CHECK BAYARAN STR FASA 2 2026 : SEMAK STATUS PERMOHONAN & JUMLAH BAYARAN YANG DILULUSKAN

CHECK BAYARAN STR FASA 2 2026 : SEMAK STATUS PERMOHONAN & JUMLAH BAYARAN YANG DILULUSKAN

Check bayaran STR Fasa 2 2026 penting bagi penerima untuk mengetahui status permohonan, kelayakan serta jumlah bantuan yang diluluskan. Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan sebagai inisiatif kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi tekanan kos sara hidup. Semakan awal membolehkan penerima membuat perancangan kewangan dengan lebih teratur sementara menunggu tarikh bayaran rasmi diumumkan.

Maklumat lanjut tersedia di bawah.

BACA JUGA: SEMAKAN MYKASIH 2026

APA SYARAT KELAYAKAN STR 2026?

Kelayakan STR 2026 masih berpandukan kriteria sedia ada dengan penambahbaikan yang dibuat dari semasa ke semasa. Antara syarat asas yang dinilai seperti berikut:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.
  • KATEGORI BUJANG
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 21-59 tahun.
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.
    • Pendapatan RM2500 ke bawah.

Makluman: Kategori bujang yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Skim Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 dalam bentuk kredit MyKad yang boleh digunakan untuk pembelian.

BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 2 DIKREDITKAN?

Bayaran STR 2026 tidak dibuat secara sekali gus, sebaliknya diagihkan secara berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan.

  • Fasa 1: Telah selesai dikreditkan
  • Fasa 2: Menunggu pengumuman rasmi
  • Fasa seterusnya: Akan dimaklumkan kemudian

Penerima disarankan untuk sentiasa check pengumuman rasmi kerajaan dari semasa ke semasa berkaitan bayaran STR Fasa 2.

FASA BANTUANTARIKH BAYARAN
FASA 1BERMULA 20 JANUARI 2026
BILA TARIKH BAYARAN STR FASA 2 DIKREDITKAN

BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 DISALURKAN?

Setakat ini, jumlah bayaran STR Fasa 2 2026 masih belum diumumkan secara rasmi. Amaun yang diterima oleh setiap pemohon adalah berbeza kerana ia bergantung kepada kategori kelayakan masing-masing.

Setiap kategori mempunyai kadar maksimum yang telah ditetapkan berdasarkan peruntukan bajet semasa kerajaan. Check jumlah kelayakan maksimum dan bayaran STR Fasa 1 yang mana boleh dijadikan anggaran awal untuk Fasa 2.

  • ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0700200
1-21200300
3-41700400
>52200500
  • ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
BILANGAN ANAKKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
0200100
1-2450100
3-4700150
>5950200
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN (BERUMUR >60 TAHUN)
PENDAPATAN BULANANKELAYAKAN MAKSIMUM (RM)FASA 1 (RM)
<RM5000600150
BERAPA JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 DISALURKAN

BAGAIMANA CARA STR FASA 2 DIBAYAR?

Bantuan STR disalurkan melalui beberapa kaedah rasmi bagi memastikan proses agihan berjalan lancar:

💳 Penerima Mempunyai Akaun Bank

  • Bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima atau pasangan, berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan.

🏦Penerima Tiada Akaun Bank / Status ‘Gagal Kredit’

  • Bantuan boleh dituntut secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

CHECK BAYARAN STR FASA 2

Penerima yang layak boleh check status terkini bayaran STR Fasa 2 melalui saluran bantuantunai.hasil.gov.my atau hubungi Hotline BKK di 1-800-88-2747. Langkah penuh untuk check status bayaran STR Fasa 2 2026 adalah seperti berikut:

CHECK BAYARAN STR FASA 2 MELALUI PORTAL RASMI

  1. Log Masuk ke Akaun MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
    • Masukkan nombor MyKad (12 digit tanpa tanda sempang).
    • Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan semasa permohonan.
  2. Sahkan kod CAPTCHA yang dipaparkan untuk mengelakkan akses automatik (bot).
  3. Semak Status Permohonan :
    • Setelah berjaya log masuk, cari menu “Semakan Status” atau “Status Permohonan”.
  4. Status yang akan dipaparkan termasuk :
    • LULUS (permohonan diterima dan dalam proses pembayaran)
    • DALAM SEMAKAN (permohonan sedang diproses)
    • TIDAK LULUS (permohonan gagal, biasanya disertakan sebab)
      • Juga akan tertera maklumat tarikh bayaran Fasa 2 Bantuan STR 2026 dan jumlah yang diterima (jika lulus).
  5. Cetak atau Simpan Bukti.
  6. Selesai
CHECK BAYARAN STR FASA 2

CHECK BAYARAN STR FASA 2 MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal STR, bayaran STR Fasa 2 2026 juga boleh check melalui aplikasi MyGOV Malaysia. Syarat utama ialah memiliki akaun MyDigital ID yang aktif. Panduan ringkas seperti berikut:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Check Bayaran STR Fasa 2 2026 Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik STR.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
CHECK BAYARAN STR FASA 2

DAFTAR ONLINE AKAUN MYSTR

Pemohon baharu dan penerima sedia ada amat digalakkan untuk memiliki akaun MySTR bagi memudahkan urusan permohonan, semakan serta kemas kini maklumat. Pendaftaran akaun MySTR boleh dibuat secara dalam talian melalui portal rasmi STR dengan mengikuti langkah pendaftaran yang disediakan.

