BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS BAKI TERKINI YANG DIKREDITKAN

BAYARAN BANTUAN MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS BAKI TERKINI YANG DIKREDITKAN

Bantuan MyKasih di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 terus menjadi antara inisiatif penting dalam membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan keperluan harian. Melalui sistem kredit tanpa tunai, bantuan ini disalurkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak setiap bulan.

Artikel ini akan membantu anda memahami kelayakan, semakan status, jumlah bantuan serta cara menggunakan kredit MyKasih dengan lebih jelas.

BACA JUGA: SENARAI BARANG YANG BOLEH DIBELI GUNA SARA DALAM MYKAD

APA SYARAT BANTUAN MYKASIH 2026?

Kelayakan bantuan SARA MyKasih 2026 ditentukan melalui beberapa garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar memerlukan menerima manfaat ini. Antara syarat utama yang perlu dipenuhi adalah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Telah mendapat kelulusan di bawah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi kategori Isi Rumah, Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan.
  • Tersenarai dalam data pangkalan seperti eKasih (golongan Miskin Tegar / Miskin) sehingga tarikh yang ditetapkan.
  • Tidak perlu membuat permohonan khusus untuk SARA – kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data STR + eKasih.

BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH?

Pengagihan bantuan dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual rasmi yang ditentukan. Kredit bantuan disalurkan pada awal setiap bulan. Untuk permulaan tahun 2026, bayaran bantuan MyKasih telah dilaksanakan mengikut butiran tarikh berikut:

  • 🗓️ 9 Jan 2026
    • Isi rumah & warga emas
  • 🗓️ 16 Jan 2026
    • Individu bujang
BILA TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH

BERAPA BAYARAN BANTUAN MYKASIH DIKREDITKAN?

Jumlah bayaran bantuan MyKasih yang dikreditkan adalah berbeza mengikut kategori penerima iaitu antara RM50 sehingga RM200 sebulan. Rujuk butiran di bawah:

BERAPA BAYARAN BANTUAN MYKASIH DIKREDITKAN
Jumlah Bantuan SARA Bukan eKasih
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
ISI RUMAHRM1200 setahun
(RM100 sebulan)
WARGA EMAS TIADA PASANGANRM600 setahun
(RM50 sebulan)
BUJANGRM600 setahun
(RM50 sebulan)

Tambahan bantuan:

  • RM600 setahun untuk kategori bujang miskin / miskin tegar
  • RM1200 setahun untuk isi rumah miskin / miskin tegar
BERAPA BAYARAN BANTUAN MYKASIH DIKREDITKAN
Jumlah Bantuan SARA eKasih

SEMAKAN BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Penerima yang layak boleh semak status bayaran bantuan MyKasih secara online melalui portal STR di bantuantunai.hasil.gov.my atau laman rasmi SARA sara.gov.my. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi talian hotline STR 1-800-88-2747 dan MyKasih 03-7720 1800. Langkah lengkap untuk semak status bayaran bantuan MyKasih seperti di bawah:

SEMAKAN STATUS MELALUI PORTAL MYSTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan”
  4. Status permohonan, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.
PORTAL MYSTR

SEMAKAN STATUS MELALUI LAMAN RASMI SARA

  1. Layari laman rasmi SARA: https://sara.gov.my
  2. Klik ‘SEMAK KELAYAKAN’
  3. Masukkan maklumat diperlukan:
    • Nombor MyKad
  4. Tekan butang ‘Semakan Status’
  5. Selepas berjaya log masuk, anda boleh menyemak maklumat di sini.
    • Semakan status kelayakan SARA Bulanan 2026
    • Tarikh bayaran
    • Semakan baki bantuan SARA Bulanan 2026
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN MYKASIH

BAYARAN BANTUAN MYKASIH SEMAKAN MELALUI MYGOV MALAYSIA

Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi MyGOV Malaysia bagi kemudahan pengguna. Berikut langkah-langkahnya:

Langkah Daftar MyDigital ID

  1. Layari portal MyDigital ID: https://www.digital-id.my/
  2. Klik Daftar Akaun Baharu.
  3. Masukkan nombor MyKad & nombor telefon aktif.
  4. Masukkan kod OTP yang diterima.
  5. Buat pengesahan wajah (selfie).
  6. Tetapkan kata laluan.
  7. Pendaftaran siap dan akaun boleh digunakan.
LANGKAH DAFTAR MYDIGITAL ID

