BANTUAN RM600 WARGA EMAS : SEMAK KELAYAKAN & PANDUAN CARA MOHON
Sehingga Ogos 2025, seramai 162,295 warga emas di seluruh negara telah menerima manfaat daripada Bantuan RM600 Warga Emas (BWE) dengan jumlah peruntukan mencecah RM748.3 juta. Bantuan ini memainkan peranan penting dalam membantu golongan berusia menampung keperluan harian mereka, terutamanya bagi yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap. Ia sedikit sebanyak meringankan beban kos perbelanjaan asas yang semakin meningkat.
Ikuti artikel ini untuk kupasan penuh berkaitan Bantuan RM600 Warga Emas.

BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE : SEMAK STATUS & PERMOHONAN BARU 2025
APA ITU BANTUAN RM600 WARGA EMAS (BWE)?
Bantuan Warga Emas (BWE) merupakan skim bantuan kewangan bulanan sebanyak RM600 kepada warga emas yang layak dan berdaftar di bawah JKM. Tujuannya adalah bagi membantu mereka menjalani kehidupan seharian, membeli keperluan asas, serta mengurangkan beban hidup bagi yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap atau penjaga.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS RM600
Untuk layak menerima Bantuan Warga Emas, pemohon perlu memenuhi beberapa kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Bermastautin di Malaysia.
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
- Tidak tinggal di institusi kendalian JKM seperti Rumah Seri Kenangan.
- Tidak menerima bantuan bulanan lain daripada JKM atau mana-mana agensi kerajaan yang sama jenis.
BERAPA JUMLAH BANTUAN WARGA EMAS YANG DITERIMA?
Melalui Belanjawan 2026, kerajaan akan memperuntukkan RM1.26 bilion khusus untuk kebajikan sekitar 180 ribu warga emas di seluruh negara. Ia menunjukkan komitmen berterusan dalam memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup golongan emas terus terpelihara. Setiap penerima yang diluluskan akan menerima bantuan bulanan yang disalurkan secara tunai atau terus ke akaun bank seperti butiran berikut:
| JUMLAH BANTUAN BWE |
|---|
| RM600 sebulan |

CARA PERMOHONAN BANTUAN RM600 WARGA EMAS
Cara untuk mohon Bantuan RM600 Warga Emas ini boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seluruh negara atau secara online. Setiap permohonan yang didaftarkan akan melalui proses siasatan dan penilaian. Sila rujuk panduan dibawah untuk langkah permohonan:
Permohonan Secara Manual (Guna Borang)
Datang ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian berhampiran.
Isi borang permohonan bantuan:
- Sediakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & tanggungan.
- Sijil lahir anak (jika ada).
- Sijil nikah/cerai/kematian pasangan (jika berkaitan).
- Penyata pendapatan / surat pengesahan tidak bekerja.
- Serahkan borang lengkap bersama dokumen kepada pegawai JKM.
- Pegawai akan buat siasatan & lawatan sebelum keputusan dikeluarkan.
Permohonan Bantuan Secara Online (eBantuan JKM)
- Layari portal rasmi eBantuan JKM: https://ebantuanjkm.jkm.gov.my
- Daftar akaun pengguna (jika belum ada).
- Isi maklumat peribadi & butiran tanggungan dalam sistem.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan
- Hantar permohonan secara online.
- Pemohon akan dihubungi untuk proses siasatan & lawatan sebelum keputusan dibuat.
Perhatian: Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut daerah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dilakukan. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.
[PENTING] SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:
- Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
- Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
- Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
- Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
- Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)
SEMAKAN STATUS BANTUAN RM600 WARGA EMAS
Semakan status terkini Bantuan RM600 Warga Emas boleh disemak secara online melalui portal eBantuan https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/. Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus hubungi 03 – 8000 8000. Berikut adalah langkah penuh semakan bantuan secara online:
- Layari Portal Rasmi JKM: https://www.jkm.gov.my
- Cari Menu “eBantuan”
- Klik pada menu Perkhidmatan Online – pilih eBantuan.
- Pilih Semakan Status Permohonan
- Dalam paparan eBantuan, tekan pilihan Semakan Status Permohonan.
- Masukkan Maklumat Diri
- Isi No. Kad Pengenalan (IC) pemohon.
- Tekan butang Cari.
- Semak Keputusan
- Sistem akan papar status permohonan sama ada diluluskan, dalam proses, atau ditolak.
- Jika lulus, akan dipaparkan juga jenis bantuan, kadar bayaran, dan tarikh kelulusan.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Pemohon perlu membuat permohonan rasmi dan disemak oleh JKM sebelum kelulusan diberi.
Boleh, sekiranya pendapatan isi rumah masih di bawah paras kelayakan ditetapkan.
Bantuan akan dihentikan serta-merta selepas tarikh kematian. Waris perlu memaklumkan kepada pejabat JKM.
Kebiasaannya antara 30 hingga 60 hari, bergantung kepada semakan dan lawatan rumah oleh pegawai JKM.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan RM600 Warga Emas ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman web eBantuan JKM : https://www.jkm.gov.my
- Telefon : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
- Emel : Maklum Balas (ISPAAA)