SARA 2026 SEMAKAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN, JUMLAH BAYARAN & CARA MOHON
Kerajaan meneruskan pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 bagi membantu rakyat berpendapatan rendah membeli barangan keperluan asas. Bantuan ini disalurkan melalui platform MyKasih bagi memastikan penerima menggunakan bantuan secara berhemah dan berfokus. Sekiranya anda layak sebagai penerima STR, anda digalakkan menyemak status kelayakan SARA bagi tahun semasa.
Ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui cara semakan SARA 2026 dan jumlah bayaran terkini.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN SARA 2026?
Penerima STR yang tergolong dalam kategori miskin atau miskin tegar secara automatik akan dipertimbangkan untuk bantuan ini. Tiada permohonan khas diperlukan, namun maklumat perlu dikemas kini melalui STR. Berikut butiran syarat-syaratnya:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BILA TARIKH BAYARAN SARA 2026 DIKREDITKAN?
Tarikh bayaran bagi program SARA 2026 masih belum dimuktamadkan. Pengumuman rasmi akan dibuat melalui laman STR dan MyKasih setelah disahkan oleh pihak kerajaan.

JUMLAH BAYARAN SARA 2026 YANG DISALURKAN
Jumlah bayaran SARA 2026 kekal seperti tahun sebelumnya, bergantung kepada kategori penerima sama ada isi rumah, warga emas atau bujang. Bantuan disalurkan secara bulanan ke dalam MyKad penerima. Berikut perinciannya:
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
- Sekiranya penerima tergolong dalam kumpulan miskin atau miskin tegar eKasih, mereka akan menerima tambahan bantuan SARA iaitu RM600 (bujang) dan RM1,200 (isi rumah / warga emas tiada pasangan).

PENGHARGAAN SARA RM100
- Bantuan RM100 di bawah SARA 2026 akan disalurkan kepada warganegara berumur 18 tahun ke atas sekitar pertengahan Februari.
- Seramai 22 juta rakyat dewasa bakal menikmati bantuan ini bagi meringankan beban perbelanjaan harian.
- Jumlah peruntukan STR dan SARA 2026 dianggarkan sekitar RM15 bilion hasil penjimatan subsidi kerajaan

BAGAIMANA CARA PERMOHONAN SARA 2026?
Penerima STR layak secara automatik untuk SARA tanpa perlu membuat permohonan baharu. Langkah semakan SARA 2026 melalui portal MySTR. Individu yang berkelayakan perlu memohon STR terlebih dahulu seperti langkah berikut:
Permohonan Online
- Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
- Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
- Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
- Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
- Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
- Cetak slip pengesahan permohonan.
Permohonan Manual (Borang Fizikal)
- Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
- Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
- Isi borang dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan MyKad pemohon & pasangan.
- Sijil nikah atau surat cerai.
- Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
- Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
- Simpan salinan borang bagi rujukan.
SARA 2026 SEMAKAN
Layari Portal STR (https://bantuantunai.hasil.gov.my) atau SARA (https://sara.gov.my) untuk semakan status SARA 2026 anda. Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi STR di 1-800-88-2747 atau MyKasih di 03-7720 1800. Berikut langkah semakan SARA 2026 yang perlu diikuti:
SEMAKAN SARA 2026 MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

SEMAKAN SARA 2026 MELALUI LAMAN RASMI SARA
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
- Semak status kelayakan
- Cara beli barang MyKasih guna IC
- Tarikh program bermula & berakhir
- Semakan baki bantuan SARA 2026

SOALAN LAZIM (FAQ)
Di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar di bawah MyKasih.
Tidak, bantuan ini khusus untuk pembelian barangan asas menggunakan MyKad.
Anda boleh semak semula status STR dan pastikan maklumat isi rumah dikemas kini.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Sara 2026 Semakan ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/