CEK SAMAN ONLINE : (2025) SEMAKAN & PEMBAYARAN SAMAN TRAFIK, JPJ & PDRM

CEK SAMAN ONLINE : (2025) SEMAKAN & PEMBAYARAN SAMAN TRAFIK, JPJ & PDRM

Semakan saman trafik kini boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian tanpa perlu beratur di kaunter. Dengan kemajuan teknologi, pelbagai platform telah diperkenalkan oleh pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan pihak ketiga seperti MyEG dan RILEK untuk memudahkan rakyat Malaysia membuat semakan dan pembayaran saman trafik.

Semak artikel lengkap dibawah untuk lihat cara cek saman secara online serta langkah pembayaran.

Lihat Juga: Semak Bantuan Diesel: Langkah Semakan Dan Permohonan Bantuan BUDI MADANI 2025

KENAPA PERLU CEK SAMAN

Saman trafik merupakan notis yang dikeluarkan kepada individu yang melanggar peraturan jalan raya di Malaysia. Kesalahan ini boleh melibatkan pelbagai aspek seperti:

  • Melebihi had laju
  • Tidak memakai tali pinggang keledar
  • Melanggar lampu isyarat merah
  • Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
  • Parkir di tempat yang tidak dibenarkan

Saman ini boleh dikenakan oleh PDRM atau JPJ bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.

LAMAN RASMI CEK SAMAN

Berikut adalah beberapa platform rasmi yang boleh digunakan untuk menyemak saman trafik:

  1. Portal MyBayar Saman (PDRM)https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Portal JPJhttps://www.jpj.gov.my
  3. Portal MyEGhttps://www.myeg.com.my
  4. Portal RILEKhttps://www.rilek.com.my

Setiap portal ini mempunyai kaedah yang berbeza untuk menyemak saman. Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk setiap platform.

CEK SAMAN MELALUI MYBAYAR

MyBayar Saman adalah portal rasmi yang dibangunkan oleh PDRM untuk membolehkan orang ramai menyemak dan membayar saman dengan mudah.

LANGKAH SEMAKAN SAMAN DI MYBAYAR SAMAN:

  1. Layari laman web MyBayar Saman di https://mybayar.rmp.gov.my.
  2. Daftar akaun jika anda pengguna baharu atau log masuk jika sudah mempunyai akaun.
  3. Klik pada [Semakan Saman] untuk melihat saman yang dikenakan ke atas anda.
  4. Senarai saman beserta jumlah yang perlu dibayar akan dipaparkan.

CEK SAMAN JPJ ONLINE

JPJ juga mengeluarkan saman bagi kesalahan trafik tertentu seperti cukai jalan tamat tempoh atau kesalahan teknikal pada kenderaan.

LANGKAH SEMAKAN SAMAN JPJ:

  1. Layari laman web rasmi JPJ di https://www.jpj.gov.my.
  2. Klik pada [Semakan Saman].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan.
  4. Tekan butang [Cari] untuk melihat rekod saman.

CEK SAMAN MELALUI MYEG

MyEG adalah platform pihak ketiga yang memudahkan semakan dan pembayaran saman secara dalam talian.

Langkah-langkah Semakan Saman di MyEG:

  1. Layari https://www.myeg.com.my.
  2. Tekan pada [Semak & Bayar Saman JPJ].
  3. Layarkan skrin (scroll) kebawah dan tekan [Semak & Bayar Saman]
  4. Log masuk atau daftar akaun baharu.
  5. Pilih perkhidmatan “Semakan & Bayaran Saman”.
  6. Masukkan butiran yang diminta untuk menyemak saman anda.

CARA BAYAR SAMAN ONLINE

Selepas menyemak saman, pembayaran boleh dilakukan melalui beberapa kaedah berikut:

BAYAR MELALUIKAEDAH BAYARAN
MyBayar Saman (PDRM)Kad debit/kredit atau perbankan internet.
JPJ Portal FPX perbankan dalam talian.
MyEG & RILEKPembayaran dalam talian melalui kad atau e-wallet.

LANGKAH UNTUK BAYAR SAMAN MELALUI MYBAYAR SAMAN:

  1. Log masuk ke akaun MyBayar Saman.
  2. Pilih saman yang ingin dibayar.
  3. Klik [Bayar] dan pilih kaedah pembayaran.
  4. Setelah pembayaran berjaya, simpan resit sebagai bukti pembayaran.

PROMOSI DISKAUN BAYARAN SAMAN

Dari semasa ke semasa, PDRM dan JPJ menawarkan diskaun sehingga 50%-80% untuk pembayaran saman. Promosi ini biasanya diumumkan sempena:

  • Sambutan Hari Polis
  • Perayaan seperti Hari Raya atau Tahun Baru
  • Kempen khas oleh kerajaan

Oleh itu, pastikan anda sentiasa mengikuti pengumuman rasmi untuk mendapatkan potongan harga ini.

Rujukan

Panduan bagi Cek Saman Online ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  1. Portal Rasmi PDRM – MyBayar Saman: https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Portal Rasmi JPJ: https://www.jpj.gov.my
  3. Portal MyEG: https://www.myeg.com.my
  4. Portal RILEK: https://www.rilek.com.my
  5. Portal Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT): https://www.mot.gov.my

Leave a Comment