BANTUAN SYUKUR SABAH 2025 : SEMAKAN STATUS TERKINI PENERIMA
Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) merupakan inisiatif kerajaan Negeri Sabah dalam mengurangkan kadar kemiskinan rakyat khususnya untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan asas. Melalui Belanjawan 2025 Negeri Sabah, bantuan ini diberikan secara tunai kepada rakyat dari kategori miskin dan miskin tegar sebanyak RM 300 ringgit setiap bulan sepanjang tahun 2025.
Bantuan SYUKUR Sabah 2025 ini akan disalurkan kepada penerima melalui 3 kaedah bayaran. Semak maklumat di bawah untuk maklumat terkini dan cara semakan.
BACA JUGA : BANTUAN EKASIH RM200 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH 2025
Bagi memastikan bantuan ini diterima oleh golongan yang tepat, beberapa syarat telah ditetapkan seperti berikut:
SYARAT WAJIB
- Berumur 18 tahun ke atas.
- Warganeraga Malaysia.
- Tinggal di Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
- Memegang Kad Pengenalan berstatus ‘H‘.
Pemohon juga perlu memenuhi SALAH SATU dari syarat berikut:
| PEMOHON | SYARAT KELAYAKAN | 
|---|---|
| KETUA ISI RUMAH | Status miskin dan miskin tegar dalam sistem eKasih setakat 31 Disember 2024. | 
| KETUA ISI RUMAH | Pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). | 
SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT KATEGORI
Bantuan Syukur Sabah ini diberikan kepada dua (2) kategori penerima. Berikut merupakan syarat yang ditetapkan bagi setiap kategori:
| KATEGORI PENERIMA | SYARAT KELAYAKAN | 
|---|---|
| MISKIN (Pendapatan RM1,219 – RM2,742 Sebulan) | – Pemohonan hanya layak untuk sorang ketua isi rumah sahaja. | 
| MISKIN TEGAR (Pendapatan Kurang RM1,218 Sebulan) | – Ketua isi dan pesangan; atau – Ketua isi rumah dan anak 18 tahun ke atas. | 
KAEDAH BAYARAN SYUKUR SABAH
- Di bayar terus ke akauan bank penerima.
- Diberikan secara tunai.
- Dikreditkan kedalam eWallet YONO.

TARIKH BANTUAN SYUKUR SABAH
Pembayaran bagi bantuan SYUKUR Sabah diberikan secara berperingkat melalui Empat (4) Fasa sepanjang tahun 2025.
Tarikh bayaran SYUKUR Sabah seperti berikut:
| FASA 2025 | TARIKH BAYARAN | 
|---|---|
| FASA SATU (1) | Januari – Mac | 
| FASA DUA (2) | April – Jun | 
| FASA TIGA (3) | Julai – September | 
| FASA EMPAT (4) | Oktober – Disember | 
JUMLAH BAYARAN SYUKUR SABAH 2025
Jumlah bayaran yang diberikan adalah sama bagi setiap individu iaitu sebanyak Rm3,600 setahun bersamaan dengan Rm300 bagi setiap fasa.
Bayaran bagi setiap fasa:
- Januari – Mac : RM900
- April – Jun : RM900
- Julai – Ogos : RM900
- Oktober – Disember : RM900
SEMAKAN STATUS SYUKUR SABAH
Untuk membuat melihat status terkini bantuan, semakan boleh dibuat melalui dua kaedah iaitu melalui portal rasmi SYUKUR Sabah atau melalui aplikasi YONO Superapp.
- LANGKAH SEMAKAN SECARA ONLINE.

- Layari laman rasmi di : https://syukur.sabah.gov.my/.
- Masukkan nombor MyKad tanpa sengkang (-).
- Status penerima akan dipaparkan.
- SEMAKAN MELALUI APLIKASI TELEFON PITAR.

Pemohon juga boleh membuat semakan status melalui aplikasi YONO Superapp. Muat turun aplikasi di:
RUJUKAN
Panduan bagi Bantuan SYUKUR Sabah ini dibuat bagi memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal mengenai bantuan dari kerajaan negeri Sabah. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:
- Laman Web Rasmi Bantuan SYUKUR Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
- Portal Sekretariat Maju Jaya Sabah : https://smj.sabah.gov.my/.
- Hotline SYUKUR Sabah : 088 338 338
- Talian Whatsapp : 010 – 5828207