  1. Masuk ke laman web: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Tutup Pop-Up Makluman Penting:
    • Klik “Tutup” pada paparan maklumat penting yang muncul.
  3. Klik Butang “Log Masuk”:
    • Skrol sedikit ke bawah dan tekan “Log Masuk”.
  4. Pilih “Daftar Pengguna Baharu”:
    • Paparan baru akan keluar, tekan pada “Daftar Pengguna Baru”.
  5. Masukkan Maklumat Asas:
    • Isikan nombor MyKad (IC) dan alamat emel aktif.
  6. Hantar Emel Pengesahan:
    • Klik “Hantar Emel Pengesahan”.
  7. Semak Emel & Sahkan:
    • Buka emel yang dihantar oleh MySTR dan klik pautan pengesahan akaun.
  8. Cipta Kata Laluan (Password):
    • Tetapkan password baru mengikut format yang ditetapkan.
  9. Jawab 5 Soalan Keselamatan:
    • Pilih dan isikan jawapan untuk lima soalan keselamatan (penting untuk reset akaun nanti).
  10. Lengkapkan Proses Pendaftaran:
    • Ikuti arahan akhir hingga selesai pendaftaran.
DAFTAR ONLINE AKAUN MYSTR

KEMASKINI MAKLUMAT STR SECARA BERKALA

Bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan kelayakan atau kelewatan bayaran, pemohon digalakkan mengemas kini maklumat melalui portal MySTR. Kemas kini ini penting sekiranya terdapat perubahan pendapatan, status perkahwinan atau maklumat akaun bank. Ikuti langkah di bawah:

  1. Log Masuk akaun baru STR 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Apabila berjaya log masuk, Dashboard akan dipaparkan.
  3. Terus ke bahagian Kemas Kini :
    • Klik pada butang “Kemas Kini Maklumat Asas”.
  4. Pilih maklumat yang perlu dikemas kini :
    • Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat, tukar maklumat tersebut dengan lengkap.
  5. Simpan maklumat baharu :
    • Selepas tukar maklumat baharu, klik butang “Simpan”.
  6. Sahkan Kod Captcha :
    • Isi “Kod Captcha” yang betul berdasarkan nilai yang dipaparkan.
  7. Hantar borang kemas kini :
    • Apabila selesai membuat kemas kini, klik butang “Hantar”.
  8. Kemaskini Maklumat Berjaya :
    • Notifikasi akan dipaparkan “Kemas kini Maklumat STR Berjaya”.
KEMASKINI MAKLUMAT STR SECARA BERKALA

PERMOHONAN BAHARU STR

Bagi individu atau isi rumah yang belum pernah memohon sebelum ini, permohonan baharu STR Fasa 2 2026 dibuka dari 1 Disember 2025 hingga 13 Februari 2026. Pemohon perlu memastikan semua maklumat peribadi, pendapatan dan tanggungan diisi dengan lengkap dan tepat untuk melancarkan proses semakan kelayakan.

  • Permohonan boleh dibuat secara:
    • Online melalui portal MySTR
    • Manual melalui kaunter LHDN terpilih
PERMOHONAN BAHARU STR

PERMOHONAN BAHARU STR 2026 SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Klik “Permohonan Baharu” di halaman utama.
  3. Sahkan pop-up dengan memilih “Ya, Teruskan”.
  4. Masukkan nombor MyKad (tanpa jarak dan simbol), kemudian klik “Semak”.
  5. Maklumat asas pemohon akan dipaparkan secara automatik (jika belum pernah memohon).
  6. Lengkapkan semua maklumat peribadi yang bertanda (*).
  7. Klik “Teruskan” untuk ke halaman seterusnya.
  8. Pilih status perkahwinan dan isi maklumat pasangan serta anak (jika berkaitan).
  9. Muat naik dokumen sokongan dan isi maklumat waris.
  10. Masukkan kod Captcha dan klik “Hantar”.
  11. Permohonan yang berjaya akan memaparkan mesej “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
PERMOHONAN BAHARU STR

Sila rujuk Panduan Pengguna Permohonan Baru STR 2026 di sini:

PERMOHONAN BAHARU STR 2026 SECARA MANUAL

  1. Muat turun Borang Permohonan STR (BK-01) melalui Portal Rasmi STR atau dapatkan terus di pejabat LHDN/HASiL.
  2. Isi borang dengan lengkap dan tepat berdasarkan maklumat peribadi, pendapatan serta tanggungan.
  3. Hantar borang yang telah lengkap ke Pejabat HASiL atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang berhampiran.

RAYUAN STR FASA 2 BAGI STATUS GAGAL

Kerajaan turut menyediakan tempoh rayuan khas kepada pemohon yang tidak diluluskan atau berstatus tidak layak. Permohonan rayuan boleh dibuat dalam tempoh yang akan diumumkan, tertakluk kepada syarat dan dokumen sokongan yang diperlukan seperti butiran berikut:

TARIKH RAYUAN STR 2026
Bermula 12 Januari 2026 sehingga 13 Februari 2026
RAYUAN STR FASA 2 BAGI STATUS GAGAL

Rayuan STR secara online:
1️⃣ Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
2️⃣ Log masuk ke akaun MySTR
3️⃣ Klik menu Rayuan
4️⃣ Kemas kini maklumat serta muat naik dokumen sokongan
5️⃣ Hantar permohonan dan simpan bukti penghantaran

RAYUAN STR FASA 2 BAGI STATUS GAGAL

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah semua penerima STR Fasa 1 layak automatik untuk Fasa 2?

Tidak semestinya. Kelayakan masih tertakluk kepada semakan terkini.

Perlu kemas kini maklumat walaupun penerima lama?

Ya, digalakkan jika terdapat perubahan maklumat.

Bolehkah semakan dibuat tanpa akaun MySTR?

Boleh melalui portal STR, tetapi akaun MySTR memudahkan urusan.

Bolehkah buat rayuan jika tidak lulus?

Ya, dalam tempoh rayuan yang diumumkan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Check Bayaran STR Fasa 2 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment