MY KASIH BARANG DAPUR : SEMAKAN TERKINI BANTUAN MYKAD

MY KASIH BARANG DAPUR : SEMAKAN TERKINI BANTUAN MYKAD

Belanjawan 2026 sekali lagi menekankan komitmen kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah. Program My Kasih Bantuan Barang Dapur merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat. Penerima yang layak boleh menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas. Wang bantuan akan dikreditkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad.

Bagaimana untuk membuat semakan terkini bantuan dalam MyKad? Ikuti panduan lengkap yang kami sediakan di bawah.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

SYARAT BANTUAN MY KASIH BARANG DAPUR

Syarat kelayakan Bantuan My Kasih Barang Dapur 2026 masih belum diumumkan secara rasmi, namun kebiasaannya ia dikemas kini berdasarkan syarat tahun sebelumnya. Semakan lanjut adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

TARIKH BAYARAN MY KASIH BARANG DAPUR 2026

Setakat ini, tarikh rasmi pembayaran bantuan My Kasih masih belum diumumkan oleh kerajaan. Oleh itu, penerima digalakkan untuk membuat semakan berkala melalui saluran rasmi bagi mendapatkan pengesahan jadual bayaran.

  • Semak di Portal STR dari semasa ke semasa.
  • Buat semakan status bantuan di Portal MyKasih & kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
  • Ikuti media sosial rasmi kerajaan untuk pengumuman terkini.
JUMLAH BANTUAN

JUMLAH BANTUAN

Jumlah Bantuan My Kasih Barang Dapur 2026 diagih berdasarkan kategori penerima yang ditetapkan, dengan kadar bantuan berbeza mengikut status isi rumah dan dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima. Rujuk perincian berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 tambahan untuk bujang kategori miskin / miskin tegar eKasih
  • RM1200 tambahan untuk isi rumah miskin / miskin tegar eKasih
BERAPA JUMLAH BAYARN BANTUAN MYKASIH 2026 DISALURKAN

PENGHARGAAN SARA RM100

  • Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan SARA 2026, kerajaan turut memperkenalkan bantuan one-off RM100 kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas sekitar pertengahan Februari.
JUMLAH BANTUAN

TETAPAN EMEL MYKASIH

Aplikasi MyKasih tidak lagi menggunakan OTP SMS bermula 1 Januari 2026. Sebaliknya, pengesahan akan dibuat melalui OTP emel.

  • Sistem MyKasih beralih daripada OTP SMS ke OTP Emel kerana:
    • Untuk keselamatan akaun
    • Supaya akses SARA bulanan tidak terganggu
TETAPAN EMEL MYKASIH
  1. Update aplikasi MyKasih di Google Play Store terlebih dahulu.
  2. Log masuk ke aplikasi seperti biasa.
  3. Satu pop-up “Set Up Now” akan muncul di skrin.
  4. Klik “Set Up Now”.
  5. Masukkan alamat emel yang aktif.
  6. Tekan “Next”.
  7. Semak emel anda dan klik pautan “Verify Email Address” untuk pengesahan.
  8. Siap! Akaun anda sudah dikemas kini.
TETAPAN EMEL MYKASIH

Nota penting:

  • Perubahan ini KHUSUS untuk penerima SARA MyKasih bulanan sahaja.
  • WAJIB kemas kini sebelum 31 Disember 2025.
  • Jika tidak, anda tidak boleh akses aplikasi MyKasih selepas tarikh tersebut.

CARA SEMAK BANTUAN MY KASIH BARANG DAPUR

Penerima boleh membuat semakan status Bantuan My Kasih Barang Dapur melalui Portal STR atau Portal SARA, serta menghubungi talian bantuan STR dan MyKasih bagi sebarang pertanyaan lanjut.
➡️ STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
➡️ SARA: https://sara.gov.my
☎️ Hotline STR: 1-800-88-2747 | ☎️ Hotline MyKasih: 03-7720 1800
Rujuk langkah semakan berikut:

SEMAK BANTUAN MY KASIH BARANG DAPUR MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
CARA SEMAK BANTUAN MY KASIH BARANG DAPUR

SEMAK BANTUAN MY KASIH BARANG DAPUR MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di laman MyKasih https://checkstatus.mykasih
    • Semak status kelayakan
    • Tarikh program bermula & berakhir
    • Semak baki bantuan
CARA SEMAK BANTUAN MY KASIH BARANG DAPUR

PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH

Tiada permohonan baharu diperlukan bagi SARA MyKasih 2026 kerana penilaian kelayakan dibuat berdasarkan data STR sedia ada. Namun, penerima disarankan memastikan maklumat sentiasa dikemas kini.

  • Kemaskini STR apabila tempoh kemaskini dibuka.
  • Buat permohonan STR jika belum berdaftar.
  • Pastikan maklumat pendapatan, tanggungan dan alamat dikemaskini dengan tepat.

Permohonan STR Online

  1. Layari portal rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk akaun MySTR atau daftar akaun baharu.
  3. Pilih menu “Permohonan Baharu STR 2026”.
  4. Lengkapkan maklumat pemohon dan tanggungan.
  5. Muat naik dokumen sokongan jika diminta.
  6. Semak semula maklumat dan tekan “Hantar Permohonan”.
  7. Cetak slip pengesahan permohonan.

Permohonan STR Manual (Borang Fizikal)

  1. Dapatkan borang permohonan STR 2026 di:
    • Pejabat LHDN berdekatan, Pejabat Daerah, atau Cawangan UTC terpilih.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat.
  3. Sertakan dokumen sokongan seperti:
    • Salinan MyKad pemohon & pasangan.
    • Sijil nikah atau surat cerai.
    • Penyata pendapatan atau surat pengesahan.
  4. Hantar borang di kaunter LHDN untuk pemprosesan.
  5. Simpan salinan borang bagi rujukan.

*Bagi penerima STR 2025 dan STR 2026, data akan disemak secara automatik oleh MOF dan KPDN, dan pendaftaran sebagai penerima SARA MyKasih akan dibuat secara automatik jika layak.

CARA BELI BARANG DAPUR MY KASIH GUNA MYKAD

Pembelian barang dapur di bawah SARA My Kasih 2026 hanya boleh dilakukan menggunakan MyKad di pasar raya terpilih yang berdaftar dengan MyKasih. Berikut langkah-langkahnya:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 14 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA BELI BARANG DAPUR MY KASIH GUNA MYKAD

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apakah yang dimaksudkan dengan SARA MyKasih 2026?

SARA MyKasih 2026 merujuk kepada bantuan Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan melalui sistem MyKasih bagi membantu penerima membeli barangan keperluan asas terpilih.

Apakah jenis barangan yang boleh dibeli menggunakan SARA MyKasih?

Antara barangan yang dibenarkan termasuk makanan asas, barangan dapur dan keperluan harian yang diluluskan di bawah program MyKasih.

Bolehkah kredit SARA MyKasih digunakan untuk membeli barang bukan keperluan?

Tidak. Sistem hanya membenarkan pembelian barangan yang tersenarai sebagai keperluan asas.

Di manakah SARA MyKasih boleh digunakan?

Ia boleh digunakan di kedai atau pasar raya yang berdaftar sebagai rakan MyKasih.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi My Kasih Barang Dapur ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment