BAYARAN BANTUAN SARA 2026 : SEMAK KREDIT BULANAN DALAM MYKAD BAGI PENERIMA YANG LAYAK

BAYARAN BANTUAN SARA 2026 : SEMAK KREDIT BULANAN DALAM MYKAD BAGI PENERIMA YANG LAYAK

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 diteruskan sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi kos sara hidup. Dengan sistem tanpa tunai, penerima boleh menggunakan bantuan dengan lebih mudah untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan.

Artikel ini akan membantu anda memahami kelayakan, jumlah bayaran, cara semak serta penggunaan kredit bantuan SARA secara terperinci.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026?

Kelayakan SARA 2026 ditentukan berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan bagi memastikan bayaran bantuan sampai kepada golongan sasaran. Antara syarat utama termasuk:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

BERAPA BAYARAN BANTUAN SARA DIKREDITKAN?

Penerima bantuan SARA yang layak boleh menerima bayaran antara RM50 sehingga RM200 sebulan, bergantung kepada kategori masing-masing. Berikut butirannya:

BERAPA BAYARAN BANTUAN SARA DIKREDITKAN
Jumlah Bantuan SARA Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 setahun untuk kategori bujang miskin / miskin tegar
  • RM1200 setahun untuk isi rumah miskin / miskin tegar
BERAPA BAYARAN BANTUAN SARA DIKREDITKAN
Jumlah Bantuan SARA eKasih

BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA?

Bayaran bantuan SARA dilaksanakan mengikut jadual rasmi yang ditetapkan dan akan dikreditkan secara berkala kepada penerima. Pengagihan dilakukan pada awal setiap bulan. Bagi permulaan, bayaran SARA telah dilaksanakan mengikut butiran tarikh berikut:

  • 🗓️ 9 Jan 2026
    • Isi rumah & warga emas
  • 🗓️ 16 Jan 2026
    • Individu bujang
BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA

BAYARAN BANTUAN SARA SEMAKAN STATUS

Semakan status bayaran bantuan SARA boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran rasmi STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau laman rasmi SARA sara.gov.my. Hubungi talian hotline STR 1-800-88-2747 dan MyKasih 03-7720 1800 untuk pertanyaan lanjut. Langkah semakan lengkap status bayaran bantuan SARA seperti di bawah:

SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
PORTAL MYSTR

SEMAKAN STATUS MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di sini.
    • Semakan status kelayakan SARA Bulanan 2026
    • Tarikh bayaran
    • Semakan baki bantuan SARA Bulanan 2026
BAYARAN BANTUAN SARA SEMAKAN STATUS

BAYARAN BANTUAN SARA SEMAKAN STATUS MELALUI MYGOV MALAYSIA

Selain portal rasmi, semakan juga boleh dibuat melalui aplikasi MyGOV Malaysia.
Pengguna perlu ikuti langkah-langkah di bawah ini:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Bayaran Bantuan SARA Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan SARA MyKasih masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

CARA SEMAK BAKI KREDIT BANTUAN SARA

Penerima boleh menyemak baki kredit bantuan melalui saluran rasmi yang disediakan:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki bulanan akan dipaparkan
SEMAKAN BAKI KREDIT BANTUAN SARA
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
    • Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

BAGAIMANA CARA GUNA SARA DALAM MYKAD?

Penggunaan bantuan dilakukan secara tanpa tunai menggunakan MyKad. Langkah penggunaan:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 15 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk MyKad untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status MyKad penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama MyKad) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna MyKad
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
BAGAIMANA CARA GUNA SARA DALAM MYKAD

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah kredit SARA boleh dipindahkan kepada orang lain?

Tidak, kredit hanya boleh digunakan oleh pemilik MyKad yang layak.

Adakah baki kredit akan dibawa ke bulan seterusnya?

Ia bergantung kepada ketetapan semasa yang ditetapkan dalam sistem bantuan.

Bolehkah kredit SARA digunakan di semua kedai?

Tidak, hanya di premis atau rakan niaga yang diluluskan sahaja.

Apa berlaku jika tidak menggunakan kredit dalam tempoh tertentu?

Ia tertakluk kepada polisi semasa sama ada akan luput atau kekal.

Bagaimana jika MyKad rosak atau hilang?

Penerima perlu menggantikan MyKad terlebih dahulu sebelum menggunakan bantuan.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bayaran Bantuan SARA ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]
  • Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/

Leave a Comment