SEMAK STR BUJANG 2025 : (FASA 3) SEMAKAN STATUS
Belanjawan 2025 menyaksikan kesinambungan bantuan STR termasuk untuk individu bujang. Bantuan khas ini bertujuan meringankan beban golongan bujang berpendapatan rendah dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup pada masa kini.Buat golongan bujang yang menanti bantuan tunai STR Fasa 3, semakan status kini boleh dibuat secara online.
Bagaimanakah cara nak semak status bantuan STR Bujang Fasa 3? Ikuti info lengkap yang telah disediakan di bawah.
BACA JUGA: CARA MOHON BANTUAN SARA MYKASIH
KELAYAKAN STR BUJANG 2025
Ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh pemohon bujang bagi memastikan mereka benar-benar layak untuk menerima bantuan STR. Antara syarat-syaratnya ialah:
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
- Pendapatan RM2,500 ke bawah.
Nota Tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di IPTA / IPTS hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
TARIKH BAYARAN STR 2025
Pembayaran bantuan STR Fasa 3 dijangka bermula pada akhir bulan Julai 2025 sehingga awal bulan Ogos 2025 berdasarkan sejarah bayaran yang lepas. Berikut disertakan jadual sebagai gambaran lebih jelas tentang fasa bantuan dan tarikh pembayaran:
| FASA BANTUAN | TARIKH BANTUAN |
|---|---|
| FASA 1 | 22-28 JANUARI |
| FASA 2 | 24 MAC |
| FASA 3 | OGOS |
| FASA 4 | NOVEMBER |
Penafian: Tarikh rasmi akan dikemaskini berdasarkan dari pengumuman rasmi kerajaan.
JUMLAH PEMBAYARAN STR BUJANG
Pembayaran bantuan STR akan disalurkan secara tunai kepada penerima bujang berdasarkan butiran berikut:
| KATEGORI BUJANG | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| Bujang 21 – 59 Tahun atau; Bujang (OKU) 19 Tahun Ke Atas (Pendapatan Bulanan Bawah RM2500) | RM600 |
CARA BAYARAN BANTUAN STR
Ada 2 cara yang akan digunakan oleh pihak kerajaan dalam memastikan bantuan STR dapat disalurkan secara telus dan lancar iaitu:
| JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
|---|---|
| PENERIMA AKAUN BANK | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan. |
| PENERIMA TIADA AKAUN BANK | Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran. |
CARA SEMAK STATUS STR 2025
Penerima bantuan boleh membuat semakan secara online menggunakan portal rasmi yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Berikut adalah laman rasmi dan panduan lengkap membuat semakan:
1. PORTAL RASMI STR:
- Layari laman rasmi STR:
- Pada halaman utama portal tekan [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, tekan pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, tekan [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Tekan pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pada butang [Semakan 2025].
- Layarkan skrin (scroll) ke bahagian bawah.
- Tekan pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
2. PORTAL RASMI MYKASIH
- Layari portal MyKasih: https://mykasih.com.my/
- Klik pada [Semak Kelayakan].
- Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda (-).
- Dan tekan [Semakan Status].
- Maklumat terkini penerima akan dipaparkan.
RUJUKAN
Panduan bagi Semak STR Bujang 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Laman Web Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my
- Hotline STR : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Email : [email protected]