SEMAKAN STATUS SARA 2025 : SEMAK DUIT DALAM MYKAD
Melalui program SARA 2025, penerima boleh terus menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas di kedai dan pasar raya terpilih. Semakan status SARA 2025 penting dilakukan bagi memastikan duit bantuan sudah dikreditkan ke dalam MyKad sebelum membuat sebarang pembelian barangan keperluan asas yang dibenarkan. Langkah ini dapat membantu penerima yang layak untuk mengurus perbelanjaan dengan lebih teratur setiap bulan. Maklumat penuh ada di bawah.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN STATUS SARA 2025?
Bantuan SARA 2025 disalurkan kepada golongan B40 dan M40 yang layak, bergantung kepada syarat kelayakan yang ditetapkan. Ia melibatkan kategori pemohon isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut perinciannya:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BILA TARIKH MASUK DUIT SARA DALAM MYKAD?
Duit bayaran Bantuan SARA 2025 akan dimasukkan ke MyKad penerima pada setiap awal bulan, melibatkan golongan B40 dan M40 yang layak. Perinciannya ditunjukkan seperti di berikut:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA 2025 YANG DISALURKAN?
Setiap kategori penerima SARA 2025 mendapat jumlah bantuan yang berbeza. Bagi golongan B40, bantuan adalah antara RM600 hingga RM2100, manakala bagi M40 pula antara RM450 hingga RM900. Semua jumlah ini akan dikreditkan terus ke MyKad penerima seperti dalam jadual berikut:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

BAGAIMANA GUNA SARA 2025 DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN?
Cara menggunakan duit Bantuan SARA 2025 dalam MyKad untuk membeli barangan asas adalah mudah: pilih barangan yang tersenarai, sahkan MyKad di kaunter, buat bayaran, dan simpan resit. Rujuk panduan lengkap di bawah ini:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SEMAKAN STATUS SARA 2025
Untuk membuat semakan status Bantuan SARA 2025, penerima boleh layari Portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika perlukan bantuan, hubungi STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut langkah semakan penuh SARA 2025:
SEMAKAN STATUS SARA 2025 MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN STATUS SARA 2025 MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN STATUS SARA 2025
Hanya barangan asas rumah yang diluluskan kerajaan.
Tidak, semua barangan segar tidak termasuk.
Di pasar raya & kedai runcit berdaftar dengan MyKasih.
Tidak perlu, bantuan disalurkan ke MyKad.
Ya, jika tersenarai dalam kedua-dua kategori.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan Status SARA 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]