BANTUAN STR 2026 : KEMASKINI MAKLUMAT & DAFTAR PERMOHONAN ONLINE
Bermula 13 Oktober 2025, semua individu yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026. Manakala penerima sedia ada boleh membuat kemaskini permohonan secara dalam talian (online) sahaja.
BACA JUGA : MYSTR 2026 : SEMAKAN STATUS & KEMASKINI PERMOHONAN BANTUAN STR

JUMLAH BANTUAN STR 2026
Untuk tahun 2026, Kerajaan memperuntukan sebanyak RM15 billion untuk disalurkan kepada 9 juta rakyat Malaysia melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan juga tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Berikut Jumlah Bayaran STR 2026 :
- Kategori Isi Rumah :
BIL. ANAK | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
---|---|---|
Tiada anak | RM700 | RM200 |
1 hingga 2 | RM1,200 | RM450 |
3 hingga 4 | RM1,700 | RM700 |
5 dan ke atas | RM2,200 | RM950 |
- Kategori Bujang :
BIL. ANAK | BUJANG 60 TAHUN KE ATAS | BUJANG 21 HINGGA 59 TAHUN |
---|---|---|
Tiada anak | RM600 | – |
Berikut Jumlah Bayaran SARA 2026 :
- Kategori Isi Rumah :
BIL. ANAK | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
---|---|---|
Tiada anak | RM2,400 (eKasih) RM1,200 (STR sahaja) | RM1,200 |
1 hingga 2 | RM2,400 (eKasih) RM1,200 (STR sahaja) | RM1,200 |
3 hingga 4 | RM2,400 (eKasih) RM1,200 (STR sahaja) | RM1,200 |
5 dan ke atas | RM2,400 (eKasih) RM1,200 (STR sahaja) | RM1,200 |
- Kategori Bujang :
BIL. ANAK | BUJANG 60 TAHUN KE ATAS | BUJANG 21 HINGGA 59 TAHUN |
---|---|---|
Tiada anak | RM600 | RM600 |
CARA PENERIMAAN STR 2026
Penerimaan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara ansur berperingkat selama empat (4) fasa melalui bayaran ke dalam akaun bank penerima atau secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Manakala penerimaan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pula adalah setiap bulan melalui kad pengenalan yang khas untuk penerima membuat pembelian barangan keperluan asas sahaja.
SIAPAKAH LAYAK TERIMA BANTUAN STR?
Kerajaan menyasarkan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada seramai 9 juta rakyat yang haruslah menepati syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Berkahwin (ada atau tiada anak);
- Ibu / bapa tunggal yang ada anak;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Pemohon berdaftar dalam pangkalan data LHDN.
- Kategori Bujang :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan / balu / duda / janda yang tiada anak;
- Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Pemohon berdaftar dalam pangkalan data LHDN.
*Semua penerima yang berdaftar dalam permohonan STR termasuk Bujang berumur 21 hingga 59 akan secara automatik layak terima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
DAFTAR AKAUN BANTUAN STR 2026 ONLINE
Sebelum membuat kemaskini permohona baru Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026, semua pemohon sedia ada perlu membuat pendaftaran akaun baru terlebih dahulu.
Panduan cara mudah daftar akaun Bantuan STR seperti berikut :
- Pergi ke Portal STR 2026
- Pautan terus ke halaman utama STR 2026 :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Terus ke bahagian “Log Masuk”
- Klik pada butang [Log Masuk] pada halaman utama STR.
- Masukkan maklumat diri
- Isikan ruangan dengan nombor Kad Pengenalan Diri anda dan klik [Semak].
- Notifikasi “Akaun Pengguna Belum Didaftarkan” akan dipaparkan
- Terus klik pada [Daftar Pengguna Baharu].
- Masukkan maklumat diri
- Isikan nombor Kad Pengenalan dan Alamat e-Mel yang digunakan dan klik [Hantar e-Mel Pengesahan].
- E-Mel pengesahan Pendaftaran Akaun STR akan dihantar
- Klik pada butang [Sahkan Akaun Saya].
- Halaman PENDAFTARAN STR akan dipaparkan
- Isikan Frasa Keselamatan dan 5 soalan Keselamatan beserta dengan 5 jawapan yang perlu anda ingat. Kemudian, klik butang [Seterusnya].
- Ciptakan Kata Laluan
- Anda perlu cipta kata laluan untuk log masuk ke MySTR dan pastikan ianya status Kuat dan klik [Daftar Akaun].
- Status Pendaftaran Akaun Berjaya
- Apabila pendaftaran akaun telah berjaya, anda boleh terus log masuk akaun tersebut di Portal MySTR 2026.
KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026
Setelah akaun baru berjaya didaftarkan, pemohon boleh terus membuat kemaskini maklumat permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang baru.
Panduan cara kemaskini maklumat permohonan Bantuan STR adalah seperti berikut :
- Log Masuk akaun baru STR 2026
- Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
- Terus ke bahagian Kemas Kini
- Klik pada butang [Kemas Kini Permohonan].
- Pilih maklumat yang perlu dikemas kini
- Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
- Simpan maklumat baharu
- Selepas tukar maklumat baharu, klik butang [Simpan].
- Sahkan Kod Captcha
- Isi Kod Captcha yang betul mengikut yang dipaparkan.
- Hantar borang kemas kini
- Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang [Hantar].
- Kemaskini Maklumat Berjaya
- Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya’.
SOALAN LAZIM
- Bilakah tarikh permohonan baru Bantuan STR 2026?
- Permohonan baru STR 2026 telah dibuka bermula 13 Oktober 2025 secara rasmi.
- Perlukah penerima Bantuan STR 2025 mengemukakan permohonan baru untuk tahun 2026?
- Penerima Bantuan STR 2025 perlu membuat kemaskini permohonan baru Bantuan STR 2026.
- Bagaimanakah cara terima bayaran Bantuan STR sekiranya penerima tidak mempunyai akaun bank?
- Penerima yang tiada akaun bank perlu menuntut bayaran Bantuan STR secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Bilakah bayaran Bantuan STR Fasa pertama (1) 2026?
- Pembayaran Bantuan STR Fasa pertama (1) dijangka pada bulan Januari dan Februari 2026.
- Bolehkah pemohon yang gagal menerima bayaran Bantuan STR 2025 mengemukakan semula permohonan baru untuk tahun 2026?
- Ya boleh sekiranya memenuhi syarat dan kriteria kelayakan yang ditetapkan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan STR 2026 ini dikongsikan bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui :
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email :[email protected]