SARA SEMAKAN : SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2026

SARA SEMAKAN : SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM MYKAD 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKasih terus membantu rakyat Malaysia menangani kos sara hidup pada tahun 2026. Dengan sistem tanpa tunai menggunakan MyKad, penerima layak boleh menikmati bantuan bulanan serta bayaran one-off bagi pembelian barangan keperluan asas.

Artikel ini menghimpunkan maklumat penting berkaitan semakan status, kelayakan, jumlah bantuan dan cara penggunaan SARA MyKasih.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN SARA 2026?

Kelayakan SARA 2026 ditetapkan berdasarkan kriteria tertentu bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

BILA TARIKH BANTUAN SARA DI BAYAR?

Bayaran bantuan SARA 2026 dilaksanakan mengikut jadual agihan rasmi bagi setiap kategori penerima, tertakluk kepada pengumuman semasa kerajaan. Tarikh bayaran adalah seperti di bawah:

  • 🗓️ 9 Jan 2026
    • Isi rumah & warga emas
  • 🗓️ 16 Jan 2026
    • Individu bujang
BILA TARIKH BANTUAN SARA DI BAYAR

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA DIAGIHKAN?

Penerima yang layak boleh menerima kredit bantuan SARA sehingga RM200 sebulan, bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing. Berikut perinciannya:

BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA DIAGIHKAN
Jumlah Bantuan SARA Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
  • RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih
BERAPA JUMLAH BANTUAN SARA DIAGIHKAN
Jumlah Bantuan SARA eKasih

PENGHARGAAN SARA

Selain bantuan bulanan, kerajaan turut menyediakan bayaran RM100 secara one-off kepada rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, bermula 9 Februari 2026. Tiada sebarang permohonan diperlukan kerana bantuan diberikan secara automatik berdasarkan rekod rasmi kerajaan.

Secara umum, bantuan ini terbuka kepada rakyat Malaysia dewasa dengan syarat utama berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Tiada had pendapatan atau status pekerjaan
PENGHARGAAN SARA

SARA SEMAKAN

Penerima boleh membuat semakan status SARA secara dalam talian melalui portal bantuantunai.hasil.gov.my atau laman rasmi sara.gov.my. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan kepada talian Hotline STR 1-800-88-2747 dan MyKasih 03-7720 1800. Langkah penuh semakan SARA seperti di bawah:

SEMAKAN STATUS SARA MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
PORTAL MYSTR

SEMAKAN STATUS SARA MELALUI LAMAN RASMI

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di sini.
    • Semakan status kelayakan SARA Bulanan 2026
    • Tarikh bayaran
    • Semakan baki bantuan SARA Bulanan 2026
SARA SEMAKAN

SARA SEMAKAN STATUS MELALUI MYGOV MALAYSIA

Bagi semakan SARA melalui MyGOV Malaysia, pengguna perlu mendaftar dan log masuk menggunakan akaun MyDigital ID yang aktif sebelum mengakses maklumat bantuan. Ikuti langkah-langkah berikut:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semakan Bantuan SARA Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan SARA 2026 masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

SEMAKAN BAKI KREDIT SARA MYKASIH

Baki kredit bantuan boleh disemak melalui saluran rasmi yang disediakan bagi memudahkan penerima memantau penggunaan bantuan. Berikut adalah butirannya:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki bulanan akan dipaparkan
SEMAKAN BAKI KREDIT SARA MYKASIH
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
    • Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD?

Penggunaan bantuan dilakukan dengan memilih barangan diluluskan dan mengesahkan transaksi menggunakan MyKad di kaunter pembayaran. Berikut adalah langkah lengkap pembelian:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA SEMAKAN

Perlu mohon ke untuk terima SARA 2026?

Tidak. Bantuan diberikan secara automatik kepada penerima layak.

Bolehkah bantuan digunakan di semua kedai?

Tidak. Hanya di premis yang berdaftar dengan MyKasih sahaja.

Adakah bantuan one-off diberi setiap bulan?

Tidak. Ia hanya bayaran sekali sahaja.

Apa perlu buat jika bantuan belum masuk?

Semak status di portal rasmi atau hubungi hotline berkaitan.

Bolehkah bantuan digunakan untuk beli barangan elektronik?

Tidak. Hanya barangan asas yang diluluskan dibenarkan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi SARA Semakan ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment