SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH : 2025 SEMAK PENERIMA (RM900 & RM450)

SEMAKAN BANTUAN SARA RAHMAH : 2025 SEMAK PENERIMA (RM900 & RM450)

SARA Rahmah merupakan program bantuan bulanan yang diumumkan dalam Belanjawan 2025. Bantuan ini menyasarkan 9 juta penerima yang layak dari kategori B40 & M40. Bantuan ini disalurkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan.

Bgaimanakah cara nak buat semakan untuk tahu anda layak atau tidak? Ikuti info lanjut yang telah disediakan.

BACA JUGA: CHECK LIST BARANGAN ASAS MYKASIH

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA

Pemohon perlu memenuhi beberapa syarat untuk memastikan mereka benar-benar layak untuk menerima bantuan. Antara syarat-syaratnya ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR atau eKasih
  • Pendapatan isi rumah rendah (kategori B40 atau miskin)
  • Tiada pendapatan tetap

TARIKH BANTUAN SARA RAHMAH

Pembayaran bantuan ke dalam MyKad penerima adalah berbeza tarikh kerana mengikut kategori kelayakan. Tarikh pembayaran bantuan SARA Rahmah adalah seperti butiran berikut:

  1. Penerima STR & eKasih:
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  2. Penerima STR sahaja:
    • Bermula April hingga Disember 2025

JUMLAH BANTUAN SARA RAHMAH

Bantuan akan disalurkan terus ke dalam MyKad penerima secara tanpa tunai. Jadual di bawah adalah maklumat lengkap tentang kategori penerima dan jumlah bantuan yang akan diperoleh:

  • B40 (PENERIMA STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • M40 (PENERIMA STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

CARA SEMAKAN SARA RAHMAH

Kerajaan telah menyediakan 2 platform rasmi dan aplikasi dalam telefon pintar bagi memudahkan penerima membuat semakan bantuan secara online. Berikut adalah panduan mudah cara membuat semakan bantuan SARA Rahmah:

CARA SEMAKAN SARA RAHMAH

1. PLATFORM RASMI MYKASIH

  1. Layari laman rasmi MyKasih:

    https://mykasih.com.my/

  2. Pilih menu ‘Semakan Status’

    – Biasanya tertera di bahagian utama laman web.

  3. Masukkan maklumat berikut:

    – Nombor Kad Pengenalan
    – Kod captcha yang dipaparkan

  4. Klik butang ‘Semak’ / ‘Submit’

  5. Maklumat akan dipaparkan:

    – Status kelayakan
    – Jumlah bantuan
    – Tarikh bayaran
    – Baki terkini (jika ada)

2. PLATFORM RASMI MYSTR

  • Layari laman web rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Klik butang “Log Masuk MySTR”.
  • Masukkan nombor MyKad& kod captcha yang terpapar.
  • Klik “Semak” atau “Log Masuk”.
  • Jika pertama kali log masuk, anda perlu setkan kata laluan baharu melalui pautan “Lupa Kata Laluan”.
  • Selepas log masuk, anda boleh semak:
    • Status kelayakan STR
    • Tarikh bayaran
    • Amaun bantuan
    • Maklumat pemohon

3. SEMAKAN MELALUI APLIKASI TELEFON PINTAR

Penerima bantuan juga boleh membuat semakan melalui apilkasi rasmi MyKasih yang boleh di muat turun melalui:

SEMAKAN SARA RAHMAH

LANGKAH SEMAKAN MELALUI APLIKASI MYKASIH:

  • Muat turun aplikasi MyKasih ke telefon bimbit anda.
  • Setelah muat turun, tekan butang [Next] untuk memulakan pendaftaran.
  • Masukkan nombor kad pengenalan tanpa jarak atau sengkang (-).
  • Masukkan nombor telefon bimbit yang digunakan dan aktif untuk verifikasi.
  • Tandakan pada [I have read and agreed to the Terms and Conditions].
  • Seterusnya, tekan pada butang [Next] di bawah.
  • Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  • Selesai.

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Bantuan SARA Rahmah ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  3. Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  4. Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment