat tanpa membebankan mereka dengan prosedur yang rumit. Dengan cara ini, lebih ramai rakyat akan dapat merasai manfaat subsidi yang disediakan kerajaan.

Segala maklumat penting tentang cara guna Budi95 kami telah kongsikan di sini. Rujuk artikel ini untuk langkah seterusnya.

BACA JUGA: CARA MOHON MYKAD ONLINE : LANGKAH TUKAR KAD LAMA ATAU ROSAK

INTIPATI BUDI95

APA ITU BUDI95?

Budi Madani RON95 (Budi95) ialah program subsidi bersasar yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia terus menikmati harga petrol RON95 pada kadar lebih rendah. Dengan hanya menggunakan MyKad di stesen minyak, pengguna layak mendapat harga subsidi iaitu RM1.99 seliter. Subsidi ini juga menetapkan had penggunaan sehingga 300 liter sebulan.

  • Semakan kelayakan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi http://www.budi95.gov.my untuk mengetahui status penerimaan subsidi dengan lebih cepat dan mudah.
  • Antara syarat asas kelayakan ialah:
    • Warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas.
    • Memiliki MyKad yang sah.
    • Mempunyai kenderaan berdaftar di JPJ (kereta atau motosikal).
    • Termasuk pekerja gig yang menggunakan kenderaan untuk mencari rezeki.

Pelaksanaannya dibuat secara digital melalui MyKad di pam minyak, aplikasi Setel, terminal Touch ‘n Go atau kaunter stesen minyak. Kaedah ini memastikan proses pengesahan subsidi berjalan lebih mudah, telus, dan tepat kepada penerima sebenar.

CARA GUNA BUDI95 TNG (TOUCH ‘N GO)

Bagi pengguna yang sudah aktifkan MyKad dengan TNG, transaksi isi minyak boleh dilakukan terus menggunakan terminal TNG di pam minyak.

  1. Pastikan MyKad sudah aktif dengan subsidi Budi Madani.
  2. Sentuh MyKad pada terminal TNG di pam minyak.
  3. Pilih jumlah isi minyak.
  4. Teruskan pembayaran mengikut baki TNG atau kaedah lain yang tersedia.
CARA GUNA BUDI95 BELI PETROL

CARA GUNA BUDI95 SETEL

Aplikasi Setel juga menyokong penggunaan MyKad untuk menikmati subsidi petrol. Prosesnya lebih mudah kerana semua pengesahan dilakukan secara automatik.

  1. Muat turun (dowload) dan aktifkan MyKad anda dalam aplikasi Setel [https://www.setel.com/ref/6gasq].
  2. Setelah selesai, buka aplikasi Setel semasa di stesen minyak.
  3. Pilih pam yang digunakan dan jumlah petrol.
  4. Subsidi akan disahkan secara automatik melalui IC dalam aplikasi.
  5. Teruskan isi minyak seperti biasa.
APLIKASI SETEL

CARA GUNA BUDI95 DI KAUNTER

Jika tidak menggunakan aplikasi atau terminal, pengguna boleh terus ke kaunter stesen minyak dan serahkan MyKad kepada petugas untuk pengesahan subsidi.

  1. Bawa MyKad ke kaunter stesen minyak.
  2. Serahkan MyKad kepada petugas untuk pengesahan subsidi.
  3. Maklumkan jumlah petrol yang ingin dibeli.
  4. Bayar dan teruskan isi minyak di pam yang ditetapkan.
CARA GUNA BUDI95 BELI PETROL

CARA GUNA BUDI95 MANUAL DI PUMP (SELF-SERVICE)

Selain itu, MyKad juga boleh digunakan terus di pam minyak dengan memasukkan kad ke dalam slot pengimbas yang disediakan.

  1. Masukkan MyKad pada slot pengimbas di pam minyak.
  2. Tunggu pengesahan subsidi dipaparkan.
  3. Pilih jumlah petrol yang diinginkan.
  4. Teruskan isi minyak seperti biasa.
CARA GUNA BUDI95 BELI PETROL

SOALAN LAZIM (FAQ) CARA GUNA BUDI95

Adakah semua warganegara Malaysia layak secara automatik?

Tidak, hanya mereka yang memenuhi syarat kelayakan dan disahkan melalui semakan.

Perlu ke ada kenderaan berdaftar untuk layak?

Ya, subsidi hanya untuk pemilik kenderaan berdaftar di JPJ.

Apa beza guna IC dengan aplikasi Setel?

IC digunakan terus di pam, manakala Setel melalui aplikasi mudah alih.

Had liter dikira setiap bulan atau setiap transaksi?

Dikira bulanan dan disemak secara automatik.

Boleh pindahkan baki liter subsidi kepada orang lain?

Tidak, subsidi adalah individu dan tidak boleh dipindah milik.

Kalau tak layak, berapa harga petrol yang dikenakan?

Harga pasaran semasa tanpa subsidi.

Boleh bayar guna e-wallet atau tunai lepas guna subsidi?

Ya, kaedah bayaran bergantung pada stesen minyak.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Cara Guna Budi95 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment