SENARAI BARANG DAPUR MYKASIH : (2026) LIST BARANGAN YANG BOLEH DIBELI GUNA MYKAD

SENARAI BARANG DAPUR MYKASIH : (2026) LIST BARANGAN YANG BOLEH DIBELI GUNA MYKAD

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui kerjasama MyKasih Foundation memberi kemudahan kepada penerima bantuan dengan panduan senarai lengkap untuk membeli barang dapur dan keperluan harian menggunakan MyKad secara tanpa tunai. Inisiatif ini membantu isi rumah mendapatkan keperluan asas dengan lebih mudah, tersusun dan selamat, di samping memastikan bantuan digunakan khusus untuk barangan penting sahaja.

Info penuh telah disediakan di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

SENARAI BARANG DAPUR MYKASIH

Program SARA MyKasih 2026 membolehkan penerima membeli barangan asas berpandukan senarai rasmi yang telah ditetapkan. Senarai barang MyKasih ini merangkumi pelbagai kategori keperluan dapur dan isi rumah yang lazim digunakan setiap hari. Antara kategori yang diluluskan termasuk barangan makanan asas, minuman, produk kebersihan diri, barangan penjagaan rumah serta produk nutrisi tertentu. Rujuk jadual senarai di bawah untuk kategori barang dapur MyKasih yang lebih jelas:

KATEGORI BARANGANCONTOH JENAMA
BERASJasmine, Jati, Super 5, Ketupat, Royal Umbrella, Rambutan, Saga, Bernas, Faiza, Carnation
ROTIMassimo, Mighty White, Gardenia
TELURCP, QL Eggs, Nutri Plus
MINYAK MASAKSeri Murni, Saji, Buruh, Alif, Daisy, Knife, Vesawit
TEPUNGSauh, Lili, Faiza, Blue Key, Cap Ros
BISKUTMunchy’s, Julie’s, Tiger, KERK, Chips More, Kraft Foods, Hwa Tai, Jacob, Hup Seng
MI SEGERAIndo Mie, Mamee, Mie Sedap, Eka, Maggi, Cintan
MINUMANBOH, Fernleaf, Horlicks, Dutch Lady, Nescafe, Quaker, Milo, F&N, Marigold, Vico, Susu UHT (semua perisa), Susu pasteur, Yogurt (pek kecil & besar)
MAKANAN DALAM TINAyam Brand, Yeo’s, Adabi, Kimball, TC BOY, King Cup
BAHAN PERASAPuteri, Planta, Life, Kimball, CSR, Jalen, Tamin, Faiza, Maggi, Habhal’s
PRODUK KEBERSIHAN DIRIColgate, Kotex, Dettol
UBAT-UBATANProspan, Hurix’s, Sterimar, Panadol, Difflam
KEPERLUAN SEKOLAHStabilo, Staedtler, Bata, Faber-Castell, Canggih
PRODUK KEBERSIHAN RUMAHBreeze, Daia, Top, Softlan, Axion, Glo, Dettol, Hero 99, Ajax Fabuloso
MAKANAN SEJUK BEKU & SEDIA DI MAKANRoti Canai, Pratha, Burger, Sosej, Kentang Goreng, Onion Rings, Chicken Popcorn, Pau, Popiah, Karipap, Ayam, Nugget, Sayuran sejuk beku, Spaghetti & Nasi Lemak sedia dimakan
SENARAI BARANG DAPUR MYKASIH

Makluman: Jenama yang dinyatakan dalam rujukan hanyalah contoh semata-mata dan tidak terhad kepada mana-mana jenama tertentu. Selagi produk berada dalam kategori yang diluluskan, ia boleh dibeli menggunakan kredit bantuan.

SENARAI BARANG DAPUR MYKASIH

BAGAIMANA CARA BELI BARANG DAPUR MYKASIH GUNA MYKAD?

Pembelian barang dapur bantuan MyKasih seperti yang diluluskan dalam senarai boleh dilakukan dengan langkah mudah berikut:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 15 kategori senarai yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA BELI BARANG DAPUR MYKASIH GUNA MYKAD

SENARAI KEDAI BARANG DAPUR MYKASIH 2026

Program ini boleh digunakan di lebih 10,000 pasar raya dan kedai rakan niaga yang mengambil bahagian di seluruh Malaysia. Premis yang menerima pembayaran MyKasih biasanya memaparkan label khas pada rak produk atau di kaunter sebagai tanda pengesahan. Berikut adalah contoh senarai lokasi kedai untuk pembelian barang dapur MyKasih:

  • Mydin
  • Lotus’s
  • Econsave
  • Giant
  • Billion
  • The Store
  • Aeon Big
  • TF Value Mart
  • 99 Speedmart
  • KK Super Mart
  • Pasaraya Fresh Grocer
  • Super Seven

Perhatian: Senarai kedai mungkin berbeza mengikut kawasan dan ketersediaan rakan niaga. Pengguna disarankan membuat semakan lokasi terkini di sini: https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list

SENARAI KEDAI BARANG DAPUR MYKASIH 2026

CARA SEMAK BAKI KREDIT SARA MYKASIH

Penerima bantuan boleh memantau baki kredit mereka melalui beberapa saluran mudah:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki SARA bulanan akan dipaparkan
CARA SEMAK BAKI KREDIT SARA MYKASIH
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki SARA terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki SARA menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki SARA.
    • Maklumat baki SARA bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah semua barang di pasar raya boleh dibeli guna MyKasih?

Tidak. Hanya produk dalam kategori diluluskan sahaja boleh dibayar menggunakan kredit bantuan.

Boleh beli barang bukan makanan seperti sabun?

Ya, selagi ia termasuk kategori keperluan asas yang dibenarkan.

Perlu bawa dokumen lain selain MyKad?

Tidak perlu. Biasanya MyKad sahaja digunakan untuk pengesahan transaksi.

Bolehkah guna kredit di negeri lain?

Boleh, asalkan kedai tersebut ialah rakan niaga berdaftar program.

Boleh beli barang promosi atau diskaun?

Ya, selagi barang itu berada dalam senarai kategori barang dapur MyKasih yang dibenarkan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Senarai Barang Dapur MyKasih ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment