SENARAI KERETA ELEKTRIK TERBAIK 2025 DI MALAYSIA – HARGA & SPESIFIKASI

SENARAI KERETA ELEKTRIK TERBAIK 2025 DI MALAYSIA – HARGA & SPESIFIKASI

Mengapa Kereta EV Semakin Popular di Malaysia pada 2025?

Pada tahun 2025, trend penggunaan kereta elektrik (EV) di Malaysia menunjukkan peningkatan yang ketara, didorong oleh kesedaran pengguna yang semakin tinggi mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar serta penjimatan kos jangka panjang. Dengan adanya sokongan kerajaan melalui insentif pengecualian cukai import dan diskaun pengecasan, ramai pengguna di Malaysia kini mempertimbangkan untuk beralih kepada kereta EV bagi kegunaan harian mereka.

Artikel ini bertujuan untuk membantu anda dalam memilih kereta EV terbaik pada tahun 2025, berdasarkan bajet, keperluan perjalanan, dan spesifikasi yang paling sesuai dengan gaya hidup anda.

Baca Juga : Tarikh Bayaran STR Fasa 3 2025

Mengapa Anda Perlu Memilih Kereta EV pada 2025?

Antara kelebihan memiliki kereta EV adalah seperti berikut :

  • Kos penyelenggaraan yang rendah : Tiada keperluan untuk minyak enjin, penukaran palam pencucuh, atau tali sawat masa.
  • Penjimatan kos bahan api : Pengecasan adalah jauh lebih murah berbanding petrol.
  • Mesra alam : Tiada pelepasan asap karbon.
  • Pemanduan yang senyap dan lancar : Memberikan pengalaman memandu yang lebih selesa.
  • Insentif kerajaan Malaysia : Pengecualian duti import dan cukai jalan bagi model EV terpilih.

Dengan peningkatan jumlah stesen pengecas di seluruh negara, pengguna tidak perlu lagi bimbang tentang jarak perjalanan menggunakan EV pada tahun 2025.

TESLA MODEL 3

Senarai Kereta Elektrik Terbaik 2025 di Malaysia

Berikut adalah senarai kereta elektrik terbaik untuk tahun 2025 di Malaysia, lengkap dengan harga anggaran, jarak cas, dan jenis pengecasan, untuk membantu anda dalam membuat pilihan :

MODELHARGA ANGGARAN (RM)JARAK CAS (KM)JENIS PENGECASAN
Tesla Model 3190,000+438-580 kmAC/DC Fast Charging
BYD Seal160,00+550 kmAC/DC
GWM Ora Good Cat139,800+400-500 kmAC/DC
Nissan Leaf168,888311 kmAC
Hyundai Loniq 5207,000+430-480 kmAC/DC
MG4 EV130,000+350-450 kmAC/DC

Nota : Harga mungkin berbeza mengikut varian dan lokasi pengedar.

BYD SEAL EV CAR

Perbandingan Kereta EV : Pilihan Paling Berbaloi

  • Kereta EV untuk Jarak Jauh : Tesla Model 3 dan BYD Seal sesuai digunakan bagi perjalanan yang jauh.
  • Kereta EV Bajet (Bawah RM150k) : MG4 EV dan GWM Ora Good Cat berpatutan bagi mereka yang ingin memiliki EV.
  • Kereta EV Keluarga : Hyundai Ioniq 5 sesuai untuk keluarga kerana ruang dalamannya yang luas dan selesa.
  • Kereta EV Paling Sporty : Tesla Model 3 mempunyai pecutan yang baik serta teknologi autopilot.
HYUNDAI EV

Kos Pengecasan dan Penyelenggaraan Kereta EV

Pengecasan sering menjadi kebimbangan pengguna EV. Kos untuk cas penuh di rumah menggunakan soket 3 pin adalah sekitar RM20 – RM30, bergantung pada kapasiti bateri dan tarif elektrik. Pengecasan menggunakan DC Fast Charging lebih pantas, tetapi kosnya sekitar RM0.80 – RM1.20/kWj.

Penyelenggaraan kereta EV lebih rendah disebabkan ia tidak memerlukan :

  • Minyak enjin
  • Penukaran palam pencucuh
  • Sistem ekzos
  • Penukaran tali sawat pemasaan

Komponen yang perlu diperiksa berkala hanyalah bateri, tayar, brek, dan cecair penyejuk.

Insentif dan Subsidi Kerajaan untuk Kereta EV di Malaysia 2025

Kerajaan Malaysia menyediakan insentif untuk menggalakkan penggunaan EV :

  • Pengecualian duti import dan cukai jalan bagi model EV tertentu.
  • Diskaun pengecasan di stesen pengecas pantas terpilih.
  • Rebat pemasangan pengecas di rumah (tertakluk pada polisi semasa).

Layari portal rasmi MITI atau Kementerian Pengangkutan untuk maklumat insentif EV yang terkini.

Tips Memilih Kereta EV Mengikut Bajet

  1. Anggarkan jarak perjalanan harian anda. Jika kurang daripada 300 km, kebanyakan EV sesuai untuk anda.
  2. Pilih jenis kereta (sedan, hatchback atau SUV) mengikut keperluan anda. Periksa lokasi pengecasan yang berdekatan dengan rumah atau pejabat anda.
  3. Bandingkan harga dan jarak perjalanan bagi mendapatkan yang terbaik mengikut bajet anda.

Soalan Lazim (FAQ)

Senarai kereta EV terbaik 2025 di Malaysia

Tesla, BYD, Hyundai dengan harga dari RM130k, jarak pemanduan sehingga 580km dan kos cas yang berpatutan.

Adakah kereta EV sesuai untuk perjalanan jauh di Malaysia?

Ya, model seperti Tesla Model 3 dan BYD Seal mampu mencapai jarak 400-580 km bagi setiap cas, sesuai untuk perjalanan antara bandar dan negeri.

Berapakah kos untuk cas penuh kereta EV?

Kosnya sekitar RM20 – RM50 bagi setiap cas, bergantung pada kapasiti bateri dan lokasi pengecasan.

Adakah penyelenggaraan EV mahal?

Tidak, EV memerlukan penyelenggaraan yang kurang berbanding kereta petrol kerana ia tidak menggunakan minyak enjin dan komponen enjin yang kompleks.

Bagaimana saya boleh mengecas kereta EV di Malaysia?

Anda boleh mengecas di rumah menggunakan soket 3 pin, memasang wallbox pengecas, atau menggunakan pengecas pantas di stesen seperti Petronas, Gentari, dan TNB Electron.

Adakah terdapat insentif kerajaan untuk pembelian EV pada tahun 2025?

Ya, termasuk pengecualian duti import dan cukai jalan bagi model EV terpilih, serta rebat pemasangan pengecas di rumah.

Kesimpulan

Tahun 2025 merupakan masa yang sesuai untuk beralih kepada kereta elektrik, sama ada untuk penjimatan kos, keselesaan pemanduan, atau untuk menyokong persekitaran yang lebih bersih. Dengan pelbagai pilihan model EV di Malaysia, anda hanya perlu menilai bajet, jarak perjalanan, dan keperluan keluarga sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta EV pertama anda.

Leave a Comment