TARIKH BAYARAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAK STATUS TERKINI PENERIMA

TARIKH BAYARAN STR 2025 : (FASA 3) SEMAK STATUS TERKINI PENERIMA

Kerajaan terus komited membantu golongan B40 dan M40 melalui pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diteruskan dalam Belanjawan 2025. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat terutamanya mereka yang terkesan dengan peningkatan harga barang. Kini, perhatian tertumpu kepada bayaran Fasa 3 STR 2025 yang dinanti-nantikan oleh penerima yang layak. Ramai yang mula tertanya-tanya tentang tarikh rasmi pembayaran serta cara menyemak status terkini mereka.

Nak tahu bila tarikh bayaran STR 2025? Ikuti artikel ini yang akan mengupas segala maklumat penting berkaitan bantuan STR.

BACA JUGA: SEMAKAN TERKINI STR FASA 3

SYARAT KELAYAKAN STR 2025

Individu yang membuat permohonan bantuan STR perlu memenuhi beberapa syarat kelayakan. Antara syarat-syaratnya mengikut kategori permohonan adalah seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Nota Tambahan: Individu bujang yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah & tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH BAYARAN STR 2025

Jumlah bantuan yang akan diperoleh adalah berbeza bergantung kepada kelayakan kategori penerima. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bayaran bantuan STR sebagai gambaran yang lebih jelas:

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
TANGGUNGANJUMLAH BAYARAN
TIADA ANAKRM1000
1-2 ANAKRM1500
3-4 ANAKRM2000
5 ANAK KE ATASRM2500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
TANGGUNGANJUMLAH BAYARAN
TIADA ANAKRM500
1-2 ANAKRM750
3-4 ANAKRM1000
5 ANAK KE ATASRM1250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BAYARAN
<RM5000RM600
  • BUJANG
PENDAPATAN BULANANJUMLAH BAYARAN
<RM2500RM600

CARA BAYARAN BANTUAN STR

Bayaran akan disalurkan melalui 2 cara mudah bergantung kepada jenis penerima bantuan yang terlibat seperti butiran di bawah:

  • PENERIMA AKAUN BANK
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  • PENERIMA TIADA AKAUN
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

CARA SEMAK BAYARAN STR

Penerima yang layak boleh membuat semakan bantuan STR secara online. Berikut disertakan panduan lengkap cara membuat semakan melalui Portal Rasmi STR:

CARA SEMAKAN BAYARAN STR

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI STR

  1. Buka laman rasmi STR.

    Layari: https://bantuantunai.hasil.gov.my

  2. Tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini di halaman utama portal.

  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.

  4. Tekan pada butang [Log Masuk].

  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].

  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan.

    Tekan [Ya] sekiranya betul.

  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.

  9. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].

  10. Klik pada butang [Semakan 2025].

    Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.

  11. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].

  12. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.

TARIKH BAYARAN STR

Bayaran STR dibuat secara berperingkat yang terbahagi kepada 4 fasa. Pembayaran telah selesai untuk Fasa 1 dan Fasa 2. Kini, rakyat pastinya menantikan pengumuman rasmi untuk tarikh bayaran STR Fasa 3. Berikut disertakan jadual tentang fasa bantuan & tarikh bayaran:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 122-28 JANUARI
FASA 224 MAC
FASA 3OGOS
FASA 4NOVEMBER

Penafian: Tarikh akan dikemaskini mengikut pengumuman rasmi dari pihak kerajaan. Berdasarkan rekod tahun lalu, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

RUJUKAN

Panduan bagi Tarikh Bayaran STR ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  3. Email : [email protected]

Leave a Comment