BANTUAN IBU BERSALIN RM450 : PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) Rm450 adalah inisiatif yang diperkenalkan untuk membantu para ibu yang baru melahirkan anak dengan pemberian sumbangan kewangan. Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan bagi ibu selepas bersalin, memastikan mereka mendapat penjagaan yang baik sepanjang tempoh berpantang, serta membantu dalam pembelian keperluan bayi.
Semak maklumat lanjut di bawah untuk panduan lengkap permohonan dan cara semakan status.
BACA JUGA: BANTUAN BIL ELEKTRIK RM40 SEBULAN
APAKAH ITU BANTUAN IBU BERSALIN?
Bantuan Ibu Bersalin (BIB) adalah program bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak kepada ibu-ibu yang melahirkan anak. Program ini memberikan bantuan sebanyak RM450 kepada setiap ibu yang layak, tanpa mengira sama ada kelahiran berlaku di dalam atau luar negeri Sarawak.
Program ini bertujuan untuk:
- Memberikan sokongan kewangan kepada ibu selepas bersalin.
- Membantu ibu dalam membeli keperluan bayi dan penjagaan diri.
- Meringankan beban keluarga dalam tempoh selepas kelahiran bayi
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN IBU BERSALIN
Syarat untuk mendapatkan bantuan ibu bersalin di Sarawak adalah ditetapkan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Penduduk asal Sarawak atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus “K”.
- Melahirkan anak sama ada di dalam atau luar negeri Sarawak.
- Permohonan boleh dibuat bermula dari usia kandungan 22 minggu sehingga 3 bulan selepas bersalin.
DOKUMEN DIPERLUKAN UNTUK PERMOHONAN
Bagi memastikan kelancaran proses permohonan, pemohon perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:
- Salinan kad pengenalan ibu (pemohon).
- Salinan kad pengenalan suami (jika berkenaan).
- Salinan sijil perkahwinan (jika ibu bukan pemegang MyKad Sarawak berstatus “K”).
- Salinan muka hadapan buku rekod kesihatan ibu mengandung.
- Salinan surat pengesahan doktor, nota discaj hospital, atau sijil kelahiran bayi.
- Salinan penyata akaun bank terkini pemohon bagi tujuan pembayaran bantuan.
BAGAIMANA CARA MOHON BANTUAN IBU BERSALIN RM450?
Untuk mohon bantuan ibu bersalin Rm450 terdapat dua cara yang boleh digunakan sama ada secara dalam talian (online) atau secara manual dengan langkah berikut:
I) PERMOHANAN SECARA DALAM TALIAN
- Layari portal rasmi iSarawakCare di https://isarawakcare.sarawak.gov.my.
- Daftar akaun baru atau log masuk ke akaun sedia ada.
- Pilih “Bantuan Ibu Bersalin” dalam senarai perkhidmatan yang tersedia.
- Isi borang permohonan dengan lengkap dan muat naik semua dokumen yang diperlukan.
- Hantar permohonan dan pastikan anda menerima nombor rujukan untuk semakan status.
II) PERMOHANAN SECARA MANUAL
- Pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah, Pejabat Daerah, atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin, MASJA II (Kuching sahaja).
- Dapatkan dan isi borang permohonan secara manual.
- Lampirkan semua dokumen yang diperlukan.
- Hantar borang permohonan yang lengkap kepada pegawai bertugas.
- Simpan salinan borang permohonan dan resit pengesahan untuk rujukan.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BANTUAN IBU BERSALIN
Setelah permohonan dihantar, anda boleh membuat semakan status permohonan bantuan ibu bersalin dengan beberapa kaedah berikut:
I) SEMAKAN SECARA DALAM TALIAN
- Layari laman web iSarawakCare.
- Log masuk ke akaun anda.
- Pergi ke bahagian “Status Permohonan”.
- Masukkan nombor rujukan permohonan anda.
- Status permohonan akan dipaparkan sama ada Diluluskan, Dalam Proses, atau Ditolak.
II) SEMAKAN MELALUI APLIKASI WHATSAPP
- Hantar mesej WhatsApp ke nombor +6014-6881398.
- Berikan nama penuh dan nombor kad pengenalan pemohon.
- Pegawai akan memberikan maklumat status permohonan anda.
III) SEMAKAN DI PEJABAT URUSAN
Anda juga boleh pergi terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat atau Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin untuk mendapatkan status permohonan anda.
BILAKAH BANTUAN IBU BERSALIN DIBAYAR?
- Tempoh kelulusan permohonan: 30 hingga 60 hari bekerja selepas permohonan lengkap dihantar.
- Cara pembayaran: Bantuan akan dikreditkan terus ke akaun bank pemohon yang didaftarkan dalam permohonan.
Nota: Sekiranya permohonan ditolak, pemohon boleh menghubungi pihak urusan atau mengemukakan permohonan semula dengan dokumen yang lengkap.
RUJUKAN
Panduan bagi semakan dan permohonan Bantuan Ibu bersalin Rm450 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal iSarawakCare: https://isarawakcare.sarawak.gov.my
- WhatsApp: +6014-6881398 (mesej sahaja)
- Pejabat Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin: +6082-442050
- Waktu operasi: Isnin – Jumaat (8.30 pagi – 5.30 petang)