BANTUAN IBU TUNGGAL JOHOR RM500 : I-PESONA JOHOR
Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) menyediakan Insentif Pesona Ibu Tunggal Johor (I-PESONA) sebagai bantuan sokongan kepada ibu tunggal di negeri ini. Program ini disaring sepenuhnya berdasarkan data bancian Ibu Tunggal Johor, yang kini dibuka semula. Walaupun bancian ini bukan permohonan bantuan, ia menjadi asas tapisan kelayakan bagi pelbagai program termasuk bantuan I-Pesona. Penerima yang layak akan dimaklumkan secara rasmi melalui iSMS daripada YPKDT tanpa melibatkan pihak ketiga.
Maklumat penuh berkaitan Bantuan Ibu Tunggal Johor telah disediakan di bawah ini.
BACA JUGA: BANTUAN IBU TUNGGAL E-KASIH 2025
APA ITU BANTUAN IBU TUNGGAL JOHOR I-PESONA?
Bantuan I-Pesona Johor ialah insentif kewangan sebanyak RM500 yang diberikan kepada ibu tunggal di Negeri Johor melalui program Kasih Johor. Pemilihan penerima dibuat berdasarkan data bancian rasmi YPKDT serta proses semakan dalaman.
HEBAHAN PENERIMA INSENTIF YANG LAYAK
Penerima yang layak akan menerima makluman melalui SMS rasmi YPKDT sahaja. Berikut perinciannya:
- Hanya pemohon yang disahkan layak berdasarkan semakan dan pengesahan data akan menerima SMS rasmi daripada YPKDT.
- SMS tersebut akan mengandungi makluman kelayakan serta arahan semakan lanjut berkaitan tarikh, masa dan tempat untuk terimaan bantuan di laman web dan laman sosial rasmi YPKDT.
- Penerima diminta memberi perhatian terhadap mesej tersebut dan memastikan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.
- Pihak YPKDT tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menguruskan pengesahan kelayakan atau memungut sebarang bayaran.
- Semua urusan pengesahan dan bantuan adalah percuma dan dijalankan mengikut tatacara rasmi YPKDT.

SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan Bantuan Ibu Tunggal Johor untuk mendaftar bancian (asas rujukan program I-Pesona):
- Kelayakan Asas
- Wanita ketua isi rumah.
- Warganegara Malaysia (IC merah / PR tidak layak).
- Anak kelahiran Johor ATAU bermastautin di Johor melebihi 5 tahun.
- Menetap dan mengundi di Johor.
- Takrifan Ibu Tunggal (Mengikut Garis YPKDT)
- Balu / bercerai / berpisah tetap, dan mempunyai anak belum berkahwin dalam isi rumah.
- Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf).
- Wanita yang menjadi ketua keluarga dan membesarkan anak tanpa pasangan.
Nota: Pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan apabila diminta.
- Peringatan Penting YPKDT
- Pendaftaran bancian sekali sahaja.
- Maklumat mesti tepat; pemalsuan data adalah satu kesalahan.
- YPKDT tidak bertanggungjawab atas kesilapan pengisian maklumat.

BAGAIMANA CARA SEMAK KELAYAKAN BANTUAN IBU TUNGGAL JOHOR?
Semakan kelayakan tidak dibuat melalui portal buat masa ini. Cara semakan adalah melalui:
- Tunggu SMS rasmi YPKDT melalui iSMS.
- SMS akan menyatakan sama ada anda layak / tidak layak.
- Jika layak, anda akan dimaklumkan:
- Tarikh
- Masa
- Lokasi serahan bantuan
- Rujuk laman sosial & portal rasmi YPKDT untuk info pengesahan: https://ypkdt.gov.my/en/hubungi-kami/
Penting: YPKDT tidak melantik ejen dan tidak meminta bayaran.
PERMOHONAN BANTUAN IBU TUNGGAL JOHOR RM500
Bantuan Ibu Tunggal Johor I-Pesona tidak mempunyai permohonan terbuka. Ia bergantung pada data bancian Ibu Tunggal Johor. Jika anda belum mendaftar bancian sebelum ini, anda perlu:
Daftar Bancian (Bukan Permohonan Bantuan)
- Klik link Google Form rasmi YPKDT:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdMzd8q8E8pc7hmLuVGAi9IYcor_Ms7pfuJg7_o0Unle3pCFQ/viewform - Isi semua maklumat dengan tepat.
- Muat naik dokumen jika diminta.
- Semak semula sebelum tekan Hantar.
- Pastikan nombor telefon aktif.
| TARIKH TUTUP DAFTAR BANCIAN |
|---|
| 31 Disember 2025 (Rabu) sebelum jam 12.00 Tengah Hari. |

BERAPA JUMLAH BANTUAN & FASA BAYARAN?
Jumlah bantuan i-Pesona Johor ditetapkan sebanyak RM500 bagi setiap ibu tunggal yang berdaftar di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT). Inisiatif ini melibatkan peruntukan keseluruhan RM24.27 juta dan dijangka memberi manfaat kepada 48,537 ibu tunggal yang layak di seluruh Johor.
Bayaran Bantuan Ibu Tunggal mengikut lokasi & tarikh yang dimaklumkan.

Pembayaran tidak dibuat secara one-off, sebaliknya diagihkan dalam dua fasa seperti berikut:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | Disember 2025 |
| FASA 2 | Februari 2026 |

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tidak. Bancian hanya sebagai maklumat asas; kelayakan bantuan melalui semakan YPKDT.
Tidak. Pendaftaran hanya dibuka untuk mereka yang belum pernah mendaftar.
Hubungi talian rasmi YPKDT untuk kemaskini maklumat.
Tiada proses rayuan buat masa ini. Ia bergantung kepada semakan dalaman YPKDT.
Tidak. Kelayakan mensyaratkan mempunyai anak.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bantuan Ibu Tunggal Johor ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Direktori YPKDT Daerah: https://ypkdt.gov.my/en/hubungi-kami/
- Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT)
- Talian pejabat: 07-2666526 / 07-2667353 / 07-2667355