BAYARAN SARA APRIL 2026 : SEMAK STATUS DUIT BANTUAN BULANAN DALAM IC
Bayaran SARA April 2026 menjadi antara semakan penting bagi penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang ingin mengetahui status kemasukan kredit dalam MyKad masing-masing. Bantuan ini disalurkan secara bulanan bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan keperluan asas dengan lebih mudah.
Artikel ini akan menghuraikan kelayakan, jumlah bantuan, jadual bayaran serta cara semakan status dengan lebih jelas.
BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD
APA SYARAT KELAYAKAN SARA 2026?
Kelayakan bantuan SARA 2026 ditentukan berdasarkan beberapa kriteria khusus bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Antara syarat yang perlu dipenuhi:
- Warganegara Malaysia.
- Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
- Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.
BAYARAN SARA APRIL 2026 SEMAKAN
Semakan status bayaran SARA April boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau laman rasmi SARA sara.gov.my. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi talian hotline STR 1-800-88-2747 dan MyKasih 03-7720 1800. Langkah lengkap untuk semak bayaran SARA April seperti di bawah:
SEMAKAN BAYARAN SARA APRIL MELALUI PORTAL MYSTR
- Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
- Klik menu “Semakan Permohonan”
- Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

BAYARAN SARA APRIL SEMAKAN MELALUI LAMAN RASMI
- Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
- Masukkan maklumat diperlukan:
- Nombor MyKad
- Tekan butang ‘Semakan Status’
- Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di sini.
- Semakan status kelayakan SARA Bulanan 2026
- Tarikh bayaran
- Semakan baki bantuan SARA Bulanan 2026

SEMAKAN BAYARAN SARA APRIL MELALUI MYGOV MALAYSIA
Selain portal rasmi, pengguna juga boleh membuat semakan melalui aplikasi MyGOV Malaysia. Berikut langkah-langkahnya:
Langkah Daftar MyDigital ID
- Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
- Klik Daftar Akaun Baharu.
- Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
- Masukkan kod OTP yang diterima.
- Buat pengesahan wajah (selfie).
- Tetapkan kata laluan.
- Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.

Log Masuk MyGOV
- Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
- Pilih Log Masuk MyDigital ID
- Masukkan ID & kata laluan
- Berjaya masuk ke dashboard MyGOV
Langkah Ringkas Semak Bayaran SARA April Guna MyGOV
- Log masuk ke MyGOV Malaysia.
- Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
- Klik SARA MyKasih.
- Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
- Jika tiada maklumat, semakan SARA MyKasih masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.

BILA TARIKH BAYARAN SARA APRIL?
Bayaran bantuan SARA April dilaksanakan mengikut jadual rasmi yang ditentukan oleh pihak kerajaan dan kebiasaannya dikreditkan pada setiap awal bulan. Untuk tahun 2026, bayaran permulaan bantuan SARA telah dilaksanakan mengikut butiran berikut:
- 🗓️ 9 Jan 2026
- Isi rumah & warga emas
- 🗓️ 16 Jan 2026
- Individu bujang

BERAPA BAYARAN SARA APRIL DIKREDITKAN?
Penerima yang layak akan menerima kredit bayaran bantuan SARA April mengikut kategori masing-masing antara RM50 sehingga RM200 sebulan. Rujuk butiran di bawah:

| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| ISI RUMAH | RM1200 setahun (RM100 sebulan) |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
| BUJANG | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Tambahan bantuan:
- RM600 setahun untuk kategori bujang miskin / miskin tegar
- RM1200 setahun untuk isi rumah miskin / miskin tegar

BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI KREDIT SARA?
Penerima boleh menyemak baki kredit bantuan melalui saluran rasmi yang disediakan:
- Semakan melalui Aplikasi MyKasih
- Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
- Log masuk menggunakan akaun berdaftar
- Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
- Baki bulanan akan dipaparkan

- Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
- Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
- Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
- Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
- Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
- Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
- Semakan melalui Portal Rasmi
- Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
- Log Masuk Akaun Penerima
- Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
- Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
- Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
- Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.
CARA TEBUS BANTUAN SARA DALAM IC
Penggunaan bantuan dilakukan secara tanpa tunai menggunakan MyKad di kaunter pembayaran.
Langkah lengkap pembelian seperti berikut:
- Pilih Barang Keperluan
Beli barang dari 15 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak. - Tunjuk IC untuk Pengesahan
Juruwang akan semak status IC penerima. - Tukar Nombor PIN
Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama IC) kepada PIN baru. - Imbas Kod Barangan
Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Guna IC
Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran. - Simpan Resit untuk Semakan
Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ)
Tarikh biasanya dimaklumkan melalui pengumuman rasmi dari semasa ke semasa.
Ia bergantung kepada peraturan penggunaan kredit yang ditetapkan.
Tidak, setiap individu hanya layak menerima bantuan berdasarkan satu rekod sahaja.
Tidak, penggunaan adalah khusus kepada penerima berdaftar.
Tidak, hanya di premis atau rakan niaga yang diluluskan.
MAKLUMAT LANJUT
Panduan bagi Bayaran SARA April ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
- Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
- Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Emel MyKasih: [email protected]
- Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/