SKIM LINDUNG KASIH 2026 : PERMOHONAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH PERKESO

SKIM LINDUNG KASIH 2026 : PERMOHONAN SKIM KESELAMATAN SOSIAL SURI RUMAH PERKESO

Skim Lindung Kasih 2026 merujuk kepada pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) di bawah PERKESO, yang diwujudkan bagi menyediakan perlindungan sosial kepada suri rumah dan golongan tidak bekerja secara formal. Melalui skim ini, suri rumah diberi perlindungan sekiranya berlaku kemalangan atau keilatan ketika menjalankan urusan harian dan tanggungjawab keluarga, sama ada di dalam atau di luar rumah. Pelaksanaan SKSSR menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial serta mengiktiraf peranan suri rumah dalam institusi keluarga.

Lihat ringkasan lengkap di bawah untuk rujukan anda.

BACA JUGA: PROGRAM I-SURI KWSP 2025

APA SYARAT KELAYAKAN SKIM LINDUNG KASIH 2026 (SKSSR)?

Bagi menyertai Skim Lindung Kasih 2026, pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan. Antara syarat-syaratnya adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Wanita yang berdaftar sebagai suri rumah
  • Berumur 18 hingga 55 tahun
  • Isteri kepada warganegara Malaysia atau ketua keluarga
  • Tidak mempunyai pekerjaan bergaji tetap
  • Tidak dilindungi di bawah mana-mana skim keselamatan sosial lain


Nota: Semua kelayakan adalah tertakluk kepada proses semakan dan pengesahan oleh pihak PERKESO sebelum perlindungan diluluskan.

APA SYARAT KELAYAKAN SKIM LINDUNG KASIH 2026 (SKSSR)

BAGAIMANA PELAKSANAAN SKIM LINDUNG KASIH 2026?

Skim Lindung Kasih 2026 dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk memperluaskan perlindungan sosial kepada golongan yang tidak terlibat dalam pekerjaan formal. Ia menyediakan perlindungan 24 jam, termasuk sekiranya kemalangan berlaku:

  • Di dalam rumah
  • Di luar rumah
  • Semasa menjalankan aktiviti berkaitan urusan keluarga dan kehidupan harian

Sebagai sokongan tambahan, pelaksanaan skim ini turut disokong melalui inisiatif Lindung Suri, iaitu pembiayaan caruman oleh kerajaan kepada golongan sasaran yang layak.

BILA TARIKH SKIM LINDUNG KASIH DILAKSANAKAN?


Skim Lindung Kasih mula dilaksanakan pada 1 Disember 2022 dan diteruskan dalam Belanjawan 2025 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan menjaga kebajikan keluarga.

Pendaftaran dan perlindungan adalah berkuat kuasa berdasarkan tarikh caruman diterima serta disahkan oleh PERKESO.

BERAPA JUMLAH CARUMAN?

Bagi Skim Lindung Kasih 2026, kadar caruman ditetapkan pada jumlah minimum yang berpatutan bagi memastikan skim ini mampu disertai oleh lebih ramai suri rumah.

KADAR CARUMAN TAHUNAN
RM120 setahun

Nota penting:

  • Caruman boleh dibuat sekali bayar untuk tempoh perlindungan setahun.
  • Kadar caruman dan tempoh perlindungan adalah tertakluk kepada polisi semasa PERKESO.
  • Polisi caruman boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut ketetapan pihak berkuasa.
BERAPA JUMLAH CARUMAN

FAEDAH SKIM LINDUNG KASIH 2026 YANG DITAWARKAN

Antara faedah perlindungan yang ditawarkan adalah melibatkan perlindungan bagi:

  • Bencana domestik
  • Keilatan akibat kemalangan
FAEDAH SKSSRBUTIRAN
PerubatanRawatan percuma di klinik atau hospital panel PERKESO.
Hilang Upaya Sementara (HUS)Bayaran harian sekiranya tidak mampu menjalankan kerja harian buat sementara waktu.
Hilang Upaya Kekal (HUK)Pampasan sekiranya mengalami keilatan kekal.
Pencen PenakatPampasan kepada waris sekiranya berlaku kematian.
Kemudahan Pemulihan Jasmani atau DialisisKeilatan/hilang upaya kekal akan dapat bekalan prostetik, ortotik, implan, atau alat bantu lain semua tanpa kos. Penilaian oleh perubatan/Jemaah Doktor Rayuan.
Pengurusan MayatSuri rumah berinsurans yang meninggal sebelum 55 tahun, keluarga dapat RM3,000 one-off (berkuatkuasa 1 Jun 2024).
FAEDAH SKIM LINDUNG KASIH 2026 YANG DITAWARKAN

CARA MOHON ONLINE

Permohonan Skim Lindung Kasih 2026 boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran rasmi PERKESO seperti berikut:

  1. Layari laman rasmi PERKESO: https://suri.perkeso.gov.my
  2. Klik DAFTAR bagi pengguna baru.
  3. Pilih Jenis ID & masukkan nombor ID yang tepat.
  4. Masukkan teks captcha yang dipaparkan.
  5. Lengkapkan maklumat peribadi yang diperlukan.
    • Pastikan maklumat diisi dengan tepat bagi mengelakkan kelewatan proses.
  6. Hantar permohonan atas talian.
  7. Tunggu pengesahan pendaftaran dan perlindungan.
CARA MOHON SKIM LINDUNG KASIH 2026 ONLINE

Rujuk panduan pengguna di bawah:

KAD BAUCAR SURI

Kad Baucar Suri merupakan inisiatif sokongan tambahan di bawah program berkaitan suri rumah yang layak. Ia ini berfungsi sebagai:

  • Pengenalan peserta skim
  • Medium akses kepada manfaat tertentu
  • Sokongan kepada pelaksanaan Skim Perlindungan Suri Rumah dan program berkaitan
  • Pelaksanaan dan bentuk bantuan tertakluk kepada pengumuman semasa kerajaan.
KAD BAUCAR SURI

SOALAN LAZIM (FAQ)

Perlukah bekerja untuk menyertai skim ini?

Tidak. Skim ini khusus untuk golongan tidak bekerja secara formal.

Perlindungan bermula bila selepas daftar?

Perlindungan bermula selepas caruman diterima dan disahkan oleh PERKESO.

Adakah kadar caruman tetap setiap tahun?

Tidak. Kadar caruman tertakluk kepada polisi semasa PERKESO.

Perlukah daftar semula setiap tahun?

Pendaftaran baharu diperlukan sekiranya tempoh perlindungan telah tamat.

Boleh ke suami mendaftarkan bagi pihak isteri?

Ya. Suami boleh buat pendaftaran bagi pihak isteri.

Berapa lama tempoh kelulusan skim?

Proses kelulusan bergantung kelengkapan dokumen dan pengesahan PERKESO.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Skim Lindung Kasih 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment