STR 2026 PERMOHONAN ONLINE BANTUAN TUNAI & KEMASKINI MAKLUMAT

STR 2026 PERMOHONAN ONLINE BANTUAN TUNAI & KEMASKINI MAKLUMAT

Bantuan tunai yang disalurkan secara berterusan setiap tahun adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bertujuan untuk membantu rakyat-rakyat terutamanya yang kurang berkemampuan untuk mendepani peningkatan kos sara hidup yang kian mencabar.

BACA JUGA : CHECK STATUS STR FASA 4 – SEMAK BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI 2025

MAKLUMAT BAYARAN STR 2026

Antara maklumat asas bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 iaitu jumlah bayaran dan kaedah bayaran yang akan disalurkan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut :

JUMLAH BAYARAN STR 2026

Daripada peruntukan RM15 billion, Kerajaan menyalurkan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan jumlah yang berlainan mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) :

  • Tiada anak : RM700.
  • 1 – 2 anak : RM1,200.
  • 3 – 4 anak : RM1,700.
  • 5 anak & ke atas : RM2,200.

Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000) :

  • Tiada anak : RM200.
  • 1 – 2 anak : RM450.
  • 3 – 4 anak : RM700.
  • 5 anak & ke atas : RM950.

Warga Emas Yang Tiada Pasangan :

  • Tiada anak : RM600.

Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :

  • Hanya akan terima bayaran Bantuan SARA sebanyak RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.

KAEDAH BAYARAN STR 2026

Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berperingkat selama empat (4) fasa melalui dua (2) kaedah berikut :

  • Bayaran Tunai :
    • Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank, penerima status ‘Gagal Kredit’ dan penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak.
  • Pengkreditan Terus :
    • Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima yang mendaftarkan nombor akaun yang aktif semasa permohonan STR.

PERMOHONAN STR 2026 ONLINE

Sekiranya anda ingin kemukakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh kemukakan secara online dengan mudah mengikut panduan seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi STR :
  2. Paparan Halaman Utama STR :
    • Klik pada butang [Permohonan Baharu].
  3. Jika Tiada Akaun MyDigital ID :
    • Klik butang [Ya, Teruskan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan :
    • Setelah isi nombor Kad Pengenalan, klik butang [Semak].
  5. Maklumat Asas Pemohon Akan Dipaparkan :
    • Nama, Umur dan Jantina pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  6. Lengkapkan Maklumat Pemohon :
    • Isikan ruangan yang bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  7. Pergi ke halaman permohonan seterusnya :
    • Setelah siap isi maklumat, klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan pemohon :
    • Jika pemohon bujang / tiada pasangan, halaman seterusnya akan dipaparkan Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya akan dipaparkan Maklumat Pasangan.
  9. Lengkapkan Maklumat Seterusnya :
    • Isikan maklumat waris / pasangan dengan betul.
  10. Maklumat anak :
    • Sekiranya pemohon mempunyai anak, isikan maklumat anak seperti nama dan nombor MyKid / Surat beranak (terhad kepada 5 orang anak sahaja untuk diisi).
  11. Dokumen Sokongan :
    • Muat naik dokumen sokongan seperti sijil nikah / surat beranak / surat mati pasangan / sebagainya sebagai bukti (saiz dokumen hendaklah tidak melebihi 3 MB dan jenis PDF / JPG / JPEG / PNG sahaja).
  12. Halaman Seterusnya :
    • Klik butang [Teruskan] untuk ke halaman seterusnya iaitu Maklumat Waris (perlu isi ikut jenis hubungan dengan waris).
  13. Buat Pengesahan :
    • Isikan kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan untuk pengesahan.
  14. Hantar permohonan STR :
    • Setelah selesai isi semua maklumat dengan lengkap, klik butang [Hantar].
  15. Permohonan berjaya dihantar :
    • Sekiranya berjaya membuat permohonan, “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, terima kasih”.

PENDAFTARAN AKAUN STR 2026

Sekiranya anda adalah penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, anda hanya perlu mendaftarkan akaun yang baharu untuk kemaskini permohonan bagi tahun 2026. Ikuti panduan mudah daftar akaun STR 2026 :

  1. Layari Portal Rasmi STR :
  2. Klik Butang “Log Masuk” :
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  3. Pilih “Daftar Pengguna Baharu” :
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  4. Masukkan Maklumat Asas :
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  5. Hantar Emel Pengesahan :
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  6. Semak Emel & Sahkan :
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  7. Cipta Kata Laluan (Password) :
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  8. Jawab 5 Soalan Keselamatan :
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  9. Lengkapkan Proses Pendaftaran :
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.

KEMASKINI MAKLUMAT STR 2026

Selesai mendaftar akaun baharu, anda boleh terus kemaskini maklumat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 sekiranya mempunyai sebarang pertukaran maklumat yang baharu. Ikuti panduan mudah kemaskini maklumat STR :

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 :
    • Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  2. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang [Kemas Kini Permohonan].
  3. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  4. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang [Simpan].
  5. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi Kod Captcha yang betul mengikut yang dipaparkan.
  6. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang [Hantar].
  7. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya’.

SOALAN LAZIM

  • Bilakah tarikh permohonan Bantuan STR 2026 dibuka?
    • Permohonan baru STR 2026 telah dibuka bermula 13 Oktober 2025 secara rasmi.
  • Apakah inisiatif tambahan kepada penerima Bantuan STR?
    • Inisiatif tambahan yang diberikan kepada penerima Bantuan STR adalah Bantuan SARA dengan kadar RM600, RM1,200 dan sehingga RM2,400.
  • Adakah penerima STR 2025 sedia ada perlu memohon kembali STR 2026?
    • Pemohon sedia ada perlu membuat kemaskini permohonan bagi tahun 2026 untuk pastikan maklumat masih tepat.
  • Adakah Bantuan STR 2026 tidak diberikan kepada golongan bujang?
    • Golongan bujang hanya akan menerima bayaran Bantuan SARA sahaja sebanyak RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
  • Berapakah jumlah penerima Bantuan STR 2026?
    • Untuk tahun 2026, kerajaan menyasarkan Bantuan STR kepada 9 juta penerima.

MAKLUMAT LANJUT

Semua kandungan panduan Bantuan STR 2026 ini dikongsikan bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui :

Leave a Comment