BARANGAN SARA MYKASIH YANG BOLEH DIBELI GUNA MYKAD
Melalui program SARA MyKasih, penerima bantuan boleh menggunakan MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan asas. Senarai barangan yang diluluskan telah ditetapkan bagi memastikan bantuan digunakan sepenuhnya untuk tujuan sara hidup. Antara barangan SARA yang dibenarkan termasuk makanan asas, barangan dapur, dan produk keperluan harian. Dengan adanya panduan ini, penerima dapat membuat perbelanjaan yang lebih teratur dan berkesan. Ikuti artikel ini untuk maklumat lengkap.
BACA JUGA: MYSARA 100 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS BANTUAN TERKINI 2025
SENARAI BARANGAN SARA MYKASIH
Bermula 1 Mei 2025, produk kebersihan rumah dimasukkan ke dalam senarai barangan asas SARA, menjadikan keseluruhan 14 kategori yang boleh dibeli penerima bantuan. Senarai lengkap kategori barangan keperluan asas yang boleh dibeli berserta contoh jenama popular adalah seperti dalam jadual berikut:
BARANGAN SARA | CONTOH JENAMA |
---|---|
BERAS | Jasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation |
ROTI | Massimo, Mighty White, Gardenia |
TELUR | CP, QL Eggs, Nutri Plus |
MINYAK MASAK | Seri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit |
TEPUNG | Sauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros |
BISKUT | Munchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng |
MI SEGERA | Indo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan |
MINUMAN | BOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico |
MAKANAN DALAM TIN | Ayam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup |
BAHAN PERASA | Puteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s |
PRODUK KEBERSIHAN DIRI | Colgate, Kotex, Dettol |
UBAT-UBATAN | Prospan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam |
KEPERLUAN SEKOLAH | Stabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih |
BARANGAN KEBERSIHAN RUMAH | Breeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso |

DI MANA LOKASI KEDAI BOLEH BELI BARANGAN SARA?
Bantuan SARA melalui MyKasih boleh digunakan di lebih 7,300 kedai rakan niaga di seluruh Malaysia. Penerima hanya perlu mengunjungi pasar raya atau kedai berhampiran yang tersenarai. Lihat senarai contoh di bawah:
- Mydin
- Lotus’s
- Econsave
- Giant
- Billion
- The Store
- Aeon Big
- TF Value Mart
- 99 Speedmart
- KK Super Mart
- Pasaraya Fresh Grocer
- Super Seven
Nota Tambahan: Untuk senarai kedai atau pasar raya yang berdekatan, sila buat semakan di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list
BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD?
Untuk membeli barangan SARA dengan MyKad, penerima hanya perlu memilih barangan yang diluluskan, tunjuk MyKad di kaunter untuk pengesahan, kemudian teruskan pembayaran. Resit pembelian disimpan sebagai rujukan. Rujuk langkah lengkap seperti di bawah:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

PANDANGAN & REAKSI RAKYAT
Seorang ibu di Pahang meluahkan rasa syukur:
“Dengan adanya SARA, kami kurang rasa terbeban nak beli barang dapur asas.”
Tapi seorang warga emas menyuarakan kesusahan:
“Nak pergi kedai terpilih jauh, kena minta tolong anak cucu untuk hantar.”
SOALAN LAZIM (FAQ) BARANGAN SARA
Program bantuan kerajaan untuk bantu golongan B40 membeli barangan asas melalui MyKad.
Bulanan diberi setiap bulan, one-off diberi sekali sahaja.
Penerima dipilih automatik berdasarkan data kerajaan.
Semakan di portal MyKasih dengan nombor MyKad.
Bulanan biasanya awal bulan, one-off ikut tarikh diumumkan kerajaan.
Sekitar RM100 – RM200 sebulan, bergantung kategori penerima.
Tidak, untuk minyak ada program BUDI95.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Barangan SARA ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]