STR RAYUAN FASA 2 2026 : SEMAK STATUS BAYARAN MULAI 30 MAC

STR RAYUAN FASA 2 2026 : SEMAK STATUS BAYARAN MULAI 30 MAC

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) terus menjadi antara inisiatif utama kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi kos sara hidup. Bagi tahun 2026, proses STR Rayuan Fasa 2 kembali menjadi tumpuan, khususnya kepada pemohon yang ingin menyemak semula kelayakan mereka. Bermula 30 Mac 2026, orang ramai boleh membuat semakan status bayaran bagi mengetahui sama ada rayuan mereka diluluskan serta status pengkreditan bantuan yang ditunggu.

Info lanjut tentang status rayuan STR Fasa 2 2026 telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Kelayakan STR 2026 masih berasaskan garis panduan sedia ada, namun ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan. Antara syarat-syaratnya:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

*Kategori bujang yang layak akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dalam bentuk kredit MyKad untuk pembelian barangan keperluan terpilih.

BILA TARIKH STR FASA 2 DIKREDITKAN?

Bayaran STR Fasa 2 telah mula dikreditkan secara berperingkat bermula 10 Mac 2026 mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Perinciannya seperti dalam jadual:

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
FASA 2BERMULA 10 MAC 2026
BILA TARIKH STR FASA 2 DIKREDITKAN

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 2?

Jumlah bantuan bagi Fasa 2 adalah sekitar RM100 hingga RM600, bergantung kepada kategori penerima serta had maksimum yang telah ditentukan. Butirannya seperti berikut:

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 2
  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0700200150
1-21200300300
3-41700400450
>52200500600
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
0200100100
1-2450100100
3-4700150200
>5950200250
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)FASA 2 (RM)
<RM5000600150150
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

SALURAN BAYARAN STR FASA 2

Penyaluran bantuan dilakukan melalui saluran yang telah ditetapkan mengikut kategori penerima bagi memastikan proses berjalan lancar, teratur dan selamat. Butirannya seperti berikut:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

DAFTAR AKAUN MYSTR

Pemohon baharu dan penerima sedia ada disarankan untuk mendaftar akaun MySTR bagi memudahkan urusan berkaitan permohonan, semakan serta kemas kini maklumat. Berikut langkah-langkahnya:

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
DAFTAR AKAUN MYSTR

STR RAYUAN FASA 2 SEMAKAN STATUS

Semakan status bayaran bagi pemohon yang membuat rayuan STR Fasa 2 boleh dibuat melalui portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my atau talian hotline BKK di 1-800-88-2747 yang disediakan oleh pihak berwajib. Pengguna hanya perlu mengikuti langkah semakan status rayuan STR Fasa 2 yang ditetapkan seperti berikut:

SEMAKAN RAYUAN STR FASA 2 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran rayuan Fasa 2 bantuan STR dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
STR RAYUAN FASA 2 SEMAKAN STATUS

SEMAKAN STR RAYUAN FASA 2 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal rasmi, semakan status rayuan STR Fasa 2 juga boleh dilakukan melalui aplikasi kerajaan yang diiktiraf, dengan syarat pengguna mempunyai akaun pengesahan digital yang aktif.

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak STR Rayuan Fasa 2 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan STR Fasa 2 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
STR RAYUAN FASA 2 SEMAKAN STATUS

STR RAYUAN FASA 2 & PERMOHONAN BARU

Permohonan baharu dan rayuan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2026 kini dibuka. Pemohon boleh mula menyemak status kelulusan di portal rasmi STR bermula 30 Mac 2026, manakala bayaran kepada permohonan yang lulus akan disalurkan secara berperingkat mulai tarikh yang sama.

STR RAYUAN FASA 2 & PERMOHONAN BARU
  • Permohonan boleh dibuat secara:
    • Online melalui portal MySTR
    • Manual melalui kaunter LHDN terpilih

PERMOHONAN STR 2026 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
STR RAYUAN FASA 2 & PERMOHONAN BARU

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN STR 2026 SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

KEMASKINI MAKLUMAT STR

Pengemaskinian maklumat amat penting sekiranya berlaku perubahan seperti pendapatan, status perkahwinan atau akaun bank, bagi memastikan bayaran tidak terganggu. Ikuti cara ringkas berikut:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEMASKINI MAKLUMAT STR

SOALAN LAZIM (FAQ)

Siapa yang perlu membuat rayuan STR Fasa 2?

Individu yang tidak lulus permohonan atau tidak menerima bayaran sebelum ini boleh mengemukakan rayuan.

Adakah semua rayuan akan diluluskan?

Tidak. Setiap rayuan akan dinilai berdasarkan syarat kelayakan semasa.

Berapa lama tempoh proses rayuan Fasa 2 STR?

Tempoh pemprosesan bergantung kepada semakan data dan dokumen yang dikemukakan oleh pemohon.

Adakah perlu hantar dokumen sokongan untuk rayuan?

Ya, jika diminta. Dokumen diperlukan bagi mengesahkan maklumat yang dikemukakan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi STR Rayuan Fasa 2 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment