TARIKH BAYARAN STR 2025 (CHECK STATUS TERKINI 2025)

TARIKH BAYARAN STR 2025 (CHECK STATUS TERKINI 2025)

Tarikh Bayaran STR 2025 menjadi antara maklumat yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, khususnya penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini merupakan inisiatif kerajaan bagi meringankan beban kewangan golongan B40 dan M40, dengan pembayaran dibuat secara berperingkat sepanjang tahun.

Di sini kami senaraikan jadual penuh tarikh bayaran STR 2025 bagi setiap fasa serta panduan penting berkaitan semakan status dan kelayakan bantuan. Semak maklumat lanjut di Bawah.

BACA JUGA: CHECK STATUS STR: (FASA 3 2025) SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Berikut merupakan syarat yang ditetapkan bagi penerim STR 2025:

  • ISI RUMAH
    • Kahwin atau;
    • Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang atau;
    • Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5,000 ke bawah.
  • BUJANG
    • Bujang atau;
    • Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2,500 ke bawah.

Makluman: Individu bujang 21 tahun ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA/IPTS tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang atau mana-mana kategori. Nama pelajar sudah didaftarkan sebagai tanggungan kepada ibu/bapa atau penjaga.

SEMAKAN STATUS STR 2025

Ikut langkah mudah yang diberikan untuk membuat semakan status terkini:

  • Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  • Pada halaman Utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  • Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  • Sila tekan pada butang [Log Masuk].
  • Kemudian, Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  • Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.
  • Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  • Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  • Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  • Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  • Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  • Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
  • Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  • Proses semakan selesai.

TARIKH BAYARAN STR 2025

Tarikh bayaran bagi Fasa 3 masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan Malaysia. Namun berikut anggaran tarikh mengikut trend bayaran pada tahun sebelumnya.

FASATARIKH BAYARAN
Fasa 122 Jan – 27 Jan 2025
Fasa 224 Mac 2025
Fasa 3Julai/Ogos 2025
Fasa 4November 2025

*Tarikh akan dikemaskini jika ada perubahan mengikut pengumuman rasmi dari kerajaan.

JUMLAH BAYARAN STR 2025

Berikut merupakan jumlah bayaran yang diterima mengikut kategori penerima:

KATEGORIJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah (B40)5 Anak Ke Atas : RM2,500
3-4 Anak : RM2,000
2-1 Anak : RM1,500
Tiada Anak : RM1000
Isi Rumah (M40)5 Anak Ke Atas : RM1,250
3-4 Anak : RM1,000
2-1 Anak : RM750
Tiada Anak : RM500
Warga EmasRM600
BujangRM600

KAEDAH BAYARAN FASA 3

Bayaran akan disalurkan melalui dua (2) kaedah bayaran seperti berikut:

  • BAYARAN KE AKAUAN BANK PENERIMA
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan
  • SECARA TUNAI
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran

RUJUKAN

Panduan bagi Tarikh Bayaran STR 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Email : [email protected]

Leave a Comment