BAYARAN STR RAYUAN FASA 4 2025 DIKREDITKAN BERMULA HARI INI
Berita baik buat penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)! Bagi mereka yang telah membuat rayuan dan penerima baru STR 2025, bayaran bagi Fasa 4 kini mula dikreditkan secara berperingkat bermula 13 November 2025 ke akaun penerima yang layak. Bantuan ini diberikan bagi memastikan isi rumah yang benar-benar memerlukan terus mendapat sokongan kewangan menjelang akhir tahun.
Untuk memudahkan semakan dan ketahui jumlah bayaran rayuan STR Fasa 4 yang diterima, ikuti perkongsian di bawah hingga akhir.

BACA JUGA: SEMAKAN BUDI 95 : SEMAK KELAYAKAN & CARA GUNA
APA SYARAT KELAYAKAN STR 2025?
Syarat kelayakan STR rayuan Fasa 4 2025 telah ditetapkan mengikut kategori pemohon iaitu isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah syarat-syaratnya:
ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
BUJANG
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2500 ke bawah.
Makluman: Bagi individu bujang yang masih menuntut secara sepenuh masa di IPTA/IPTS, mereka hanya layak disenaraikan sebagai tanggungan dalam kategori isi rumah, bukan pemohon bujang individu.
SIAPA LAYAK BUAT RAYUAN STR?
Individu yang layak membuat permohonan rayuan bagi mendapatkan bayaran STR Fasa 4 adalah seperti butiran di bawah:
- Pemohon yang berstatus Tidak Lulus STR atau berstatus Gagal; atau
- Pemohon yang berstatus Lulus STR dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja.
SEMAKAN BAYARAN STR RAYUAN FASA 4
Sebelum membuat semakan, semua penerima STR disaran mendaftar akaun MySTR, termasuk pengguna baharu dan lama, bagi memudahkan akses kepada maklumat serta status bantuan. Berikut langkah-langkahnya bagi menyemak status bayaran rayuan Fasa 4 STR:
- Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tutup Pop-Up Makluman Penting:
- Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
- Klik Butang “Log Masuk”:
- Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
- Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
- Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
- Masukkan Maklumat Asas:
- Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
- Hantar Emel Pengesahan:
- Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
- Semak Emel & Sahkan:
- Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
- Cipta Kata Laluan (Password):
- Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
- Jawab 5 Soalan Keselamatan:
- Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
- Lengkapkan Proses Pendaftaran:
- Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

SELEPAS DAFTAR:
- Kembali ke laman Log Masuk.
- Masukkan No IC & Password yang telah ditetapkan.
- Kini anda boleh akses dan semak status STR secara online.

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR RAYUAN FASA 4 YANG DIAGIHKAN?
Bagi tahun 2025, STR Fasa 4 menetapkan kadar bayaran antara RM150 hingga RM700 mengikut kategori penerima. Semak jadual berikut untuk mengetahui jumlah bayaran STR Fasa 4 yang diterima bagi setiap kategori:
- ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 1000 | 500 | 150 | 150 | 200 |
| 1-2 | 1500 | 500 | 300 | 350 | 350 |
| 3-4 | 2000 | 500 | 500 | 500 | 500 |
| >5 | 2500 | 500 | 650 | 650 | 700 |
- ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
| 0 | 500 | 150 | 100 | 150 | 100 |
| 1-2 | 750 | 150 | 200 | 200 | 200 |
| 3-4 | 1000 | 250 | 250 | 250 | 250 |
| >5 | 1250 | 300 | 300 | 300 | 350 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (PENDAPATAN BULANAN <RM5000)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
- BUJANG (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) | FASA 1 (RM) | FASA 2 (RM) | FASA 3 (RM) | FASA 4 (RM) |
|---|---|---|---|---|
| 600 | 150 | 150 | 150 | 150 |
CARA BAYARAN STR RAYUAN FASA 4 DISALURKAN
Cara bayaran STR rayuan Fasa 4 ditetapkan mengikut status penerima. Bagi penerima berakaun, bayaran dikredit terus, manakala penerima tanpa akaun akan menerima secara tunai di BSN. Lihat perincian berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tunggu beberapa hari bekerja atau hubungi LHDN untuk semakan lanjut.
Ya, kadar bayaran adalah sama mengikut kategori kelayakan.
Ya, semakan masih boleh dibuat selagi portal STR dibuka untuk rujukan.
Kemas kini hanya boleh dibuat semasa tempoh permohonan baharu STR 2026 nanti.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bayaran STR Rayuan Fasa 4 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/