SEMAK STATUS MYSARA 2025 : SEMAKAN BAYARAN DUIT DALAM MYKAD

SEMAK STATUS MYSARA 2025 : SEMAKAN BAYARAN DUIT DALAM MYKAD

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 ialah bantuan khas di bawah inisiatif Kerajaan Madani bagi membantu penerima STR membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai. Bantuan dikreditkan terus ke MyKad penerima, dan boleh digunakan di kedai panel MyKasih seluruh negara.

Melalui artikel ini, anda akan belajar cara semak status MySARA 2025, jumlah bayaran serta panduan penggunaan duit dalam MyKad dengan mudah dan cepat.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN MYSARA 2025?

Bantuan MySARA disalurkan kepada golongan B40 dan M40 yang layak, bergantung kepada syarat kelayakan yang ditetapkan. Ia melibatkan kategori pemohon isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut perinciannya:

  • Warganegara Malaysia.
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Pendapatan bulanan bawah RM5000.
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

BILA TARIKH BANTUAN MYSARA 2025 DIKREDITKAN?

Kredit Bantuan MySARA dibuat secara bulanan pada awal bulan untuk semua penerima yang layak daripada kumpulan B40 dan M40. Rujuk butiran di bawah untuk maklumat lanjut:

  • Penerima B40 (STR & eKasih):
    • Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
  • Penerima M40 (STR sahaja):
    • Bermula April hingga Disember 2025

BERAPA JUMLAH BANTUAN MYSARA 2025 YANG DISALURKAN?

Jumlah Bantuan MySARA ditentukan mengikut kategori kelayakan penerima. Golongan B40 layak menerima RM600 hingga RM2100, manakala golongan M40 menerima RM450 hingga RM900. Bayaran akan disalurkan terus ke MyKad. Rujuk jadual di bawah untuk maklumat terperinci:

  • PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM2100 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM200 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM1650 setahun
RM100 sebulan (Januari-Mac)
RM150 sebulan (April-Disember)
BUJANGRM600 setahun
RM50 sebulan (Januari-Disember)
  • PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM900 setahun
RM100 sebulan (April-Disember)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM450 setahun
RM50 sebulan (April-Disember)
BUJANGTidak Layak

*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100

  • Setiap rakyat Malaysia dewasa (18 tahun ke atas) layak menerima RM100 tambahan.
  • Bantuan dikreditkan ke MyKad mulai 31 Ogos 2025.
  • Sah digunakan hingga 31 Disember 2025.
  • Semak maklumat lengkap di sini.
BERAPA JUMLAH BANTUAN MYSARA 2025 YANG DISALURKAN

CARA GUNA DUIT MYSARA DALAM MYKAD

Gunakan MyKad semasa membuat bayaran bagi pembelian barangan SARA. Pilih barangan yang diluluskan, sahkan MyKad di kaunter dan simpan resit pembelian. Rujuk cara pembelian barangan asas menggunakan duit bantuan dalam MyKad seperti di bawah:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA GUNA DUIT MYSARA DALAM MYKAD

SEMAK STATUS MYSARA 2025

Cara semak status penerima Bantuan MySARA 2025 kini boleh dilakukan secara online sahaja. Penerima hanya perlu mengakses laman rasmi Portal STR https://bantuantunai.hasil.gov.my atau Laman Rasmi SARA https://sara.gov.my. Jika ada pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi hotline STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut ialah langkah penuh semak status MySARA 2025:

SEMAK STATUS MYSARA 2025 MELALUI PORTAL STR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
SEMAK STATUS MYSARA 2025

SEMAK STATUS MYSARA 2025 MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
    • Tekan butang ‘Semakan Status’
  4. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus seperti butiran berikut:
    • Semak status kelayakan MySARA 2025
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
SEMAK STATUS MYSARA 2025

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK STATUS MYSARA 2025

Boleh keluarkan tunai bantuan MySARA di ATM?

Tidak boleh. Bantuan ini hanya untuk pembelian barangan asas seperti beras, minyak masak, gula, susu, dan lain-lain.

Di mana senarai kedai panel MyKasih boleh dilihat?

Senarai penuh kedai panel boleh disemak di portal https://mykasih.gov.my mengikut negeri dan kawasan.

Apa perlu dibuat jika MyKad rosak atau hilang?

Laporkan kehilangan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kemas kini maklumat di portal MyKasih untuk penggantian akaun.

Adakah penerima STR automatik layak MySARA?

Tidak semua. Hanya penerima yang memenuhi syarat kategori SARA akan disenaraikan dalam bantuan MySARA.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Semak Status MyKasih 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]

Leave a Comment