SEMAKAN MYKASIH DALAM MYKAD : SEMAK STATUS TERKINI 2025
Melalui sistem MyKasih 2025, penerima boleh membuat semakan status bantuan secara terus menggunakan MyKad. Bantuan ini merangkumi bayaran SARA MyKasih bulanan dan juga one-off, yang bertujuan meringankan beban kos barangan asas. Dengan semakan MyKasih dalam MyKad, penerima dapat mengetahui baki dan penggunaan terkini dengan lebih mudah.
Semua butiran lengkap tersedia di bawah ini.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN MYKASIH?
Bantuan MyKasih ditawarkan khusus kepada golongan B40 dan M40 yang layak mengikut syarat kelayakan. Ia merangkumi kategori isi rumah, warga emas serta bujang. Perinciannya boleh dirujuk di bawah:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BILA TARIKH BANTUAN MYKASIH DIKREDITKAN DALAM MYKAD?
Setiap penerima yang layak akan menerima Bantuan MyKasih dalam MyKad secara automatik pada awal bulan, sama ada daripada kumpulan B40 atau M40. Jadual di bawah menunjukkan perinciannya:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BERAPA JUMLAH BANTUAN MYKASIH YANG DISALURKAN?
Program MyKasih menyediakan jumlah bantuan berbeza untuk setiap kategori penerima. Golongan B40 menerima RM600 hingga RM2100, sementara golongan M40 menerima RM450 hingga RM900. Semua pembayaran dibuat terus ke MyKad penerima, seperti ditunjukkan dalam jadual berikut:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
WARGA EMAS | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100
- Bantuan tambahan RM100 akan disalurkan secara one-off kepada semua individu dewasa rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira kategori.
- Bantuan akan disalurkan bermula 31 Ogos 2025 ke dalam MyKad penerima dan pembelian barangan asas boleh dibuat di kedai atau pasar raya terpilih sehingga tamat tempoh bantuan pada 31 Disember 2025.
- Rujuk di sini untuk info lebih lanjut.

BAGAIMANA CARA GUNA MYKASIH DALAM MYKAD UNTUK PEMBELIAN?
Pembelian barangan asas menggunakan Bantuan MyKasih dalam MyKad adalah sangat mudah. Pilih barangan dari kategori yang ditetapkan, sahkan di kaunter, lakukan bayaran dan simpan resit. Ikuti panduan lengkap seperti di bawah:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SEMAKAN MYKASIH DALAM MYKAD
Untuk membuat semakan status kelayakan Bantuan MyKasih dalam MyKad, penerima boleh layari Portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika perlukan bantuan, hubungi STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut langkah semakan penuh MyKasih dalam MyKad penerima yang layak:
SEMAKAN MYKASIH DALAM MYKAD MELALUI PORTAL STR
- Layari Laman Web Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik “Log Masuk MySTR”
- Di halaman utama, pilih butang “Log Masuk MySTR”.
- Masukkan Nombor MyKad
- Taip nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Tekan “Semak”.
- Jawab Soalan Keselamatan
- Jawab soalan keselamatan yang dipaparkan (biasanya berkaitan maklumat peribadi dalam permohonan STR anda).
- Paparan Maklumat Permohonan
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Status permohonan STR
- Kelayakan bantuan
- Status SARA MyKasih (jika layak)
- Akan tertera sama ada anda tersenarai sebagai penerima SARA & jumlah bantuan.
- Setelah berjaya log masuk, anda akan dapat lihat:
- Rujuk Bahagian Kelayakan SARA
- Jika tersenarai, jumlah bantuan & tempoh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN MYKASIH DALAM MYKAD MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
- Semak status kelayakan
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN MYKASIH DALAM MYKAD
Tidak, hanya boleh guna untuk barangan asas.
Melalui resit selepas membuat pembelian.
Tidak, STR berbentuk tunai, MyKasih berbentuk kredit barangan.
Tidak, MyKasih guna MyKad, bukan aplikasi.
Tidak, hanya perlu imbas MyKad semasa pembayaran.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semakan MyKasih Dalam MyKad ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]