BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 3 2025 – SEMAKAN STATUS

BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH FASA 3 2025 – SEMAKAN STATUS

Bayaran bagi bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 2025 telah mula dikreditkan secara berperingkat kepada penerima yang layak dan lulus permohonan.

Kepada pemohon yang membuat permohonan, semakan status bayaran SYUKUR Sabah boleh dibuat untuk mengetahui status terkini sama ada lulus atau tidak permohonan dan status bayaran dalam akaun bank penerima. Ikuti artikel ini untuk maklumat lengkap.

BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025

APA ITU BANTUAN SYUKUR SABAH?

Bantuan SYUKUR Sabah merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara. Melalui program ini, penerima akan mendapat RM300 sebulan, bersamaan RM900 bagi setiap fasa, dengan jumlah keseluruhan 4 fasa setahun.

Bantuan ini dirangka khas bagi membantu golongan miskin dan miskin tegar menampung kos sara hidup harian. Program ini juga memberi kesan positif terhadap usaha pengurangan kadar kemiskinan tegar di Sabah. Secara tidak langsung, ia menggambarkan komitmen kerajaan negeri dalam membina masyarakat yang lebih sejahtera dan seimbang.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH 2025

Terdapat syarat asas dan juga syarat khas yang telah digariskan bagi Bantuan SYUKUR Sabah. Setiap kategori penerima mempunyai kriteria tertentu yang perlu dipatuhi. Berikut adalah senarai syarat yang ditetapkan untuk melayakkan seseorang menerima bantuan ini:

SYARAT ASAS SYUKUR SABAH

  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Warganegara Malaysia.
  • Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
  • Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H‘.
  • Selain itu, penerima mesti memenuhi salah satu daripada syarat berikut:
    • Dikategorikan sebagai miskin / miskin tegar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024; atau
    • Pendapatan isi rumah kurang daripada Garis Kemiskinan (PGK).

SYARAT KHAS SYUKUR SABAH MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

  • B40 (pendapatan < RM1,218)
    • Layak untuk ketua isi rumah dan pasangan, atau ketua isi rumah dan anak berumur 18 tahun ke atas.
  • M40 (pendapatan RM1,219–RM2,742)
    • Hanya satu ketua isi rumah sahaja layak.

BERAPA JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH YANG DISALURKAN?

Semua penerima Bantuan SYUKUR Sabah akan menerima jumlah bayaran yang telah ditetapkan. Bagi kategori miskin, jumlah bantuan ialah RM900, manakala bagi kategori miskin tegar dengan dua penerima dalam satu isi rumah, jumlahnya ialah RM1800. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut:

FASA BANTUANJUMLAH BAYARAN
FASA 1RM900
FASA 2RM900
FASA 3RM900
FASA 4RM900

BAGAIMANA BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH DIAGIHKAN?

Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah diagihkan melalui tiga cara utama, iaitu kredit ke akaun bank, bayaran tunai, atau kemasukan terus ke eWallet YONO. Perincian cara bayaran adalah seperti berikut:

  • Kredit terus ke akaun bank penerima.
  • Tunai secara fizikal.
  • Kredit ke dalam eWallet YONO.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

Penerima boleh membuat semakan status bayaran Bantuan SYUKUR Sabah Fasa 3 secara dalam talian melalui dua saluran, iaitu laman rasmi https://syukur.sabah.gov.my atau aplikasi Yono Superapp. Ikuti panduan semakan di bawah:

BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi: https://syukur.sabah.gov.my
  2. Klik “Semakan Permohonan”
  3. Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang).
  4. Tekan butang Semak
  5. Status bayaran & kelayakan akan dipaparkan secara automatik.
LOGIN SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

SEMAKAN BANTUAN SYUKUR SABAH MELALUI APLIKASI

  1. Muat turun aplikasi YONO SuperApp:
  2. Log masuk atau daftar akaun.
  3. Pilih menu Bantuan SYUKUR.
  4. Status bayaran & baki akan terpapar.
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH

BILA TARIKH BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 3?

Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah dibuat melalui empat fasa. Bagi bayaran Fasa 1 & Fasa 2 telah selesai dikreditkan. Kini, pembayaran Fasa 3 telah bermula pada 29 September 2025 secara berperingkat. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat tarikh bayaran setiap fasa:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1Januari 2025
FASA 2April 2025
FASA 3September 2025
FASA 4November 2025

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah bantuan ini sama seperti bantuan tunai persekutuan?

Tidak. SYUKUR Sabah adalah program khas kerajaan negeri, berasingan daripada bantuan kerajaan persekutuan.

Adakah bantuan ini diberi setiap bulan?

Tidak, ia dikreditkan secara berperingkat mengikut 4 fasa setahun.

Bolehkah jumlah bantuan berubah pada masa akan datang?

Ya, tertakluk pada pengumuman dan peruntukan baharu oleh kerajaan negeri.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bayaran Bantuan SYUKUR Sabah ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment