TARIKH MASUK STR 2025 : (FASA 3) CHECK STATUS BANTUAN B40 & M40
Program Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan dalam Belanjawan 2025 sebagai inisiatif kerajaan membantu golongan B40 dan M40 mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin tinggi. Bantuan ini diagihkan secara berfasa dan ramai penerima kini menantikan kemasukan bayaran untuk Fasa 3.
Nak tahu bila tarikh masuk STR 2025? Ikuti segala info lengkap yang telah disediakan secara terperinci di bawah.
BACA JUGA: SEMAK BANTUAN STR BUJANG 2025
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR
Penerima bantuan STR 2025 akan menerima jumlah bayaran yang berbeza mengikut kategori kelayakan mereka semasa membuat permohonan. Jadual di bawah menunjukkan kategori penerima yang layak dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | Pendapatan Bulanan Bawah RM2500: 5 Anak Ke Atas: RM2500 3-4 Anak: RM2000 2-1 Anak: RM1500 Tiada Anak: RM1000 Pendapatan Bulanan RM2501-RM5000: 5 Anak Ke Atas: RM1250 3-4 Anak: RM1000 2-1 Anak: RM750 Tiada Anak: RM500 |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | Pendapatan Bulanan Bawah RM5000: RM600 |
| BUJANG (21-59 TAHUN) (OKU 19 TAHUN KE ATAS) | Pendapatan Bulanan Bawah RM2500: RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN 2025
Bantuan STR ini akan disalurkan melalui 2 cara yang fleksibel bagi memudahkan proses pembayaran bergantung kepada jenis penerima yang terlibat seperti butiran berikut:
- PENERIMA AKAUN BANK
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
- PENERIMA TIADA AKAUN
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
CARA SEMAKAN STR 2025
Semakan status Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini boleh dibuat melalui atas talian. Berikut disertakan panduan lebih lengkap untuk membuat semakan melalui portal rasmi yang telah disediakan oleh kerajaan:
SEMAKAN STATUS STR 2025
- Buka laman rasmi STR.
- Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini pada halaman utama portal.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.
Tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
TARIKH MASUK STR 2025
Bantuan STR disalurkan secara berperingkat yang melibatkan 4 fasa keseluruhannya. Penerima bantuan pastinya sedang menunggu pengumuman rasmi kerajaan bagi tarikh bantuan Fasa 3. Berikut adalah jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi dari pihak kerajaan. Berdasarkan rekod tahun 2024, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)
RUJUKAN
Panduan bagi TARIKH MASUK STR 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]