BANTUAN SARA TAMBAHAN RM100 : (ONE OFF 2025) SEMAKAN STATUS PENERIMA
Bagi menghargai usaha dan ketabahan rakyat Malaysia dalam menghadapi tekanan kos sara hidup, Perdana Menteri telah mengumumkan satu lagi inisiatif khas iaitu Bantuan Sara Tambahan RM100 secara one-off bagi tahun 2025. Bantuan ini merupakan bentuk penghargaan kerajaan kepada rakyat yang terus menyokong usaha pemulihan ekonomi negara. RM100 akan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak, dan boleh digunakan untuk pembelian barangan asas di lebih 4100 kedai dan pasar raya terpilih. Inisiatif ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan.
Nak tahu sama ada anda layak atau tidak untuk bantuan SARA tambahan RM100? Ikuti segala info lengkap yang telah disediakan di dalam artikel ini.
BACA JUGA: SEMAK STATUS BANTUAN TAMBAHAN RM100 ONE-OFF
APAKAH SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA TAMBAHAN RM100?
Semua orang dewasa layak untuk menerima bantuan SARA RM100 ini, asalkan menepati kriteria kelayakan yang telah ditetapkan:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun ke atas.
BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA TAMBAHAN?
Bantuan ini akan mula dibayar secara tanpa tunai ke dalam MyKad penerima mengikut butiran berikut:

- Penerima bantuan yang layak akan menikmati kemudahan pembelian barangan asas dengan MyKad mulai 31 Ogos 2025 dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025.
BERAPAKAH JUMLAH BANTUAN SARA TAMBAHAN?
- Individu yang telah mencapai usia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan RM100 secara automatik ke dalam MyKad, tanpa mengira status – sama ada bujang, berkahwin, atau warga emas.
- Ahli keluarga di bawah tanggungan isi rumah juga tetap layak jika berumur 18 tahun ke atas.
- Contoh agihan: Suami RM100, Isteri RM100, Anak yang masih belajar di universiti pun dapat RM100.
BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN SARA?
Penerima yang layak boleh membuat pembelian barangan asas dengan mengikut langkah-langkah berikut sebagai panduan untuk guna bantuan di dalam MyKad:
- Kunjungi kedai/pasar raya berdekatan yang terpilih menyertai Program SARA MyKasih.
- Pilih barangan asas yang telah diluluskan.
- Serahkan MyKad kepada juruwang di kaunter pembayaran untuk semakan status penerima bantuan.
- Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKAd) jika perlu.
- Juruwang akan imbas barangan mengikut kategori yang dibenarkan.
- Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan transaksi.
- Simpan resit sebagai bukti pembelian & semakan baki bantuan.
SEMAKAN BANTUAN SARA TAMBAHAN RM100
Terdapat 2 platform rasmi yang boleh digunakan untuk menyemak status bantuan SARA tambahan RM100 secara atas talian. Berikut dikongsikan portal dan panduan semakan:
SEMAKAN MELALUI PORTAL STR

- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.
SEMAKAN MELALUI PORTAL MYKASIH

- Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
- Biasanya terletak di bahagian atas laman.
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Kata laluan (jika diperlukan)
- Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
- Tekan butang ‘Login’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
- Semak status kelayakan
- Semak baki bantuan
- Semak rekod transaksi
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan SARA Tambahan RM100 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]