PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN KHAS IPT SARAWAK (BKK) 2026
Berita baik buat anak Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian! Bantuan Kewangan Khas IPT Sarawak (BKK) 2026 kembali diteruskan bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar sepanjang tempoh pengajian. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, inisiatif ini menjadi sokongan penting khususnya kepada pelajar yang memerlukan bantuan kewangan tambahan. Lebih menarik, bantuan ini bukan sahaja melibatkan wang tunai, malah turut merangkumi pelbagai inisiatif pendidikan lain yang memberi manfaat menyeluruh kepada pelajar.
Info lanjut tersedia di bawah.
BACA JUGA: SEMAKAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK (SKAS) 2026
APA ITU BANTUAN KEWANGAN KHAS IPT SARAWAK 2026?
Bantuan Kewangan Khas Pelajar (BKK) IPT Sarawak 2026 merupakan bantuan tahunan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak kepada pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS di seluruh Malaysia.
Tujuan utama bantuan ini adalah untuk membantu menampung kos sara hidup serta keperluan harian pelajar sepanjang tempoh pengajian. Bagi tahun 2026, sebanyak RM60 juta telah diperuntukkan melalui Belanjawan Sarawak.
Nilai Bantuan & Inisiatif Berkaitan
- RM1,200 setahun (dibayar dua kali setahun)
Selain itu, turut disediakan:
- Bantuan Laptop / Komputer Riba Percuma
- Baucar Buku
- Subsidi penerbangan (i-GPS)
- Diskaun bayaran balik PTPTN bagi pelajar Sarawak

SYARAT BKK IPT SARAWAK 2026
Antara syarat utama Bantuan Khas Kewangan IPT Sarawak adalah:
- Anak Sarawak (sekurang-kurangnya salah seorang ibu bapa warganegara Sarawak)
- Mengikuti pengajian Diploma atau Ijazah
- Pengajian sepenuh masa
- Institusi diiktiraf
- Disahkan oleh pihak IPT
Bagi memastikan kelayakan, pelajar perlu:
- Memuat naik surat pengesahan pengajian yang menunjukkan status aktif
- Menggunakan surat terkini (bertarikh semasa atau selepas notis)
- Tidak berada dalam status tangguh atau berhenti pengajian
- Tempoh muat naik surat pengesahan: 31 Mac 2026 hingga 31 Mei 2026
BERAPA JUMLAH BANTUAN KHAS KEWANGAN IPT SARAWAK?
Pelajar yang layak akan menerima:
- RM1,200 setahun (RM600 setiap semester)
- Bagi pemohon yang lulus, pemantauan boleh dibuat melalui aplikasi My-Yayasan Customer App.
- Bayaran disalurkan ke akaun S PAY Global sepanjang tempoh pengajian.
- Tempoh bantuan adalah berdasarkan tempoh pengajian asal. Pelajar yang melanjutkan tempoh pengajian tidak akan menerima bantuan tambahan.
PERMOHONAN BANTUAN KHAS KEWANGAN IPT SARAWAK
Permohonan baharu bagi BKK di bawah inisiatif pendidikan Kerajaan Sarawak Fasa 1 2026 dibuka bermula 31 Mac 2026 hingga 30 April 2026 . Bagi pelajar yang belum membuat permohonan, ini merupakan peluang untuk memohon melalui portal rasmi My-Yayasan.
- Pra-Syarat
- Daftar Sarawak ID
- Buka akaun S PAY Global
- Akses portal My-Yayasan: https://myys.yayasansarawak.org.my/
- Proses Permohonan
- Isi maklumat dan muat naik dokumen
- Muat turun & sahkan surat pengajian
- Muat naik semula dokumen
- Hantar permohonan
- Semakan Status
- Semak melalui portal My-Yayasan
- Keputusan dimaklumkan melalui emel atau SMS

NOTIS SEMAKAN BAYARAN BKK SARAWAK
- Bayaran kepada pelajar sedia ada telah mula disalurkan secara berperingkat bermula 31 Mac 2026.
- Bagi pelajar yang belum memohon, disarankan untuk membuat permohonan terlebih dahulu bagi melayakkan diri menerima bayaran seterusnya.

BAGAIMANA BKK IPT SARAWAK DIKEMASKINI?
Untuk pengemaskinian, surat pengesahan pengajian perlu dimuat naik melalui sistem My-Yayasan seperti berikut:
- Log masuk ke portal My-Yayasan menggunakan Sarawak ID
- Klik menu “Semak Status”
- Pilih “Upload Verification Letter”
- Muat naik dokumen berkaitan
- Dokumen akan disemak dan status akan dimaklumkan melalui emel atau portal.
Peringatan penting:
- Pembayaran hanya dibuat selepas dokumen disahkan lengkap
- Kesilapan dokumen boleh menyebabkan kelewatan
- Gagal muat naik dalam tempoh ditetapkan boleh menjejaskan kelayakan bayaran
STATUS PROSES PERMOHONAN BKK
Permohonan Bantuan Khas Kewangan IPT Sarawak yang dibuat akan melalui beberapa peringkat status dalam sistem My-Yayasan sebelum diluluskan. Setiap status menunjukkan tahap semakan dan kelulusan permohonan. Rujuk maklumat lanjut seperti dalam lampiran:

BAGAIMANA CARA BANTUAN BKK DI TEBUS?
Bantuan disalurkan melalui akaun S PAY Global dan boleh diakses seperti berikut:
- Buka aplikasi S PAY Global
- Pilih menu bantuan
- Pastikan akaun memenuhi syarat (E-KYC & baki wallet mencukupi)
- Sahkan penerimaan bantuan
*Pelajar di Semenanjung, Sabah dan Labuan juga boleh menggunakan bantuan melalui sistem DuitNow QR.
SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak, bantuan ini bukan pinjaman dan tidak perlu dibayar balik.
Tidak, hanya untuk pelajar yang memenuhi kriteria anak Sarawak.
Tidak, bantuan ini hanya untuk pelajar sepenuh masa.
Pemohon boleh menyemak semula maklumat dan membuat pembetulan jika perlu.
Disarankan untuk menyemak portal secara berkala bagi status terkini.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan Khas Kewangan IPT Sarawak ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Rasmi Yayasan Sarawak: https://yayasansarawak.org.my/my/laman-utama/
- Telefon: 082-441686 (waktu pejabat)
- E-mel: [email protected]