Log Masuk MyGOV

  1. Muat turun & buka aplikasi MyGOV Malaysia:
  2. Pilih Log Masuk MyDigital ID
  3. Masukkan ID & kata laluan
  4. Berjaya masuk ke dashboard MyGOV

Langkah Ringkas Semak Bayaran Bantuan MyKasih Guna MyGOV

  1. Log masuk ke MyGOV Malaysia.
  2. Pilih menu Bantuan / Kebajikan.
  3. Klik SARA MyKasih.
  4. Status kelayakan & bayaran akan dipaparkan.
  5. Jika tiada maklumat, semakan SARA MyKasih masih belum dibuka atau sedang dikemas kini.
APLIKASI MYGOV MALAYSIA

BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI KREDIT BANTUAN?

Terdapat beberapa saluran yang telah disediakan untuk menyemak baki kredit bantuan MyKasih. Antaranya:

  • Semakan melalui Aplikasi MyKasih
    • Muat turun aplikasi MyKasih di Google Play Store atau App Store
    • Log masuk menggunakan akaun berdaftar
    • Pilih menu Semakan Baki / Transaksi
    • Baki bulanan akan dipaparkan
BAGAIMANA CARA SEMAK BAKI KREDIT BANTUAN
  • Semak baki kredit melalui Resit Pembelian
    • Lakukan pembelian di kedai rakan MyKasih
    • Baki terkini akan tertera pada resit selepas transaksi
  • Semak baki kredit di Kaunter Kedai Terlibat
    • Kunjungi kedai panel MyKasih berhampiran
    • Minta juruwang semak baki menggunakan MyKad di terminal pembayaran elektronik
  • Semakan melalui Portal Rasmi
    • Layari Portal Rasmi MyKasih: https://sara.gov.my
    • Log Masuk Akaun Penerima
    • Masukkan nombor MyKad serta maklumat log masuk yang telah didaftarkan.
    • Selepas berjaya log masuk, pilih menu Semakan Bantuan, Maklumat Akaun atau Baki.
    • Maklumat baki bulanan, sejarah transaksi dan status bantuan akan dipaparkan pada skrin.
    • Pastikan log keluar selepas semakan bagi menjaga keselamatan akaun.

CARA TEBUS BANTUAN MYKASIH DALAM IC

Penggunaan kredit MyKasih dilakukan secara terus menggunakan IC tanpa transaksi tunai. Langkah pembelian:

  1. Pilih Barang Keperluan
    Beli barang dari 15 kategori yang berlabel SARA & MyKasih di rak.
  2. Tunjuk IC untuk Pengesahan
    Juruwang akan semak status IC penerima.
  3. Tukar Nombor PIN
    Tukar nombor PIN sementara (6 digit pertama IC) kepada PIN baru.
  4. Imbas Kod Barangan
    Juruwang imbas barang mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar Guna IC
    Masukkan PIN 6 digit untuk sahkan pembayaran.
  6. Simpan Resit untuk Semakan
    Simpan resit bagi semakan transaksi pembelian.
CARA TEBUS BANTUAN MYKASIH DALAM IC

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah bantuan MyKasih dan SARA perkara yang sama?

Ya, MyKasih merupakan kaedah pelaksanaan bagi bantuan SARA melalui sistem kredit MyKad.

Bolehkah seseorang menerima lebih daripada satu jenis bantuan dalam masa sama?

Ia bergantung kepada kelayakan dan dasar semasa kerajaan.

Bolehkah bantuan ini digunakan untuk pembelian secara dalam talian?

Tidak, penggunaan biasanya terhad kepada pembelian fizikal di premis terpilih.

Adakah bantuan ini diberikan sepanjang tahun?

Tempoh bantuan bergantung kepada pelaksanaan semasa yang diumumkan.

Bolehkah penerima menolak bantuan ini?

Ya, namun kebiasaannya bantuan akan terus dikreditkan jika layak.

MAKLUMAT LANJUT

Panduan bagi Bayaran Bantuan MyKasih ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

  • Portal Rasmi MySTR: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Portal Rasmi MyKasih: https://mykasih.com.my
  • Laman Rasmi SARA: https://sara.gov.my
  • Talian Hotline MyKasih: (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • Emel MyKasih: [email protected]
  • Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://belanjawan.mof.gov.my/ms/

Leave a Comment