BARANGAN YANG BOLEH DIBELI MYKASIH GUNA MYKAD

BARANGAN YANG BOLEH DIBELI MYKASIH GUNA MYKAD

Program MyKasih SARA 2025 membolehkan penerima membeli barangan asas terpilih menggunakan MyKad di lebih 7300 kedai dan pasar raya seluruh negara. Senarai barangan yang boleh dibeli MyKasih telah ditetapkan bagi memastikan bantuan digunakan untuk keperluan harian keluarga. Panduan ini membantu penerima membuat perbelanjaan lebih bijak dan terkawal. Ikuti artikel ini agar tidak terlepas sebarang info penting.

BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025

SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI MYKASIH

Melalui bantuan MyKasih, penerima boleh mendapatkan barangan keperluan asas yang disediakan di pasar raya berdaftar. Senarai ini terdiri daripada 14 kategori penting termasuk makanan, minuman dan barangan rumah. Rujuk jadual di bawah untuk melihat senarai penuh barangan yang boleh dibeli MyKasih beserta contoh jenama popular:

BARANGAN MYKASIHCONTOH JENAMA
BERASJasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation
ROTIMassimo, Mighty White, Gardenia
TELURCP, QL Eggs, Nutri Plus
MINYAK MASAKSeri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit
TEPUNGSauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros
BISKUTMunchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng
MI SEGERAIndo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan
MINUMANBOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico
MAKANAN DALAM TINAyam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup
BAHAN PERASAPuteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s
PRODUK KEBERSIHAN DIRIColgate, Kotex, Dettol
UBAT-UBATANProspan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam
KEPERLUAN SEKOLAHStabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih
BARANGAN KEBERSIHAN RUMAHBreeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso
SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI MYKASIH

DI MANA LOKASI KEDAI BARANGAN MYKASIH YANG BOLEH DIBELI?

Kini terdapat banyak kedai dan pasar raya yang berdaftar sebagai rakan niaga MyKasih. Penerima boleh membeli barangan asas bantuan MyKasih di lokasi berhampiran. Rujuk senarai contoh lokasi kedai seperti di bawah:

  • Mydin
  • Lotus’s
  • Econsave
  • Giant
  • Billion
  • The Store
  • Aeon Big
  • TF Value Mart
  • 99 Speedmart
  • KK Super Mart
  • Pasaraya Fresh Grocer
  • Super Seven

Nota Tambahan: Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

BAGAIMANA CARA PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH GUNA MYKAD?

Untuk membuat pembelian, penerima hanya perlu pilih barangan diluluskan yang boleh dibeli guna bantuan MyKasih, tunjuk MyKad untuk pengesahan di kaunter, kemudian buat bayaran seperti biasa. Rujuk perincian di bawah:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH GUNA MYKAD

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT

Seorang pembantu makmal sekolah meluahkan rasa lega:

“Alhamdulillah, dengan bantuan ni saya boleh simpan duit lebih untuk anak sekolah.”

Namun seorang lelaki berkerusi roda berkata:

“Kedai yang terpilih tak mesra OKU. Susah nak masuk beli barang.”

SOALAN LAZIM (FAQ) BARANGAN YANG BOLEH DIBELI MYKASIH

Apa itu Bantuan SARA MyKasih?

SARA MyKasih ialah inisiatif kerajaan dalam bentuk barangan asas yang boleh ditebus terus menggunakan MyKad di kedai atau pasar raya terpilih.

Macam mana nak tahu saya layak atau tidak untuk Bantuan MyKasih?

Semakan boleh dibuat di portal rasmi bantuan kerajaan atau melalui agensi seperti JKM dan MyKasih Foundation.

Bila bantuan ini masuk?

Kebiasaannya pada awal bulan, mengikut jadual rasmi kerajaan.

Macam mana nak check baki bantuan dalam MyKad?

Boleh tengok pada resit selepas pembelian atau tanya di kaunter.

Baki bulan ini boleh bawa ke bulan depan tak?

Ya, baki boleh dibawa sehingga tarikh tamat program (31 Disember 2025).

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Barangan Yang Boleh Dibeli MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment