BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP) RM200 SEBULAN – SEMAK KELAYAKAN & PERMOHONAN ONLINE
Bantuan Latihan Perantis (BLP) merupakan salah satu inisiatif di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan menyokong golongan belia yang kurang berkemampuan untuk mengikuti latihan kemahiran atau perantis. Ia dapat membantu meringankan beban kewangan sepanjang tempoh latihan agar peserta dapat meningkatkan kebolehan dan peluang pekerjaan pada masa hadapan.
Semua penjelasan lengkap boleh didapati di bahagian di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN BANTUAN JKM ONLINE
TUJUAN BANTUAN PERANTIS (BLP)
Bantuan Latihan Perantis diwujudkan bagi menggalakkan penyertaan golongan kurang berkemampuan dalam program latihan dan perantis. Ia bertujuan membantu penerima menampung keperluan asas sepanjang latihan serta menyokong usaha membina kemahiran untuk meningkatkan kebolehpasaran diri.

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS?
Kelayakan Bantuan Latihan Perantis ditentukan berdasarkan beberapa kriteria asas yang ditetapkan oleh JKM. Antara pertimbangan utama termasuk:
- Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
- Berumur 16 tahun ke atas hingga 35 tahun mengikut kesesuaian.
- Anak-anak penerima bantuan; atau
- Bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
- Kes-kes seliaan akhlak; atau
- Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; atau
- OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan.
- Makluman:
- Kelulusan berdasarkan tempoh latihan.
- Pengiraan umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran.
JUMLAH & CARA BAYARAN (BLP)
Bayaran BLP diberikan sepanjang tempoh latihan tertakluk kepada kelulusan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak JKM. Jumlah bantuan yang disalurkan adalah seperti butiran di bawah:
| JUMLAH BANTUAN | CARA BAYARAN |
|---|---|
| RM200 | Bayaran disalurkan melalui akaun bank atau secara tunai (bergantung kepada kaedah yang ditetapkan JKM). |
APA SENARAI DOKUMEN DIPERLUKAN?
Pemohon BLP perlu menyediakan dokumen berikut:
- Salinan MyKad.
- Salinan Kad OKU Berdaftar dengan JKM (sekiranya berkaitan).
- Salinan surat tawaran latihan; atau
- Pengesahan menjalani latihan dari agensi pengendali latihan.
- Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan
- Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).
CARA MOHON BANTUAN LATIHAN PERANTIS RM200
Permohonan Bantuan Latihan Perantis boleh dibuat melalui saluran yang ditetapkan oleh JKM sama ada secara online atau manual. Permohonan yang di hantar akan melalui proses penilaian dan siasatan bagi memastikan penerima benar-benar layak. Berikut adalah langkah lengkap untuk permohonan:

Permohonan Bantuan Latihan Perantis Secara Online (eBantuan JKM)
Pemohon boleh mengemukakan permohonan secara online melalui portal rasmi JKM dengan langkah berikut:
- Layari portal rasmi eBantuan JKM: https://ebantuanjkm.jkm.gov.my
- Daftar akaun pengguna (jika belum ada).
- Isi maklumat peribadi & butiran tanggungan dalam sistem.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan
- Hantar permohonan secara online.
- Pemohon akan dihubungi untuk proses siasatan & lawatan sebelum keputusan dibuat.
Permohonan Bantuan Latihan Perantis Secara Manual (Guna Borang)
Bagi pemohon yang memilih kaedah bersemuka, permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terdekat:
- Hadir bersama dokumen asal dan salinan.
- Permohonan akan disemak oleh pegawai JKM.
- Lawatan siasatan ke rumah pemohon boleh dijalankan sekiranya diperlukan bagi tujuan pengesahan maklumat.
- Isi borang permohonan bantuan seperti di bawah:
BAGAIMANA CARA SEMAK STATUS BLP?
Senmakan status terkini Bantuan Latihan Perantis (BLP) boleh dibuat secara online melalui portal eBantuan https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/. Jika ada sebarang pertanyaan boleh terus hubungi 03 – 8000 8000. Berikut adalah langkah semakan secara online:
- Layari Portal Rasmi JKM: https://www.jkm.gov.my
- Cari Menu “eBantuan”
- Klik pada menu Perkhidmatan Online – pilih eBantuan.
- Pilih Semakan Status Permohonan
- Dalam paparan eBantuan, tekan pilihan Semakan Status Permohonan.
- Masukkan Maklumat Diri
- Isi No. Kad Pengenalan (IC) pemohon.
- Tekan butang Cari.
- Semak Keputusan
- Sistem akan papar status permohonan sama ada diluluskan, dalam proses, atau ditolak.
- Jika lulus, akan dipaparkan juga jenis bantuan, kadar bayaran, dan tarikh kelulusan.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Kelayakan tertakluk kepada latihan atau perantis yang diiktiraf.
Bergantung kepada syarat pembaharuan yang ditetapkan.
Ia tertakluk kepada penilaian keseluruhan bantuan yang diterima.
Ya, kelulusan bergantung kepada peruntukan semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan Latihan Perantis ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman web eBantuan JKM : https://www.jkm.gov.my
- Telefon : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
- Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan: https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/blp
Menjadi lebih baik