SEMAKAN STATUS MYKASIH : (2025) SEMAK BANTUAN RM200

SEMAKAN STATUS MYKASIH : (2025) SEMAK BANTUAN RM200

Bantuan Mykasih yang diperkenal oleh kerajaan menyasarkan 9 juta penerima yang layak dengan peruntukan sebanyak RM13 bilion. Dimana, bayaran bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai (cashless) terus ke dalam MyKad penerima untuk membuat pembelian barangan asas.

Bagi penerima yang layak, semakan status kelayakan dan bayaran MyKasih ini boleh dibuat melalui beberapa kaedah. Sila semak maklumat selanjutnya di bawah.

BACA JUGA: CARA SEMAK BAKI MYKASIH 2025

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Pemohon perlu memenuhi beberapa syarat untuk memastikan mereka benar-benar layak untuk menerima bantuan. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Lulus & Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan. Atau;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM)

KATEGORI PENERIMA & JUMLAH BANTUAN

Penerima bantuan MyKasih akan menerima jumlah bantuan yang berbeza secara tanpa tunai ke dalam MyKad mereka mengikut kategori kelayakan. Berikut disertakan jadual tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • PENERIMA STR & EKASIH (B40)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA STR SAHAJA (M40)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak layak

BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH?

Bayaran bagi bantuan MyKasih akan dikreditkan ke dalam MyKad pada tarikh yang berbeza mengikut kategori kelayakan penerima seperti butiran di bawah:

  • Penerima STR & eKasih:
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima STR sahaja:
    • Bermula April hingga Disember 2025

BAGAIMANA CARA SEMAKAN STATUS MYKASIH?

Semakan bagi kelayakan status bantuan MyKasih boleh dibuat secara online sahaja. Berikut adalah cara dan langkah yang boleh diguna untuk membuat semakan status melalui portal rasmi:

SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL STR

SEMAKAN STATUS MYKASIH
  • Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik “Log Masuk MySTR”
    • Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
  • Masukkan Nombor MyKad
    • Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
    • Tekan “Semak”.
  • Jawab Soalan Keselamatan
    • Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
  • Paparan Maklumat Permohonan
    • Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
      • Status permohonan STR
      • Kelayakan bantuan
      • Status SARA MyKasih (jika layak)
  • Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
    • Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan (contoh: RM100 Januari–Mac)

SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL MYKASIH

SEMAKAN STATUS MYKASIH
  • Layari laman rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Klik menu ‘Login’ atau ‘MyKasih Individual Login’
    • Biasanya terletak di bahagian atas laman.
  • Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Kata laluan (jika diperlukan)
    • Jika kali pertama log masuk, anda mungkin perlu daftar atau reset kata laluan.
  • Tekan butang ‘Login’
    • Selepas berjaya log masuk, anda boleh:
      • Semak status kelayakan
      • Semak baki bantuan
      • Semak rekod transaksi

CARA SEMAKAN BAKI BANTUAN MYKASIH

Penerima bantuan boleh membuat semakan baki bantuan MyKasih selepas membuat pembelian barangan asas dengan mengikut langkah berikut:

CHECK BAKI BANTUAN MYKASIH

CARA CHECK BAKI MYKASIH

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dari Google Play Store / Apple App Store.

  2. Buka aplikasi dan tekan “Log Masuk”.

  3. Masukkan nombor MyKad (tanpa sengkang) dan tekan “Hantar OTP”.

  4. Masukkan kod OTP yang dihantar ke nombor telefon berdaftar.

  5. Sebaik berjaya log masuk, pilih menu “Baki” / “Akaun” / “Transaksi”.

  6. Paparan baki terkini bantuan anda akan dipaparkan.

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Status MyKasih ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  3. Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  4. Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment