SEMAK STATUS MYKASIH 2025 : SEMAKAN BAYARAN DUIT DALAM MYKAD
Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu penerima STR membeli barangan keperluan asas tanpa tunai. Bantuan disalurkan terus ke MyKad penerima dan boleh digunakan di kedai terpilih seluruh negara. Artikel ini akan membantu anda cara semak status, kelayakan dan penggunaan duit dalam MyKad dengan mudah melalui portal MyKasih.
Teruskan membaca untuk panduan lengkap berkaitan Semakan Status MyKasih 2025.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025?
Kerajaan menyediakan Bantuan MyKasih 2025 kepada penerima daripada golongan B40 dan M40 yang menepati kriteria kelayakan. Bantuan ini terbuka kepada tiga kategori iaitu isi rumah, warga emas dan bujang. Berikut adalah butirannya:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan bulanan bawah RM5000.
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
BILA TARIKH BANTUAN MYKASIH 2025 DIKREDITKAN?
Penerima Bantuan MyKasih 2025 daripada kategori B40 dan M40 akan menerima bayaran pada setiap awal bulan. Berikut ialah perinciannya:
- Penerima B40 (STR & eKasih):
- Bermula 15 Januari 2025 hingga Disember 2025
- Penerima M40 (STR sahaja):
- Bermula April hingga Disember 2025
BERAPA JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025 YANG DISALURKAN?
Program MyKasih menyalurkan jumlah bantuan yang berbeza bagi kategori B40 dan M40. B40 menerima RM600 hingga RM2100, manakala M40 menerima RM450 hingga RM900. Semua pembayaran dikreditkan terus ke MyKad penerima. Semak jadual di bawah:
- PENERIMA B40 (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM2100 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM200 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM1650 setahun RM100 sebulan (Januari-Mac) RM150 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | RM600 setahun RM50 sebulan (Januari-Disember) |
- PENERIMA M40 (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM900 setahun RM100 sebulan (April-Disember) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM450 setahun RM50 sebulan (April-Disember) |
| BUJANG | Tidak Layak |
*BANTUAN TAMBAHAN SARA ONE-OFF RM100
- Semua penerima dewasa akan menerima bantuan tambahan RM100 secara one-off.
- Bayaran masuk ke MyKad pada 31 Ogos 2025.
- Pembelian barangan asas dibenarkan hingga 31 Disember 2025.

CARA GUNA DUIT MYKASIH 2025 UNTUK PEMBELIAN
Penerima MyKasih hanya perlu menggunakan MyKad di kaunter bayaran selepas memilih barangan yang diluluskan. Proses pengesahan dilakukan sebelum membuat bayaran dan resit disimpan untuk rekod. Semak langkah lengkap pembelian seperti di bawah:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status MyKad penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna MyKad
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SEMAK STATUS MYKASIH 2025
Semakan status Bantuan MyKasih kini boleh dilakukan secara online melalui Portal STR (bantuantunai.hasil.gov.my) dan Laman Rasmi SARA (sara.gov.my). Untuk bantuan lanjut, hubungi STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800 . Berikut langkah penuh untuk semak status Bantuan MyKasih 2025:
SEMAK STATUS MYKASIH 2025 MELALUI PORTAL STR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAK STATUS MYKASIH 2025 MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan MyKasih 2025
- Cara beli barang MyKasih guna IC
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semak baki bantuan

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAK STATUS MYKASIH 2025
Tidak boleh. Bantuan ini hanya untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai panel terpilih.
Pemegang perlu buat penggantian MyKad di JPN dan kemas kini maklumat di portal MyKasih.
Tidak semua. Hanya penerima STR yang memenuhi kriteria kategori miskin tegar dan layak SARA akan tersenarai.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Semak Status MyKasih 2025 ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]