STR 2025 SIAPA LAYAK : (FASA 3) SEMAKAN STATUS

STR 2025 SIAPA LAYAK : (FASA 3) SEMAKAN STATUS

Sumbangan bantuan tunai STR 2025 bakal memasuki Fasa ketiga (3) pembayaran. Bagi yang masih belum membuat kemaskini dan rayuan, permohonan rayuan masih dibuka sehingga 30 Jun 2025 untuk pengkreditan Fasa ketiga (3) 2025. – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ.

Sebelum membuat kemaskini dan rayuan pastikan pemohon kenalpasti dahulu syarat kelayakan yang ditetapkan dan kategori yang di pohon. Di bawah kami sedaikan panduan untuk siapa yang layak terima bantuan mengikut kategori yang ditetapkan STR 2025.

BACA JUGA : LOG MASUK STR FASA 3 : SEMAKAN PENERIMA (RM2500, RM2150, RM600)

SIAPA LAYAK TERIMA STR 2025

Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat kepada individu yang memohon supaya bantuan ini dapat disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak mengikut kadar ekonomi dan kewangan semasa. Berikut merupakan syarat asas yang ditetapkan mengikut kategori penerima:

KATEGORI PENERIMASYARAT KELAYAKAN
ISI RUMAH– Kahwin atau;
– Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak.
– Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
WARGA EMAS
(TIADA PASANGAN)
– Bujang atau;
– Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
– Berumur 60 tahun ke atas.
– Pendapatan RM5,000 ke bawah.
BUJANG– Bujang atau;
– Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
– Berumur 21-59 tahun.
– Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
– Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
– Pendapatan RM2,500 ke bawah.

Untuk status kelayakan permohonan rayuan sila rujuk di bawah:

STATUS PERMOHONANWUJUD PERTINDIHAN
MAKLUMAT DI
PERMOHONAN LAIN
STATUS KELAYAKAN
PERMOHONAN
PERMOHONAN RAYUAN
FASA 3
(LULUS FASA 2)
– Pemohon wujud sebagai
pasangan di permohonan
lulus; atau
– Pasangan wujud sebagai
pemohon di permohonan
lulus; atau
– Pasangan wujud sebagai
pasangan di permohonan
lulus.
Dipertimbangkan jika melepasi
syarat kelayakan STR dan tiada pertindihan maklumat di permohonan lain yang berstatus lulus.

TARIKH BAYARAN STR 2025

Bayaran bagi bantuan STR 2025 ini di berikan secara berperingkat melalui Empat (4) Fasa sepanjang tahun 2025. Tarikh bayaran mengikut fasa adalah seperti berikut:

FASA BAYARANTARIKH BAYARAN
FASA SATU (1)22 – 28 Januari 2025
FASA DUA (2)24 April 2025
FASA TIGA (3)Ogos 2025
FASA EMPAT (4)November 2025

Penafian: Tarikh akan dikemaskini jika berlaku perubahan mengikut pengumuman rasmi kerajaan. Mengikut rekod tahun sebelumnya, bayaran bagi fasa 3 dibuat pada akhir Ogos dan awal bulan September – Rujuk: bantuantunai.hasil (FAQ)

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK STR 2025

Untuk membuat semakan status kelayakan penerima bantuan, beberapa portal rasmi boleh digunakan untuk lihat status terkini. Ikuti langkah dibawah untuk buat semakan melalui portal rasmi yang disediakan:

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI STR

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI STR
  1. Buka laman rasmi STR di: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman Utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
  12. Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Proses semakan selesai.

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI MYKASIH

Bagi penerima yang berdaftar dengan MyKasih dan eKasih, semakan STR boleh juga dibuat melalui portal rasmi MyKasih dengan langkah berikut;:

SEMAKAN MELALUI PORTAL RASMI MYKASIH
  1. Layari portal MyKasih: https://mykasih.com.my/.
  2. Pilih pada [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-).
  4. Dan tekan [Semakan Status].
  5. Maklumat terkini penerima akan dipaparkan.

SEMAKAN MELALUI APLIKASI TELEFON PINTAR

Semakan juga boleh dibuat dengan lebih mudah dengan aplikasi yang tersedia untuk telefon pintar. Pastikan pemohon muat turun dahulu aplikasi di:

SEMAKAN MELALUI APLIKASI TELEFON PINTAR
  1. Setelah selesai muat turun, tekan butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa jarak dan sengkang (-).
  3. Seterusnya, masukkan nombor telefon bimbit (contoh: 0123456789).
  4. Tandakan pada [I have read and agreed to the Terms and Conditions].
  5. Kemudian, tekan pada butang [Next] di bawah.
  6. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  7. Selesai.

JUMLAH BANTUAN LAYAK STR 2025

Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza mengikut kategori penerima yang layak. Semak panduan dibawah untuk rujukan:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAH (B40)5 Anak Ke Atas : RM2,500
3-4 Anak : RM2,000
2-1 Anak : RM1,500
Tiada Anak : RM1000
ISI RUMAH (M40)5 Anak Ke Atas : RM1,250
3-4 Anak : RM1,000
2-1 Anak : RM750
Tiada Anak : RM500
WARGA EMASRM600
BUJANGRM600

RUJUKAN

Panduan bagi STR 2025 Siapa Layak ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment