BANTUAN RM100 DALAM MYKAD : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Kerajaan meneruskan komitmen membantu golongan berpendapatan rendah menerusi pelbagai inisiatif kebajikan termasuk program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau Bantuan RM100 dalam MyKad di bawah Belanjawan 2026. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup dan membolehkan rakyat membeli barangan keperluan asas di pasar raya atau kedai yang terpilih.
Bagaimanakah cara semak status Bantuan RM100 dalam MyKad? Artikel ini akan membantu anda dengan segala info lengkap di bawah.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM100
Buat masa ini, kerajaan masih belum mengeluarkan syarat kelayakan rasmi Bantuan RM100 2026, namun rujukan lazimnya adalah berpandukan kelayakan tahun terdahulu. Sila rujuk syarat di bawah:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD
Agihan Bantuan RM100 dalam MyKad 2026 adalah mengikut kategori penerima, di mana jumlah bantuan berbeza bergantung kepada status isi rumah dan disalurkan terus ke MyKad. Butirannya seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
- RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih

PENGHARGAAN SARA RM100
- Dalam usaha melaksanakan SARA 2026, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan sekali bayar RM100 kepada semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas sekitar pertengahan Februari.

TARIKH BAYARAN BANTUAN RM100 2026
Kerajaan masih belum mengeluarkan pengumuman rasmi berhubung tarikh pembayaran Bantuan RM100 dalam MyKad 2026. Penerima disarankan sentiasa menyemak maklumat terkini melalui platform rasmi dari semasa ke semasa.
- Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
- Buat semakan status bantuan di Portal MyKasih & kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
- Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.

CARA TETAPAN EMEL MYKASIH
Bermula 1 Januari 2026, aplikasi MyKasih tidak lagi menggunakan OTP melalui SMS. Sebagai gantinya, pengesahan log masuk akan dilakukan melalui OTP emel bagi meningkatkan keselamatan akaun dan memastikan akses bantuan SARA bulanan berjalan lancar.

- Update aplikasi MyKasih di Google Play Store terlebih dahulu.
- Log masuk ke aplikasi seperti biasa.
- Satu pop-up “Set Up Now” akan muncul di skrin.
- Klik “Set Up Now”.
- Masukkan alamat emel yang aktif.
- Tekan “Next”.
- Semak emel anda dan klik pautan “Verify Email Address” untuk pengesahan.
- Siap! Akaun anda sudah dikemas kini.

Nota penting:
- Perubahan ini KHUSUS untuk penerima SARA MyKasih bulanan sahaja.
- WAJIB kemas kini sebelum 31 Disember 2025.
- Jika tidak, anda tidak boleh akses aplikasi MyKasih selepas tarikh tersebut.
SEMAK BANTUAN RM100 DALAM MYKAD
Untuk menyemak status kelayakan Bantuan RM100 dalam MyKad, penerima boleh layari Portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA di sara.gov.my. Jika perlukan bantuan, hubungi STR di 1-800-88-2747. Berikut langkah semakan:
SEMAK BANTUAN RM100 DALAM MYKAD MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAK BANTUAN RM100 DALAM MYKAD MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

CARA BANTUAN RM100 DIMOHON
Bantuan RM100 2026 tidak memerlukan permohonan baharu kerana kelayakan dinilai menggunakan data STR yang sedia ada, namun kemas kini maklumat adalah sangat digalakkan.
- Kemaskini STR apabila tempoh kemaskini dibuka.
- Buat permohonan STR jika belum berdaftar.
- Pastikan maklumat pendapatan, tanggungan dan alamat dikemaskini dengan tepat.
Permohonan STR Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
Permohonan STR Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
*MOF dan KPDN akan menyemak data penerima STR 2025 dan STR 2026 secara automatik, dan pendaftaran SARA MyKasih akan dilakukan tanpa permohonan tambahan sekiranya memenuhi syarat.
CARA GUNA BANTUAN RM100 DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN
Penerima hanya dibenarkan membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad di pasar raya yang berdaftar di bawah program MyKasih. Langkah lengkap pembelian seperti di bawah:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Baki boleh disemak melalui resit pembelian, sistem MyKasih atau saluran rasmi yang disediakan.
Tempoh sah baki tertakluk kepada garis panduan semasa dan biasanya mempunyai had masa penggunaan.
STR diberikan dalam bentuk wang tunai, manakala SARA MyKasih disalurkan sebagai kredit barangan keperluan.
Penerima perlu menggantikan kad pengenalan terlebih dahulu kerana ia digunakan sebagai medium pengesahan transaksi.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan RM100 Dalam MyKad ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/